Carburator RXZ - Mikuni 26mm - Round slide
![]() |
Borch vs Cat / Millineum |

Kedua-dua ver carb rxz ade perbezaan sedikit sebanyak samada dari bentuk luaran dan juga dalaman.. keadaan carb z lama berat sikit, mungkin material yg digunakan pada carb lama besi yang lebih padu dan tebal, identikalnya pula bila di rpm tinggi.. penangannya top speed berdesup.. tp agak sebu.. atau bahasa ramai org guna bobok.. atau mudahnya lagi permulaan pulasan trotel tersengguk2.. carb ini juga sering diklasikasikan oleh geng rxz sendiri agak mudah utk dituning berbanding carb z cat. Manakala pada carb z baru pula ianya agak ringan, mungkin material binaan yg telah diubahsuai.. sesuai utk pembawakkan dikelajuan santai tapi top tinggi agak susah nak dicapai.. perbezaan juga terdapat pada lubang2 dalaman pada carb tu.. forumer rxz mengatakan bawaha rxz borch liang2 udara adalah lebih besar sedikit dari carb z cat.. tapi apa pun keadaan setting akhir adalah penentu.. dibawah adalah spec yang aku dapat kutip dari risalah geng rxz berkenaan dengan carb nih
SPEC STD CARB RXZ
BORCH : Mainjet 210 pilot 22.5
MILLENIUM : Mainjet 210 pilot 22.5
CATALYTE : Mainjet 195 pilot 22.5
- jarum silde set di takuk tengah
- pakai jarum panther txr atau jarum ori dan diasah sedikit pada bahagian hujung tajam tu
- jarum carb ni susah nak jumpa ori jepun yg baru, kebiasaan kat sparepat adalah yamaha siam. yang betul2 ori kena g HLY
- kalau nak pakai kat 4 stroke mcm lc amik satu getah hos masuk ke bahagian lubang 2t.. potong pendek bahagian hos tu dalam 1 inci setengah dan matikan dgn bakar hos sket dan kepit ngan tool playa
- tutup habis skru angin
- tinggikan sedikit timing motor dalam 3k rpm
- bukak skru angin slow2 dan rpm akan naik dan terus bukak sampai rpm paling tinggi.. dan kalau terlebih bukak rpm down so pulas kebelakang balik skru bagi rpm paling tinggi balik
- bila da dapat rpm tinggi tu setting balik skru idle enjin kepada idle ikut sesedap rasa
- so g try dan tgk mcm mana dia pegi kalau dapat 160 170 tu kira ok la tp make sure exzost dah pakai bukan std badak tu le
- nak tahu minyak samada cukup atau tak.. kebiasaan dekat hujung mulut exzost tu calit ngan jari dan rasa sendiri debu carbon tu.. kalau debu tu halus dan kering dan lembap tu kira ok.. kalau debu tak banyak minyak agak kurang.. plug minyak cukup biasanya perang terang.. kalau putih ramai org cakap minyak x cukup so kena up balik mainjet tu.. kalau bobok giler biasa pilot kena up sket (perbanyakkan tanya pomen mengenai hal ini)
sumber setting - RXZ Malaysia / MBC
sedang diupdate sedikit demi sedikit utk carb lain