Search This Blog

Sunday, October 7, 2012

Pengubahsuaian Yamaha 135LC - Bab 5 - Spring Valve



Maaf kerana lambat update post yang seterusnya.. sebab saya tak biasa ber-blog2 ni.. lebih kepada berforum.. sampai terlupa pasal blog yang saya buat ni.. dan bila tgk email mcm komen datang pada post2 diblog.. sorry sekali lagi.. saya akan cuba untuk sambungkan apa yang saya paham dan cuba dalam modifikasi moto lc ni.. 

Apakah Spring Valve 

Salam modifikasi.. apa khabar.. diharap sehat dan bersemangat utk bermodi-modi kepada lc anda.. sebenar topik kali ini terlupa utk diceritakan sebelum ini.. sepatutnya topik ni lepas topik camshaft.. terlupa.. sorry.. ok spring valve racing.. apa yang korang paham spring valve? Spring valve adalah mekanisma enjin yang terletak di bahagian head enjin anda. Terletak diantara cam (camshaft) rockker arm roller < spring valve > dan valve.. apa tujuan benda ni diletak.. ok saya beri penerangan ringkas.. spring valve berkerja sabagai penutup valve apa bila telah dibuka.. tu jer.. tolong tutupkan valve balik ke tempatnya selepas dibuka.. simple je kan? yup.. ia bekerja mcm ni.. apa bila bonjol cam menolak roler rockker arm.. teppet pada rockker arm akan menolak batang penapak batang valve atas utk membuka ruang pada lubang valve.. semasa proses ini berlaku.. spring valve yang melilit valve tu akan ditekan sepadat2nya.. dan bila ruang valve dibuka.. maka campuran minyak dan angin akan masuk ke kebuk pembakaran.. dan apabila bonjolan cam makin menurun dan rockker arm tiada lagi daya untuk menolak valve.. disini la fungsi spring valve tu berkerja.. disebabkan ia ditekan sepadat2nya.. ia akan menganjal balik bila tiada tolakkan di cam.. maka valve akan kembali ke tempat asalnya.. menutup ruang bukaan... sama juga pada apa bila selesai dibakar valve pembuangan asap dibuka utk membuang asap.. so dalam enjin 4 stroke.. ada 2 jenis bukaan valve.. valve minyak dan valve exzost.. sama je cara berkerja tp berselang seli.. err ok ke penerangan ni.. hehe... 

ok sambung lagi.. so spring valve racing.. apa bezanya dengan spring valve std kilang? nampak mcm sama je.. tp sebenarnya berbeza.. bezanya adalah berapa tekanan ia boleh terima ketika high rpm enjin.. enjin std tekanannya spring valve nya berlainan.. dan apabila anda guna cam racing yang kebanyakkannya mempunyai bonjolan yg lebih tinggi atau disebut radikal.. maka spring valve std kilang tidak lagi boleh menampung tekanan yang dijana oleh cam racing tadi.. sebabnya spring std ia sesuai utk cam std.. bonjol cam x tinggi sgt dan spring valve pun ada kiraan tekanan utk cam std.. berlainan dengan cam racing.. bonjolnya lebih radikal.. terutama hi-cam maka spring valve yang lebih kuat perlu disesuaikan utk menggalas tekanan hi-cam tu.. perbezaan paling mudah utk anda lihat secara visual antara spring std dan racing adalah.. spring valve racing lebih byk gegelung nya dan spring valve std.. apabila gegelung tu lebih byk maka daya anjalan dia utk menendang valve utk tutup tu lebih cepat.. daya anjalan yg kuat dalam rpm tinggi adalah sangat penting apabila anda menggunakan cam jenis radikal bonjolnya kerana bukaan valve yang lama dan lebih jauh kedalam memerlukan daya yg sgt cepat dan tepat apabila ia perlu ditutup kembali ke tempat asalnya.. Mungkin ada yg x paham kenapa kena anjal cepat.. rilek saya akan terangkan.. 



Spring Valve std vs spring valve racing.
ok apabila anda memilih utk menggunakan cam racing.. maka anda perlu mengeluarkan belanja utk spring valve racing tu skali.. kalau boleh! dan kalau x cukup budget.. jangan pasang cam racing tu lagi selagi anda x beli spring racing tu.. KALAU BOLEH bagi jd BOLEH.. hehehee.. sebab apa.. sgt2 penting apabila dikemudian hari prestasi enjin anda tidak mencapai apa yang anda mahu.. nampak macam simple je tp ianya sangat berbaloi dan penting.. eleeeh.. setakat spring.. apalah sangat.. aku pakai spring std je.. ok je.. ye lah.. tu keje tak cukup modal dan x cukup ilmu.. spring racing ni sangat penting utk enjin modi sebab biasanya lah.. org bawak moto modi ni mana ada jenis slow2.. mesti laju je.. laju bermakna rpm... tinggi.. dan pakai cam racing.. apabila pakai cam racing bawak moto dalam kelajuan tinggi.. spring valve racing sgt2 perlu diberi perhatian sebab kalau pakai spring valve std pada cam racing kebarangkalian risiko utk menjadi 'floating valve' tu juga tinggi. apekebendenya pulak floating valve? flaoting valve adalah kejadian dimana apabila didalam kelajuan enjin yang sgt tinggi.. valve yang terbukak tu tak sempat nak tutup balik ke tempat asalnya.. hah? paham? tak sempat tutup balik maka apa yang terjadi? mungkin akan berlaga dengan piston yang menuju utk compress letupan atau pembuangan asap.. atau juga berlaga sesama valve minyak dan exzost.. tu la dia kebarangkaliannya.. dan juga kalau x berlaga kedua-dua benda tu akan kehilangan kuasa lalu x mencapai kehendak kuasa yang sepautunya boleh dijana.. mcm mana leh jd mcm tu?



Risiko - Cam racing + spring valve std kilang
Floating valve (tergantung) terjadi apabila didalam rpm tinggi enjin... spring yang sepatutnya berkerjasama dangan cam racing utk menutup lubang valve tidak mengikut turutan kerja enjin dengan sepatutnya.. ringkasnya malas dan lembab la kau ni spring oi!! cepat ahh!! hehe.. sebab apa.. spring std tadi tak boleh nak 'kejar masa' yang cam tu da mula memberi arahan utk menutup.. beza bonjolan cam racing dgn std.. cam std bonjol yg memberi arahan utk tutup valve tu menurun secara beransur2.. mcm 1-2-3-4.. sikit.. akan tetapi bonjolan cam racing terutamanya hi cam.. arahan memberi waktu tutup tu pantas!! 1-4!! takde 2-3.. cepat2 tutup.. piston mau mari maa.. cepaaatt.. jadi.. selingan masa utk cam std dan spring valve std.. waktu valve nak menutup dan piston naik ke atas tu selari.. valve tutup beransur2.. piston pun naik.. kalau cam racing dan spring valve racing.. semasa piston tgh naik.. valve masih lagi terbukak sedikit tau.. (bukaan valve cam racing adalah lebih lama) dan piston dah mula kompress.. dan apabila piston hampir2 sampai ke kebuk pembakaran.. valve tadi ngam je tutup.. tu la dia fungsi spring valve racing.. tutup cepat.. kan gegelung dia banyak.. bila banyak lagi kuat dia menganjal, walaupun cam beri arahan tutup last2 minit.. power bak superhero.. cuba anda bayangkan apa terjadi kalau pakai spring valve std dalam keadaan tadi.. dia kan benda utk normal spec tiba2 kena keje mcm superhero.. lambat la kan.. itu la yg akan jadi floating valve.. ia tergantung.. anda leh byg anda tengah tarik rpm 12,000 or 13,000 dgn spring valve std bersama valve tergantung? kebiasaannya kerosakkan berlaku diwaktu rpm enjin tinggi.. sebab waktu tu.. ketepatan dan kecekapan adalah penting... kalau lemau dan lembab risikonya piston boleh berlubang or valve bengkok or valve berlaga.. ini semua duit kalau nak merepair balik.. bosan der tgh laju jd mcm tu..



Nak Beli Spring valve racing!!
so anda da paham.. kenapa spring valve racing penting.. tepat dan pantas serta tahan lasak.. tepat mengikut arahan, pantas bertindak dan tahan lasak bila dibelasah di rpm tinggi... jadi ia juga salah satu alatan yang sgt? PENTTIIIIINGGGG.. hehe.. benda ni byk dijual.. mcm2 brand ada jual.. kebanyakkannya dari siam.. dan mcm2 material.. dan harga.. so mcm mana nak tau ekkk ia adalah spring valve racing... pegi kedai bawak skali spring valve std tu.. mintak tokey tu spring valve racing letak sebelah2.. pastikan sama tinggi.. sama saiz bulat dan perhatikan gegelung spring tu.. spring valve racing lebih banyak gegelung nya.. biasanya 3 4 or 5 gelung.. dan cuba test.. anda tekan spring std anda antara ibu jari dan jari telunjuk.. rasa kenyal dia.. dan test plak kenyal spring valve racing tu.. biasanya 50% atau 70% lebih kenyal dari std.. ok dah.. jangan keras sampai takleh nak tekan pulak!!!... 

contoh sahaja

so jumpa lagi.. ada komen dan pembetulan tolong la bagi.. 


57 comments:

  1. Law x tuka spring nh ley buat tepet bising ke??just nk tnye..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau pakai hi-cam tp x tukar tu boleh tp jangan suka tarik gear panjang2 di rpm tinggi..

      Delete
  2. bro kalu pakai block saiz 62 pas tu pakai low cam sesuai kew dan kene tukar valve spring x?

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh nak pakai low cam.. tukar skali spring valve tu.. blok 62 tu power gak tu.. leh tarik kaw2 nnt.. takut spring std takleh tampung rpm tinggi

      Delete
    2. salam bro.nak tanya,aku pakai v1..hajat nak tukar spec 57..perlu ke tukar spring valve.

      Delete
  3. Klau blok standart, tuka cam cms kna tukar skali dngan spring valve kea??
    #amat memerlukan pertolongan pakar.. tima kasih.

    ReplyDelete
  4. salam..sv brand apa y bagus, texas ok x?

    ReplyDelete
  5. engine stndrt saja galak nk pkai spring valve rcing bleh?? haha.. kot2 la rpm bleh trik tggi skit ke...

    ReplyDelete
  6. Salam bro..spring valve std ley tampung smpai brape RPM???

    ReplyDelete
  7. blog bro dari tajuk A hingga Z terbaik bro. .aku banyak belajar dari sumber bro. .bro boleh pm no tlfon x? kalau bro private no tlfon xpe. .0179323691 ni n0 tlfon aku. .aku nak tanya bro sikit2 psal moto nie dan nak beli lah brang2 moto kea,pasang barang kea dekat bro,cam,sv,blok fz,dan carb rxz mili. .shah alam area mne?klau boleh aku datang sana. .tq

    ReplyDelete
  8. salam..enjin saya std semua cuma tukar kepada CDI yang buang cut-off (no rev limit), perlu tukar spring valve skali ke, sebab walaupun dah tukar CDI, rpm tak naik lebih daripada CDI standard..terima kasih

    ReplyDelete
  9. brand apa yang bagus spring valve racing ni???

    ReplyDelete
  10. assalam...
    kalo blok standart,nk pkai lowcam perlu ke pkai sv racing?

    ReplyDelete
  11. salam..sy pengguna lc v2 5speed..spec moto-blok uma 62,cam uma,clutch n spring uma,ekzos nobi silent sport,cdi ikk,carb rxz..soalan-spring valve kene tuka tak?,,,sv brand ape pling sesuai dgan spec moto mcm ni??..tolom

    ReplyDelete
  12. Spring valve apa yg terbaik yg sama bulat yg sama tinggi....tlong admin blaze

    ReplyDelete
  13. bro nk tanye ckit ni...kalau pakai hi cam nk kena tukar blok skali ke?

    ReplyDelete
  14. Bro,,,td tukar high cam,,lepas tu knpe enjin jd mcm taknak pegi lau pulas minyak secara mengejut dengan kuat

    ReplyDelete
  15. Aslmkm bro.sy punya moto lc 5s jem.piston pecah blok blubang mungkin dsbbkn sy xtukar spring valve racing.tqvm kerana mberi pnerangan yg amat bguna.sy guna cam uma.blok x1r 62mm.carb uma 30mm.head standart.perlukah sy modi head?

    ReplyDelete
  16. Aslmkm bro.sy punya moto lc 5s jem.piston pecah blok blubang mungkin dsbbkn sy xtukar spring valve racing.tqvm kerana mberi pnerangan yg amat bguna.sy guna cam uma.blok x1r 62mm.carb uma 30mm.head standart.perlukah sy modi head?

    ReplyDelete
  17. Ada lg lupa tulis..exzos perang.clutch racing....

    ReplyDelete
  18. Rod sy dh bengkok.alang2 dh bengkok rod apa yg sesuai utk block 62mm lc 5s bro tlg replay dgn cpt plssssss

    ReplyDelete
  19. Spring valve racing jenama ape yg baik and low cam ape yg baik digunakan

    ReplyDelete
  20. salam bro..sYa penunggang 135lc v2 4sp..mofor stendet belum pernah modi lg...jadi saya ingin ubahsuai bunyi tanpa ubahsuai enjin..apakah exzos yg sesuai diguna pakai oleh motor saya

    ReplyDelete
  21. Kepada semua pengguna lc 5s... pengalaman saya ler menggunakan blok 61mm dan ke atas adalah menyebabkan Rod akan goncang & Bengkok kerana secara pemasangan yang kasar ataupun memang akan menjadi goncang yang terasa lama kelamaan jadi makin teruk lama kelamaan performance jadi drop disebabkan kehausan yang teruk.. kawan saya dari engineer cub prix terengganu dia berkata nak tukar barang lebih performance tukar lah barang original seperti blok fz original (Material Nikasil) dan spring valve racing brand quality japan & Camshaft perlu tukar jenis ukuran (Lift) 52mm jika nak race sikit guna 58mm tetapi kena setting mainjet kepada 120, Pilot jet tak perlu. Ekzos Racing guna yang lepas jenis ada Silencer.. dengan keempat-empat barang ini korang akan dapat rasa performance lebih efisen dan yakin bila berada di top speed.. kalau korang nak tahu kemampuan Rod, Gearbox, Crankshaft dan lain2 adalah 150cc sahaja tidak boleh dari itu jika korang gilew jgk korang angkat enjin tukar kesemua barang racing tidak satu pun barang std baru betull.. OKEH... Kelajuan yang kami telah Uji dengan keempat-empat barang top cecah 130kmh senang2 je tunggu lama sikit (5seconds) akan naik sampai 145kmh - 9800RPM cuma rasa sikit ada gegaran di enjin (lagi elok dari yang blok 61mm ke atas).. Tahan lama & Lasak & Long Highway & Jimat Minyak & Yakin & Efisien.... Motor saya yamaha lc5s (2013) hanya menukar CDI ORi Thailand warna oren tu..(takde cut-off) (RM120) & Spring Valve janama High Speed (Japan Ori) (RM280), Ekzos Jenama E-POWER Silencer (Nampak sebijik ekzos std) (RM210).. dengan ketiga-tiga barang yg saya telah tukar.. performance speed by step.. 1. 20-80kmh.. 2. 80-100kmh.. 3. 100-110kmh.. 4. 110-120kmh.. 5. 120-125kmh (TOP SPEED Jalan lurus).. Stabil di 7800RPM (110Kmh).. Makin lama makin gilew top speed kadang2 cecah 130kmh turun bukit 145kmh (BLOK STD!!!!) kerana mampatan & pembakaran sangat tepat & Efisen PERFORMANCE jadi MENINGKAT itulah yang kami Nak sebenarnya..kami bukan nak makin Drop..itu belom upgrade kepada 'LOW CAM' (Lift 52mm) untuk blok 54mm ini..kebanyakkan pengguna tidak tahu apa itu CAMSHAFT sebenarnya, Teori Simple - Low Cam lebih kepada TOP SPEED, High Cam - Pikap & TOP SPEED & REV yang melampau menyebabkan BLOK PECAH, VALVE HANCUR, N sebagainya melarat ke dalam enjin pula jika tidak tukar apa yang di tetapkan.. Low Cam is the "best choosing" untuk blok std atau racing tetapi tengok atas ukuran cam berdasarkan -Lift 52mm (125-149cc), 54mm (149cc), 58mm (150-170cc), 60mm (170-199cc) tersebut.. saya tak disangka enjin lc ini dapat kalahkan suzuki belang 150cc itu..kenapa begitu kerana material yamaha lc ini direka ringan ,super high temperature enjin (Blok Diasil), dan enjin klasik nampak jew sport kat luar kurang elektronik.. Hah berbandin blok2 di pasaran cap ayam dan cap bintang..> Blok Diasil boleh di Rev sampai 13000RPM tanpa sebarang masalah (menjana maksimum kekuatan blok)... hahahaha.. jangan padang rendah dengan blok Diasil ini kerana ketahanan yerr dari suhu dan geseran ye..SO APE GUNA BLOK RACING.. Baik tukar HEAD RACING lagi bagus baru SUPER RPM (mau cecah 11000rpm senang2 jew)..hahaha so banyangkanlah Top speed mase tu enjin pon bunyi cam sport. saya berikan ilmu serba banyak ini haraplah berguna..apa2 salah cakap saya sila diperbetulkan..Hehehe Peace yo.. Asalam

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau pakai cdi brt okay ke ?

      Delete
    2. Slow masi tu bro klau blok std hanya mampu cecah 145kmh klau turun bukit.

      Delete
  22. Salam bos.. saja tanya.. kalau tukar spring valve shj tanpa tukar cam xjd masalah ke?? Ade peningkatan utk enjin ke atau perbuatan yg sia2.. hehe.. newbie bos.. baru beli lc minggu lepas..

    ReplyDelete
  23. Salam bos.. saja tanya.. kalau tukar spring valve shj tanpa tukar cam xjd masalah ke?? Ade peningkatan utk enjin ke atau perbuatan yg sia2.. hehe.. newbie bos.. baru beli lc minggu lepas..

    ReplyDelete
  24. Kos utk valve spring bpe?..mmg kne tukar cam racing dlu ke..cite sikit psl kos..serius nk modi lc ambo

    ReplyDelete
  25. Kos utk valve spring bpe?..mmg kne tukar cam racing dlu ke..cite sikit psl kos..serius nk modi lc ambo

    ReplyDelete
  26. Spring valve tu blh jadi punca ke top xd? #newbie

    ReplyDelete
  27. Spring valve tu blh jadi punca ke top xd? #newbie

    ReplyDelete
  28. Spring valve tu blh jadi punca ke top xd? #newbie

    ReplyDelete
  29. Klu pasang cam.. pakai spring valve fz ory ok x..?? Bab pomen sarankan gitu.. bab yg valve racing dye kata keras cam batu..

    ReplyDelete
  30. Assalamualaikum . Tumpang tanya . Motor saya lc135 5 speed . Sye dh tukar blok racing 60mm , carb arata 28mm minjet 100 . Cam alang yg ditempah khas berwarne merah , spring klac rasing , klac plate racing . Cdi pun dh tukar . Masalahnye , bila dh smpai gear 5 , 100 je . X nk pergi lagi dh . Kalau pulas lagi bobok . Kalau bawak bawah 80 , bobok . Kene turun gear 4 baru x bobok . Spring valve racing kene tukar jugak ke baru x bobok ? Magnet nak kene lay ke ? Ekzos nk kene tukar jugak ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasanya sebab bobok ni kerana pembakaran tak sempurna. Contoh air fuel ratio lari, minyak lebih sgt angin kurang.

      Sy rasa masalah disitu sj kot. Rasa lah, newbie di sini.

      Delete
    2. spec ok x.. xkn 100 je pergi dia... hmmmm

      Delete
  31. bro...moto lc saye bile.leps trottle ade letop2 kt ejos..problem ape ye

    ReplyDelete
  32. As salam saya punya rod bengkok and block calar manja kalau macam tu moto saya boleh tahan lama tk

    ReplyDelete
  33. Terbaik and tahniah kepada penulis blog ni

    ReplyDelete
  34. assalamualaikum bro , kalau pakai blok 62mm kene korek enjin ke ?

    ReplyDelete
  35. Assalamuaaikum bro, kalau pakai sv cms pakai cam stnd boleh ke?? ad effect ape2 x??

    ReplyDelete
  36. Salam nk tnya... Kalau tukar ekzos besar sikit dari std kne tukar spring valve jgk ke?

    ReplyDelete
  37. Salam bang, sy pengguna rs150 kalau kita buat stage 1 (ecu,exhaust,air filter, cam, dyno) perlu ke nak tukar valve spring walaupun blok tak usik ? Kalau yg jenis lock throttle tu memang wajib ke tukar valve spring ? Takpun abg suggest je brg apa yg sy nak kene upgrade ni. Harap abg jawab la dengan secepat mungkin hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila high rpm x elok... Klu nak pakai sv std ikut laa... Cuma akan ada masalah pada high rpm jaa

      Delete
  38. Saya pakai block 60mm cam tukar racing
    Spring valve. Standards ble. Ke.top speed pergi 150 je

    ReplyDelete
    Replies
    1. you ada sikit tak jelas lagi, 1st pada masa kau pilih "Pengubasuian" dah takde uturn, sebab ur bike will only be faster and more faster by step by step~ kerana dua benda je dah tukar, one by one upgrade baru skoy , tapi u nak satu kali sampai 200KM/J boleh juga, research MalayBengkel sudah develope Special Part pakage baru tuk 135 LC power dah sampai 26hp dah, dan harga canggih juga RM4xxx https://www.facebook.com/mbgarage.my/photos/a.772150119597516/1765377986941386/?type=3&theater ~ so kita tunggu your 200KM/J Video~ good luck ,Salam.

      Delete
  39. Kalau pakai blok std , ekzos std tapi guna cam racing dgn spring valve racing boleh ke? Sebab cdi dah tukar so takde cut off

    ReplyDelete
  40. Kalu tukar cam kna dyno? Utk y15..

    ReplyDelete
  41. kalau y15 spec std 57mm then pakai cam racing yg khas untk 57-63mm kena tukar spring valve jugak ke?

    ReplyDelete
  42. Spring valve ni boleh mintak tukar je kat kedai ya? Takut nanti hantar kedai nak mintak tukar nnti dia suruh tukar benda2 lain dulu😅

    ReplyDelete
  43. Salam bos. klu rocker arm patah belah ekzos kenapa ek. 2 x kena. cam uma hitam, spring valve uma

    ReplyDelete
  44. Saya lcv6 just tukar leo spring valave racing, cdi brt 8map hyperband,uma vr28,ekzos uma back pressure,coil uma, plug kabel kozi,top speed boleh sampai 140 saja...kalau nak lagi top speed apa barang nak tukar lagi?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kasi tukar block la kawan..block standard laju mana lu mau lagi..haiyyaa

      Delete
  45. Terima kasih atas info yg sangat bguna. Sya nak tanya boss,klu spring valve keras sangat.. Adakah penahan spring valve bhgian atas tu boleh patah @ pecah. Ada pengalaman sorg member, penahan spring valve bhgian atas tu patah dan menyebabkan spring valve terlepas dan jem. Adakah kemungkinan besar benda tu boleh berlaku apabila spring valve racing terlalu keras.

    ReplyDelete