Search This Blog

Monday, November 21, 2011

Pengubahsuaian Yamaha 135LC - Bab 3 - Camshaft


Salam..

jumpa lagi dalam bab modi2 motor ahahahahahaha... sorry arr... lambat benor membuat sambungan siri modi motor2 ni.. alahai.. terlupa giler dan bz gila kerbau... ok sambung lagi dalam bab ni adalah sambungan bahagian camshaft aka CAM!!!!

Cam Standart

ok cam.. sapa tak kenal cam.. benda ni letaknye dibahagian head.. mekanikal yg ditugaskan utn mengawal bukaan valve minyak dan exzost dgn setup sepcial pada tepet hasil golekkan roler bearing pada tepet menyebabkan valve tu terbukak.. kalau korang tgk pada cam2 yg ade.. ade bonjol.. bonjol tu adalah kawalan bukaan pada valve tu la.. dan ia berselang antara bonggol tu.. supaya minyak dan exzost takde le bukak serentak.. tak kiraan tu tepat utk elakkan valve minyak exzost bertembung.. so cam adalah penugas bukaan minyak dan exost.. kalau korang nak tahu.. benda kecik ni nampak je mcm takde ape2 pada sesetengah org sebenarnya mempunyai peranan yg sgt besar dalam memberikan kuasa maksimum kalau kena tepat modifikasi bonggol dan degree bukaan nya.. kalau nak aku citer specifik mmg aku tak mampun nak citer sebab kompleks giler so kita sembang simple je.. lagi lama bukaan valve dalam jangka pusingan tertentu lagi byk kuasa boleh dijana... so di sini lah perbezaan cam2 di pasaran.. so cam mcm mana nak korang pilih utk motor yg korang nak? so kena cam tu dulu

OEM CAM
cam jenis ni adalah cam utk motor std keluaran kilang.. cam kaluaran kilang kebanyakkan nya dalam kes cubcai adalah lebih kepada penjimatan minyak dan kurang penyelengaraan.. bila setup ikut jenis ni.. mmg nak harapkan kuasa padu tu tak payah mimpi.. sebab mmg kuasa yg ade cukup2 utk perjalanan yg selamat.. mmg ade dalam kes2 lc yg tetiba kuasa tu lain mcm.. tetapi mungkin pada setup kelegaan tepet pula berbeza.. so impat sekecil2 setup tepet tu pun effectnya besar.. harap paham disini.. jikalau ade kawan2 tanya la.. kalau pakai blok 60 cam yg lain std leh out meter tak?.. anda boleh jawab maybe leh la kot.. or tah tak tahu ar.. sebab kita tak mahu nnt kalau kuasa tak jana yg betul2 kita kena ahahahahahahaha (aku dah merepek)

LOW CAM STREETABLE
low cam adalah cam up sket dari oem cam dgn satu tujuan.. iaitu kepuasan kelajuan tinggi.. cam jenis ni byk org kata cam racing halal atas jalan atau 'streetable'.. streetable disini adalah cam yg bersemangat racing, berkuasa la jugak tapi masih di peringkat low maintainance... kira err mcm tu arr... cam ni nak kata pickup byk tak jugak.. pickup enjin masih sama mcm std kilang.. tp pada top speed pegi mmg lain mcm... nak kenal cam ni mcm mana aku tak tau nak citer la tapi kalau letak sebelah2 cam std tu... bonggol low cam ni up sket je dr std.. tak tinggi bebenor dari std tu.. bukaan valve cam lebih luas sket dr std.. dan kalau tgk mmg ada beza ngan std la.. dan cam ni walaupun streetable tak byk tuner buat sebab org kurang nak or kurang paham dgn cam ni.. so kalau ade pun yg takde brand or faito.. yg lain aku tak nampak la.. low cam ni terjual.. tp bg aku low cam best jugak.. utk malas nak tension bunyi tepet yg radikal selepas selalu merembat.. cam ni mmg pilihan yg patut... yg sangka sebab ia up sikit je dr std.. kadang2 sifat low cam ni boleh kalahkan cam2 lebih otai dr dia.. hahahaha...

HIGH CAM STREETABLE
HIGH CAM!!! mana pegi mesti ade org sembang pasal high cam dalam bab modifikasi enjin.. hi-cam.. sebab apa org suka hicam.. hi performance? hi power.. ia semua tu ar.. dan silap setup leh jd high maintainance... hewhewhew... cam ni tahap bonggolan nye sgt tinggi.. nak banding std.. mmg cam ni lain mcm sket bonggol nye.. dan panjang bonggolan nye pulak lebih penjang dr std or low cam.. bermakna.. bukaan valve anda lebih lama dan lebih ke dalam dan isian campuran petrol oksigen lebih piau byknye.. dan kuasa dijana tu lebih kuat la hasilnye.. cam ni mmg terbaik bagi mereka yg mahukan kuasa pickup dan top speed tetapi perlu diingatkan cam ni agak tinggi cara penjagaannya.. tepet senang bunyi dalam sesetengah kes cubcai.. bunyi tepet mmg boleh dgr la kadang2 tu kuat giler hahahahaha.. (senang kantoi) tetapi kuasa yg dijana mmg tidak menghampakan... byk brand keluar utk cam jenis ni.. dr seayam2 brand sampai la brand ternama.. dr kedai tuner cup prix pun ade juga bwk kuar.. so pilihan mmg byk.. dan mcm2 regenye.. pilih je mana nak hehe

HIGH CAM RACING ONLY
cam ni profilenya sama mcm hi cam biasa tetapi up sket lagi profile bonggol tu.. maka lebih extreme la bukaan nye... dalam sesetengah kes.. bilamana enjin berada di rpm tinggi.. floating valve akan terjadi menyebabkan valve minyak dan enxzost tak terkawal lagi lalu bertembung dgn piston dan valve2 tu sendiri.. cam jenis ini perlu disekalikan dgn valve spring yg mempunyai material tahan lasak pada keadaan super punaya extreme ahahahahahaha... mmg kena benda baek punye ar kalau tak lagi mcm haram dia punye rosak!! dgr kata spring titanium utk lc pun da ade da skang... so anda sendiri paham la titaium ni mmg brg 5 star dalam segi kelasakan dan ketahanan.. ini kerana bonggolnye yg tinggi dan panjang menyebabkan tindak balas bukaan dan penutupan valve tu harus tepat dan pantas serta kejap utk mengelakkan berlaku korosakkan pada bahagian head... hehehe... cam ni namanya racing only so maintaiance nye mmg tahap extreme gak la.. tepet bukan sahaja cepat haus tapi cepat haus juga silap haribulan.. so kalau anda mmg jenis motor track.. leh la pakai.. sebab motor track lepas pakai mmg service enjin manjang.. motor daily 3 4 bulan belum tentu bukak lagi kan? paham2 je la.. dan cam ni juga menhasilkan bunyi exzost yg tahap bising tu boleh kena gasak ramai2 satu taman or kampung tu... mmg kuang ajau bising nya exjost pakai cam ni... lahabau habis!!

CUSTOM CAM
custom cam ni adalah cam jenis buat sendiri mengikut teori owner tu sendiri.. selalu nye cam2 dari std, low, dan hi cam tu di modikan lagi utk kepuasan maksimum owner sendiri.. mcm2 jenis modifikasi la dalam cam custom ni.. potong2 ni.. buang2 tu.. asah2 balik.. weld2 balik.. ikut suka la.. tp kena paham la apa yg dibuat.. kalau tak baik tak payah.. so custom cam ni mmg majoiti adalah mereka yg mmg arif dalam bab modi2 ni.. so kebanyakkan nye mmg tahu apa yg mereka mahu dri enjin mereka.. so ni adalah golongan2 special... sebab cam yg diorang pakai hanya 1 dalam dunia je.. walaupun kata sama je mcm cam aku sebelum ni.. sebenarnya tak sama... sebab cam dibuat adalah by hand satu persatu.. bukan pakai acuan satu yg sama... heheheheheehehehehe...



TIPS SAMPINGAN
  • utk kebaikkan mereka yg nak pakai cam2 performance ni.. tukar skali spring valvr yg keras sket.. jgn keras sgt dan jgn lembut dr std.. so ngam2 org kata..
  • kalau nak beli jempelang (bahasa kamus) aka rocker arm performance... make sure.. panjang tinggi sama dgn std oem.. jgn beli pendek la panjang sket la.. kalau tak sampai mampus pomen nak adjust tepet tak dapek..
  • tukar cam tak semestinye bukak headblock.. tetapi barang tepet perlu lah diadjust utk kesesuiaan semula cam baru.. so kalau ade pomen kata kena service headblock tu boleh la nak buat.. tp tu da charge lebih lak kan.. kalau tanak anda boleh pilih option ini
  • bunyi tepet boleh didgr dari luar.. selalunye punye tik tik tik di bahagia head tu... dan pada keadaan makin parah.. anda pulas la trohtel mcm mana pun.. moto pegi mcm siput je rasa... tu tanda2 la tu.. kelegaan tepet terlalu besar sampai valve bukak sikit je.. so adjust tepet balik..
  • pemilihan cam spt hi cam menyebabkan enjin mudah mengerang pada gear akhir disebabkan profile cam itu sendiri bersifat high performance at high rpm..
  • cam performance menuntut anda membawa motor seperti org dlm track.. masuk simpang tukar gear.. nak memotong tukar gear.. brek tukar gear gak.. ini supaya anda tidak membawa motor anda pada gear tinggi mendesak kuasa tinggi.. nnt tersemput2.. dan memberi kesan pada enjin
cam standart vs hi-cam. pics credit to motomalaya



so sampai disini sahaja.. beri pandangan dan cadangan.. utk membolehkan artikel ini diedit dan diperbaiki.. kritikan juga dialu alukan
salam hormat.. jumpa lagi..

Thursday, July 7, 2011

Pengubahsuaian Yamaha 135LC - Bab 2 - CDI

CDI

Ok.. Dalam bab modifikasi ni, kita akan mulakan penceritaan tentang pengubahsuaian yang sikit2 je effect sampai la sebesar2 effect kuasa tu. Dalam kes ni kita mulakan dengan ubahsuai dari tahap newbies.. pastu meningkat naik ke tahap medium dan diakhiri dengan tahap gila-gila..

LC ni motor pelik.. motor yg ni ade kuasa hantu raya tetapi dijelmakan sekecil pelesit je. Dalam keadaan standard pun kadang kala potensi untuk mendapat kelajuan tinggi tu ada bagi semua LC. Akan tetapi prestasi std power ni telah dikecewakan oleh sejenis barang dibahagian motor tu sendiri, bahagian yang mengawal pemasaan api pembakaran, iaitu.. CDI. Dalam sesetengah kes, standard pun boleh outmeter, tapi dalam kebanyakkan owner lc lain, kelajuan biasanya 'hanya' setakat 140kmh atau 100-110 kelajuan kereta. Maka tak puas hati.. so kalau tak puas kita try bg boleh.. mana tahu, percubaan tu berhasil.. 

Ini lah pengubahsuaian pertama sekali dalam kebanyakkan owner owner lc akan buat.. tukar CDI, CDI tu amende? Computerize Digital Ignition? Central Digital Ignition? lebih kurang cenggitu la.. terma yang betulnya adalah Capacitor discharge ignition  CDI adalah komponen electronik yang terletak nye dibahagian belakang coverset depan motor lc korang tu.. kotak besar tapak tangan warna hitam tu. Unit CDI adalah unit dimana ia mengawal kadar api yang akan disalurkan ke coil dan ke palam pencucuh dibahagian pembakaran enjin tu. Kadar pengaliran api yang 'diarahkan' akan memberi kesan ke atas kuasa yang akan dijana dan berapa tinggi enjin boleh di REV.. lagi tinggi boleh di-rev lagi byk kuasa boleh dijana.. (ye ke?)

cdi std atas, cdi performance bawah. credit t135.com
CDI standard dalam kebanyakkan kes mempunyai fungsi CUT-OFF.. FUNGSI yg kebanyakkan jiwa kacau yg memberontak nak laju paling tak suka!!! Fungsi CUT-OFF adalah 'arahan' yang telah disimpan didalam flash memori CDI tadi untuk menugaskan CDI menghadkan kadar pengaliran percikkan api palam pencucuh pada had-had rpm tertentu. Sebagai contoh, YAMAHA telah setkan 'arahan' pada CDI 135lc MALAYSIA untuk menghadkan CDI memberi percikkan api pada palam pencucuh aka plug pada had 8000 rpm sahaja. Ini bermakna sekiranya komer cuba nak rev lebih dari 8000rpm, api pada palam pencucuh secara am nye tidak akan disalurkan. Hanya setakat 8000rpm sahaja. Enjin takkan mati walaupun rev lebih dr itu sebab sensor CDI pada magnet akan tetap menyalurkan api selagi putaran enjin berada di 7999rpm - 8000rpm. OK? 

Apa sebab YAMAHA buat mcm tu.. banyak perkara yang menjerumus kearah kenapa yamaha buat mcm tu. Antara sebab2 nya adalah kehendakkan JPJ untuk menghadkan kadar kuasa dan kelajuan, atau untuk lebih daya tahan enjin kepada pengguna2 biasa supaya tidak sesuka hati memerah enjin semahu mahunya. Walau bagaimana pun tak semestinya CDI standard keluaran YAMAHA adalah cut-off. Dalam kebanyakkan kes permulaan pengeluaran sesebuah model baru, pengeluar sering 'memberi' keistimewaan kepada model baru tersebut. Dalam kes LC Malaysia, 800 bijik lc pertama kebanyakkannya adalah NON-CUT OFF. 800 tu terbahagi kepada 4 warna motor. Model2 keluaran pertama ini berbeza setting CDI nya.. wiring system.. dan setup enginenya. 800 model pertama ini walaupun TANPA MODIFIKASI ia tetap akan mendapat kelajuan maksimum meter lc (ler).. sempoikan sapa yg mula2 beli dulu..

lokasi cdi anda disebalik coverset hadapan.. yg hitam tu la cdi bukan yg biru tu
So mcm mana nak tahu cdi tu cut off ke tak? bawak motor tu cuba tarik gear 2 atau 3 lama2 sket.. nnt enjin bila sampai satu2 kelajuan tertentu rasa mcm tersekat2.. mcm nak tanak pegi jer.. cut off la tu.. atau amik exzost pekak mcm ahm or yypang dan seangkatannya tu pasangkan kat enjin, tgk dan dgr la nnt bunyi enzost tu jd macam haram jadah kedengaran bila sampai cut off tu.. bunyi bila tarik gear lama sket jd teerr terrr terrr terrr terrr teerr terrr terrr terrr terrr teerr terrr terrr terrr terrr teerr terrr terrr terrr terrr 4EVER & EVER EVER!!! selagi tak masuk gear seterus nya hahahahahahhahaha hahahahahahahahaha

Contoh cdi dipasaran
Pengubahsuaian.
Orang kata.. kalau manusia la yg bikin manusia jugak la yang boleh ubah kan? dalam kes benda la.. ok skang cdi dah cu-off.. tension giler.. motor takleh nak laju siiiiiikkkittt je pun.. so how? jawapan nye adalah dengan menukar unit CDI LC anda... kat pasaran skarang banyak banyak banyak gileraa CDI berprestasi tinggi.. ade yg berprestasi tinggi ada juga yang berprestasi AUTA.. jaga2 yer heh heh heh.. CDI prefomance ni selalunye fungsi nye simple.. buang CUT-OFF.. satel.. itu tujuan pertama.. yg kedua ketiga tu dah jd lain..

NON ADJUSTABLE PERFORMANCE CDI
OK CDI jenis ni adalah cdi yg fungsi nya hanya la limited non-cut-off.. dah cut off tapi ader limit.. so mcm mana nih? std cdi cut off hanya pada 8000rpm kan?? cdi jenis ini akan beri anda rev sehingga 11.500 rpm - 12.000 rpm.. dan cut! haha.. still ade cut!! tp ok la.. ia cut pada red line rpm tu wei.. mcm meter rpm kreta.. sampai line merah masuk gear kan? haaa mcm tu la.. disamping ia memberi lc anda utk tidak cut-off tp still menjaga enjin anda jugak.. ok la tu.. hehe.. biasa nya cdi jenis ni rege sekitar 180-250 mcm tu la.. tiada tombol2 or benda2 leh adjust utk cdi ini.. plug & play play la with your lc bebeh.. huhu.. simple je.. motor leh larik laju sket dr keadaan biasa.. tgk setting enjin dr kilang gak la..

ADJUSTABLE PERFORMANCE CDI 
haa CDI ni upgrade sket dr yg sebelum ni.. cdi jenis ini dah langsung takde cut-off hehe.. dan boleh adjust2 la pulak ikut rasa nafsu komer!! harga selalu nye disekitar 300-500 mcm tu.. selalu nye cdi ini disertakan dengan tombol2 pada cdi utk disetkan berapa RPM yang mahu anda cut dan juga darjah letupan api plug tu.. atau sesetengah brand pulak letak setting utk berapa kuat api nak dihantar ke plug.. lg tinggi set lg kuat api hehe.. cdi ini menjadi pilihan untuk mereka yg cendering ke arah modifikasi serdahana dan juga ektreme (low budget sket).. so rpm tu boleh adjust2 la ikut suka.. tp ingat.. hati2 jgn tinggi sgt.. dan juga boleh set darjah mana nak meletup.. yang org susah nak paham, tapi kesan api meletup darjah mana adalah mempunyai kesan berbeza, aku cuba la nak explain.. darjah letupan tu adalah ketika mana piston sedang memampatkan petrol dan oksigen dikebuk pembakaran.. masa nak meletup? sedang menaik ke puncak mampatan? sedang memampat? ketika mampat giler? lepas sikit dr mampatan? lepas byk dr mampatan? semua ni ada darjah2 nya mengikut putaran aci engkol aka cranckshaft enjin.. setiap bahagian ni berbeza kesannya masa bila ia meletup? yang tu kena kaji la satu2 secara teliti utk melihat kesan nye.. pening? cuba2 la berimiginasi...

Rextor from indonesia, banyak jenis tuner ni bikin cdi 
FULL COMPUTERIZE ADJUSTABLE PERFORMANCE CDI
ok ni dah sampai tahap full adjustable.. full adjustable ni adalah dimana kita tak main dah setting pulas2 kat CDI.. tapi pakai komputer tross!!!! cdi jenis ini disertakan dgn wayar utk disambungkan ke laptop atau remote control diberi untuk tujuan tuning.. cdi jenis ni sememangnye terkenal pada kaki2 modi extreme dan terkenal dengan harganye.. dr harga 600, 700 hingga la ke riban2 pun ade.. fully adjustable sgt berbeza sebab anda setting dgn laptop dan nak tepat lagi.. letak motor atas mesin dyno on laptop cucuk kat cdi & setting.. mcm kreta sport buat selalu tuning tp ni tuning kapcaia la der.. setiap GEAR mempunyai titik tertentu utk diubahsuai mengikut kuasa yg dimahukan.. atau dislowkan.. kalau gear 3 mcm lambat je nak sampai top sepatutnya.. setting je brapa darjah sepatut nye terbakar utk kasi gear 3 'hidup' balik.. bermakna anda boleh setting sehabis2 yg anda mahu.. betul2 hawliao wooo hohohohohohoho.. jenis ni selalu nye digunakan pada mereka dah mencapai tahap extreme dalam modifikasi.. yg mahukan yg terbaek dan solid power... bukan la bermakna yg modi biasa2 takleh pakai.. boleh je.. ade ongkso moleh meli meehh... talak hai munya..

BRAND & FUNGSI2 UTAMA
Banyak brand banyak level utk jenis modi dan banyak fungsi.. CDI yang ada skarang dipasaran banyak juga brandnya... dan kebanyakkan user2 lc biasa akan memilih BRT.. sebab? Sebab ini la CDI yang mula2 dibawa masuk oleh mereka yang die-hard-fan lc dulu2.. dan bila taukey2 nampak peluang CDI ini dimata pengguna lc mereka jugak bwk masuk dalam kapasiti yg sungguh banyak dan minat terhadap CDI ini menjadi meletop.. ada juga CDI2 brand lain yg mendapat tempat dipasaran tetapi hanya diketahui oleh mereka2 yg benar2 paham dalam dunia modifikasi.. sebagai contoh.. REXTOR, ADRION XP, CHEETAH, KITTY, RACING BEE, CDI2 YAMAHA SIAM INDON VIETNAM, CDI SPARK RACING LIMITED EDITION atau pun CDI2 AUTA yg boleh kata ntah betul ntah idak mcm ACRAPOVIK, MUGEN, HKS Racing.. so jikalau anda adalah kaki forum.. kebiasaan anda akan membaca brand BRT - REXTOR.. dan akhir2 ini CHEETAH.. setiap brand mempunyai kefungsian yang berbeza dan tahap RASA yg juga berbeza... pro dan kontra tetap ada tetapi dalam kebanyakkan kes ia rasa puas hati pada setiap brand2 ini kerana fungsi kehendak utama pengguna telah dipenuhi iaitu NON CUT OFF.
antara fungsi2 CDI dipasaran adalah:
Kitty Gold.. jahat gak nih..
  • membenarkan penyelarasan non cut-off secara automatik atau manual mengikut kesesuaian tahap mofdifikasi enjin dan kehendak owner.. komer leh set bila nak cut-off yg korang la mcm aku citer tadi
  • mengawal pusingan kipas lebih cepat dari keadaan standard yg bermakna.. kawalan kipas akan berfungsi pada suhu yg lebih cepat utk menstabilkan suhu enjin pada kadar terbaik dari ketetapan kilang.. maknanya.. kipas takde le tunggu suhu tinggi biasa baru la nak pusing.. ia akan pusingkan kipas tu cepat dr itu..
  • ader jugak sesetengah cdi yang mempunyai fungsi voltage stabilizer. fungsi ini bagus untuk membolehkan semua voltage pada motosikal anda pada tahap yg memuaskan tanpa ada ganguan naik turun voltage. contoh: jika lampu anda memerlukan kuasa voltage 12v maka dgn bantuan stabilizer ini maka lampu akan diberi voltage optimum sepanjang masa bergerak.. tiada kurang atau terlebih. dan semua bahagian motor juga mendapat voltage yg sepatutnya secara masa nyata. tanpa sedikit kurang dan terlebih. kebagusan fungsi ini adalah utk menjamin dengan menggunakan cdi ini system wiring motor dan voltage tidak akan mengalami sebarang gangguan aplikasi dar std kilang melainkan anda membuat penambahan sendiri seperti meter rpm koso ke.. pencucuh rokok bagai.. alarm.. kalau ada.. mungkin ada masalah atau mungkin tiada. sebab itu jika motor anda menggunakan cdi prestasi tinggi, kebanyakkan rakan2 lebih arif menyarankan supaya anda tidak menggunakan brg spt voltage stabilizer tambahan.. sebab dah mmg ader leeeerrrr.. lain la kalau std pekak.. boleh le masuk benda alah tu
  • power booster!!!! huhu.. fungsi ini terdapat pada cdi mcm rextor dan yg terkenal adrion xp or kitty gold.. power booster adalah option nilai tambah dr brand2 ini utk meningkatkan kuasa percikkan api dari kadar biasa.. percikkan api plug lebih kuat dr biasa ini mempunyai pro dan kontra dan telah banyak dibahaskan di forum.. api yg kuat boleh membantu utk pembakaran yg sempurna, sebab dalam keadaan rpm yg sgt tinggi.. api plug yg kuat boleh membantu sedikit sebanyak utk membakar mampatan petro angin pada kadar lebih menyeluruh dan sekata tanpa ada lag. kontra nye pulak.. kalau api jadi kuat sgt pun tak boleh sebab ada setup terlampau kuat apinya boleh menyebabkan permukaan piston tu mcm berkawah sket dibahagian ia dekat ngan plak.. takle kawah besor geyler.. tp ade le 2-3mm jugak la.. kalau lama2 mau besor juga... so pastikan setting kawalan jgn terlalu kuat.. sedang2 udah 
  • ada juga yg memberi pilihan pelbagai mode.. mcm mode biasa atau mood racing dan boleh on off pulak.. mcm sbk-sbk maju yg bertaburan dgn pelbagai setting a b c mcm2 tu la.. tp cdi kapcai pun ader jugak diberi option ini.. mode nye selalu diset mode a - off, mode b - on.. selalunya mode ni bila di 'on' kan suis mode tu.. cdi akan naikkan semua setting yg telah diset di mode a tadi sebanyak 2 tingkat kadarnya.. contoh: jika anda set api letupan adalah 33 darjah dan cut off 11500 rpm di mode A.. apa bila anda on kan mode B serta merta cdi akan menukar semua setting tadi kepada api letupan darjah 35-37 darjah dan cut off 12500 rpm.. ini kira mcm mode bwk biasa dan mode nak race la.. nampak mcm lawak je kan... tp mmg ada kesan 'rasa' nye, dan selalu rasa sikit2 je dan kadang mmg terasa sungguh.. dan kebanyakkan mereka yg pakai cdi ni pun tak tahu ade fungsi special ni.. sebab dia tak baca spec dan amik tahu pun ahahahahahahaha... fungi ini selalunye ada pada cdi level 2 dan 3..
  • juga memberi option untuk menyimpan setup2 setting cdi tadi dalam bentuk pelbagai mode.. ini adalah fungsi baru ke atas cdi kapchai, anda boleh menyimpan sehingga 10 mode atau 20 mode bergantung kepada cdi tu sendiri. ok mcm ni.. kita ambil contoh 4 mode. mode 1 pick up, mode 2 top speed, mode 3 hujan mode 4 kembara. Mode2 ni semua tiada dibekalkan dari pengeluar, anda perlu membuat kajian untuk mendapatkan mode2 ini. kita ambil contoh situasi bergini, bila dalam keadaan statik atau permulaan anda mesti mahukan motor pickup, ok setkan cdi anda dalam mode 1 dgn menekan satu butang, bila rentap ke throtle minyak motor anda akan dihemburkan dgn pickup yg power sebab dah setting cdi mcm tu, dan bila masuk gear 2 dan ke 3 disini top speed anda sgt diperlukan.. disebabkan cdi tadi telah disetkan mode 1 maka anda boleh menukar karektor cdi anda ke mode 2 utk top speed dan dalam sekelip mata motor anda terus meluncur laju out meter (kalau leh dapat le) mode2 ni boleh ditukar real time dan rasa real time, sama mcm mode hujan or kembara.. tu semua contoh la kan.. akan tetapi jgn terlalu mengharapkan setup2 ini akan rasa giler2 kuasa tu.. rasa tu ada tp takde le sampai terkejutkan rider tu sendiri. 
haa pulas la sampai puas hati
  • memberi kawalan bila letupan akan berlaku.. kiraan letupan dalam enjin akan berlaku dikra dalam bentuk darjah aka degree.. bukan suhu.. tetapi sudut pusingan aci engkol aka cranckshaft.. spt dinyatakan diatas tadi.. bila korang nak campuran petrol + angin ni meletup?masa sedang menaik ke puncak mampatan? ketika sedang di mampatkan? ketika mampat giler giler giler ke!!? lepas sikit dr mampatan? lepas byk dr mampatan? so anda boleh setkan bila nak meletup... ade kesan der.. jgn pikir benda ni merapu je lah.. nak bg penuh je kat cdi bg nampak gempak... takde.. ini bukan memain.. selalu nye bg mereka yg mengetahui fungsi advance - retart pada camshaft akan menggunakan fungsi ini sebaik2 nya... sebab ia mmg berkait.. nak kira tu aku mmg tak reti la mcm mana matematiknye.. tu kena tanya yg betul tahap gaban punye pomen rnd..
  • memberikan kawalan titik2 pengapian secara custom... bermakna.. anda mengawal api setiap titik rpm secara menyeluruh! setiap gear misalan kata ader 11 titik dari 0 rpm ke 12000 rpm.. so ader 4 gear... 1 gear 11 titik.. so ader 44 titik utk diprogramkan bila letupan akan berlaku.. itu kalau 11 titik.. ader brand yg beri sehingga 25 titik.. gilerkan? anda boleh setkan tiitik dalam jangka had rpm tu.. tuning ni dibuat melalui laptop dan bantuan mesin dyno.. mmg kena buat mcm ni utk dapat setting terbaik.. dan ianya mmg yg terbaik.. option terbaik pada rege yg mmg baekk punyerrr... kalau sapa tak tahu bila tengok harga mesti terpacul "terkejut boboy..." hahahahaha
mcm aku terangkan tadi.. brand ade banyak dan aku takleh la spesifik kan brand apa yg bagus kerana setiap brand ader kelemahan dan kebaikan.. so anda kena tahu dulu setiap brand ini memberikan fungsi apa yg anda pilih.. bergantung pada fugsi, harga, kualiti buatan, prestai 7 juga review.. maka perlu banyak bertanya apa yg terbaek dan dgr feedback mereka yg telah pakai.. dan pastikan juga anda memilih cdi yg mm diketahui bagus di arena perdana.. jgn ambik yg pelik2.. nnt takut la kena auta.. naya la pulakkan.. so beware..


PRO & KONTRA.

  • perkara pro dan kontra dah biasa ler mengkomer dengar ye dak.. "weh napa dah pakai cdi bla bla bla tak laju pun" "weh napa cdi bla bla bla ni mcm ade cut off.. adjust mcm nak mati" mcm2 kan?? biasa kat status fb.. kat shout box dulo2.. kat forum teknikal moto anda.. biasa nye la.. pakai cdi pada motor std tidak menjamin motor anda jd laju or power mcm hantu raya secara tiba2.. fungsi cdi hanyalah melepaskan kadar had enjin berputar.. bukan menambah kuasa.. disini anda perlu faham habis2.. jgn salahkan cdi or kawan or taukey kedai.. or salahkan aku! hahahahahaahaha.. aku cerita je pun... CDI hanya mengawal api plug tu... bukan mekanikal enjin sendiri... kuasa berkait dengan br mekanikal kalau dalam bab lc.. cdi jaga api.. so kena paham betul2.. dan dalam anda ghairah menggodek setting sdi tu kena tahu juga brapa limit rpm yg selamat.. takut kang terlebih lebih sgt nnt mau berkecai tarik rev enjin giler2... pastikan anda tahu apa yg anda buat.. kalau tak tahu beri pada mereka yg tahu.. ok??
  • dalam kes lain ada juga mereka2 yg pakai cdi level 1 dan 2 still ade cut off.. yang kes ni kena betul2 hati2.. sebab.. banyak kes kat pasaran skang ni ade cdi tiruan... cdi ni ko setting la sampai mati pun mmg akan ader cut off.. kalau nak beli pastikan beli kat org2 yg percayai.. yg dia sendiri pegi indon or siam ke beli.. sebab yg tu dah tentu dia amik dr kilang.. mcm kawan kita si palex ke.. yg tu aku percaya la.. so hati2 kalau nak beli ok...


ok sampai sini ja dulu.. sambung or update lain kali.. pe pe pun kasi komen dan hujah utk penambahbaikkan artikel ini.. sekian


Saturday, May 28, 2011

Pengubahsuaian Yamaha 135LC - Bab 1 - Mukamidah


Salam sejahtera kepada semua pengguna motosikal dan pemilik LC135 khasnya.. Blog ini dihasilkan adalah dengan satu tujuan iaitu membuat satu bentuk penulisan dan huraian berkaitan dengan jentera ini secara lengkap dari aspek pengubahsuaian. Disebabkan kurangnya bahan rujukkan khusus dan tersusun bagi moped YAMAHA 135LC ini dalam bahasa Melayu aka Malaysia. Kebanyakkan infomasi disini adalah rujukkan dari mulut ke mulut dan forum. Walaubagaimanapun diakui data data yang dikumpul secara tersusun adalah sangat sedikit untuk dijadikan panduan. Segala aspek modifikasi yang berada di Malaysia terdiri pelbagai aspek dan kategori, antaranya adalah seperti 

- alatan berprestasi tinggi 
- tahap tahap sesebuah modifikasi
- aspek kompilasi pro dan kontra ke atas sesebuah modifikasi 
- estetika dan keselamatan motosikal itu sendiri 

Segala keterangan yang ada disini semuanya diambil dari pelbagai sumber sama ada dari sumber forum dan grup-grup di facebook dan sumber didalam negara mahupun sumber luar negara. Ia akan sentiasa dikemaskini dari masa ke semasa di setiap bab. Maka jikalau bab-bab yang lama tidak semestinya ianya terbiar begitu sahaja tetapi akan dikemaskini mengikut sumber-sumber baru. Isi kandungan didalam blog ini juga berkait rapat dengan perbincangan, pemerhatian dan penyelidikkan penulis-penulis disini sendiri maka mungkin ada sedikit pencanggahan cara ubahsuai ditempat anda. Maka diharap anda yang diluar sana, yang juga mempunyai ilmu yang hendak dikongsi maka bolehlah memberi komen atau artikel anda secara panjang lebar ke laicioutmeter@gmail.com


Pengubahsuaian.
Yamaha LC135 adalah moped yang mempunyai ruang yang cukup luas untuk diubahsuai, samada dari segi prestasi mahupun estetika. Ini disebabkan permintaan terhadap model ini boleh dikatakan amat tinggi dipasaran (Malaysia) mendorong pelbagai pengeluar membina alatan berprestasi tinggi untuk motosikal ini. Bila kita menyebut modifikasi, ia terbahagi kepada pelbagai tahap. Tahap pengubahsuaian ini boleh dibahagikan dari modifikasi standard modi (modi - modifikasi) sehinggalah ke tahap yang paling ekstrim. 

Tahap tahap yang diketahui contohnya:

1. Standard Modi
- CDI - Non Cut Off
- Exhaust Performace - Standard Exhaust - Modi / Performance Same Type
- Sprocket Ratio - Top Speed Ratio / Pickup Ratio
- Oversize Tyre - Front / Rear

2. Modi level 1
- CDI - Adjustable Type Limit
- Exhaust Performace - Standard Exhaust - Modi / Performance Same Type
- Sprocket Ratio - Top Speed Ratio / Pickup Ratio
- Carburator Oversize
- Big Bore - Blok & Piston Oversize
- Oversize Tyre - Front / Rear

3. Modi level 2
- CDI - Adjustable Type Limit by custom gadget
- Exhaust Performace - Racing Type
- Sprocket Ratio - Top Speed Ratio / Pickup Ratio
- Carburator Oversize
- Big Bore - Blok & Piston Oversize 58mm - 60mm
- High Cam / Loc Cam (cam - Camshaft)
- Harden Spring Valve
- Harden Spring Clutch
- Performance Ignition System
- Racing Spark Plug
- Rear Disk Brake
- Oversize Tyre - Front / Rear
- Low Profile Tyre

4. Modi level 3
- CDI - Full Computerize Digital Ignition system adjustable by computer
- Exhaust Performace - Racing Type
- Sprocket Ratio - Top Speed Ratio / Pickup Ratio - Lightweight
- Carburator Oversize Racing type
- Big Bore - Blok & Piston Oversize 61mm - 65mm
- High Cam / Loc Cam (cam - Camshaft)
- Harden Spring Valve
- Harden Spring Clutch
- Performance Ignition System
- Head modification - port n polish
- Racing Spark Plug
- Racing Valve Seat
- Racing Clutch Plate
- Racing Gear box Type
- Rear Disk Brake
- Braided Steel Hose Brake - Front / Rear
- Oversize Tyre - Front / Rear
- Wide Open Sport Rim Type
- Low Profile Tyre Racing Compound Material

5. Ektreme
- CDI - Full Computerize Digital Ignition system adjustable by computer
- Exhaust Performace - Fully Racing Tpye Customade
- Sprocket Ratio - Top Speed Ratio / Pickup Ratio - Lightweight
- Carburator Oversize Racing type
- Big Bore - Blok & Piston Oversize - No limit
- Custom Duration Cam Racing Type
- Harden Spring Valve
- Harden Spring Clutch
- Performance Ignition System
- Racing Spark Plug
- Head modification - port n polish
- Racing Valve Seat
- Oversize Valve Inlet Outlet Size
- Racing Clutch Plate
- Custom Clutch Modification
- Custom Gear box Ratio
- Custom Pin Jack Rod
- Custom Crankshaft
- Custom ground earth wiring
- Direct air-ram system
- Custom Brake Racing Brake system / Superbike
- Racing Disk / Oversize
- Rear Disk Brake
- Braided Steel Hose Brake - Front / Rear
- Racing Brake Pad
- Oversize Tyre - Front / Rear
- Wide Open Sport Rim Type
- Low Profile Tyre Racing Compound Material

Estetika
1. Standard Make up
2. Custom Make up



Senarai di atas adalah sekadar dari pemerhatian penulis sahaja, ia bukan sebuah standard modifikasi kebangsaan atau dunia - hehehe. Senarai itu hanyalah sekadar budaya modifikasi yang kebiasaannya dilakukan oleh pengemar modifikasi dan kebanyakkannya berbeza kategori pengikut pemahaman sendiri. Kadang-kadang senarai modifikasi yang dibuat itu juga bercampur-aduk antara satu sama lain mengikut kehendak pomen atau owner itu sendiri. Yang mana rasa sesuai boleh diaplikasikan ia akan dibuat mengikut kehendak dan keadaan. Dan memang ada pencanggahan senarai itu mengikut budaya modifikasi berdasarkan tempat, maka maafkanlah kalau ada kesilapan. Saya hanya mahu berkongsi supaya lebih mudah pemahamannya. 

Jikalau ada pendapat untuk disuarakan, sila diberikan komen anda. 
Bertemu lagi nanti.