Search This Blog

Sunday, May 12, 2013

Pengubahsuaian Yamaha 135LC - Bab 7 - Carburator Part 1




Sembang Carburator aka CARB

oppss
Kalau uollzzz ni ni pegi masuk forum komuniti or FB group bab2 motor... mesti nampak ayat 'CARB' yg sebutan nya seperti "craaabbb" la sangat kan... sebenornya ia adalah short form utk CARBURATOR.. so kalau nak bersembang dunia realiti jangan sebut "craaabb"... tapi sebut carburator.. nnt orang lama x paham apekebendenya korang ni nak tanya la aduyai... hahaha.. 

Apa itu Carb?
orait.. apekebendenya fungsi carburator.. fungsi carburator diibaratkan sebagai jantung kepada enjin yang mengepam petrol ke dalam perut 'blok' motor korang tu.. fungsi carb adalah mengawal sukatan campuran minyak petrol bercampur dengan udara aka oksigen. Faham disini.. fungsinya hanya mengawal sukatan petrol campur udara. Dan sukatan petrol yg dikawal dengan main jet & pilot jet. Dan pelarasan dibuat dengan melaras berapa kemasukkan udara ke bahagian main jet dan berapa tinggi idle rpm enjin anda Sukatan udara pula dikawal dengan 2 cara.. satu skru valve mengawal udara utk bersama menyembur petrol dan satu lagi adalah saiz lubang udara carb tu sediri, yang korang tgk mcm paip kosong terbukak luas tu la... tu adalah bukaan angin yang masuk. 

Dibahagian carb tu ada satu dinding ditengah2nya yang dipanggil slider or slide je.. fungsi benda ini adalah utk mengawal sukatan udara yang masuk ke dalam enjin tu... lagi luas slide ini dibuka dengan memulas trotel makin banyak, maka galak la isipadu udara yang akan masuk.. isipadu udara yang besar masuk akan menghasilkan vakum yang tinggi dan akan menyedut petrol makin banyak utk dipancutkan dari mainjet untuk bercampur dengan udara.. campuran udara petrol tadi akan terus ke inlet valve head terus ke kebuk pembakaran dan BOMMM terjadinya kuasa kuda.



Semua motor ada menggunakan carb.. especially kapcai lah.. ade jugak kapcai fuel injection tp kat Malaysia tarak rasanya.. siam banyak.. kapchai2 ni pula menggunakan pelbagai jenis carb. ada jenis konvensional ada jenis vacum ada jenis maju sket mcm lc pakai sistem tps bagai dan ini membezakan prestasi kuasa dan penjimatan carb tu. Kalau dilihat pada situasi motor kilang. Kebanyakan carb adalah kecil atau bersesuaian dengan kapasiti cc enjin motorsikal itu sendiri. Tapi bila masuk dalam bab modifikasi. Perkara ini perlu diambil kira bila mana korang dah mula nak main blok besar. Kalau dah up big bore cc 150cc 0or 200cc adakah carb utk 135cc masih boleh menampung keperluan blok tadi. BOLEH tapi kalau perbezaan blok up 30% dari saiz std. Tapi kalau dah up lebih dr itu.. maka penggunaan carb lebih besar saiznya adalah amat digalakkan.

Sebab apa pakai carb oversized?
Ha sebab apa nak pakai carb besor lak nih.. huhu.. penggunaan blok ber-CC besar menuntut anda memberikan lebih banyak campuran petrol udara untuk memaksimumkan ruang besar pembakaran dikebuk pembakaran head enjin tu.. apabila dah up cc.. saiz bukaan piston pada permukaan rata kebuk pembakaran menjadi semakin luas dan bila sudah jd luas maka isipadu maksimum petrol udara yang masuk perlu bersesuaian dalam jangka masa yang pantas! fuhh.. paham? ok mcm ni, bila korang ada sebuah kotak.. dan perlu masukkan air ke dalam kotak tu.. anggap kotak tu kebuk pembakaran dan saluran air adalah carb tu... korang kena penuhkan kotak tu dengan air dengan sepantas yang mungkin.. berapa cepat mesti la bergantung kepada berapa besar saluran paip tu bukan? lagi besar saluran paip dan deras air tu maka makin cepat la penuh air tu bukan? so mcm tu la perumpamaannya utk blok besar (kotak) dan carburtor (paip air)... lagi besar dan bersesuaian dengan blok maka lebih cepat nisbah bahan api boleh memenuhi ruang pembakaran. 

Kebiasaanya saiz carb memainkan peranan penting kepada isipAdu cc blok yang diguna.. aku dan pomen aku lebih suka menyenaraikan kehendak carb mengikut sukatan spt ini.. 


--SAIZ BLOK---cc ENJIN---SAIZ CARBURATOR---

58mm - 155cc - carb std lc / carb 28mmm
60mm - 166cc - carb std / carb 28mm
61mm - 172cc - 28mm
62mm - 178cc - 28mm
63mm - 183cc - 30mm
65mm - 195cc - 30mm / 32mm 

secara amnya kebanyakkan keadaan cc enjin diatas memerlukan saiz yang sesuai.. dan senarai diatas itu adalah dikira sesuai dari hasil ujikasi sekian lama.. nak kata kami main cuprix tu taklah.. tapi dari feedback kawan2 ini lah saiz2 yang sesuai. Saiz diatas itu adakalanya boleh di-oversize-kan lagi dari senarai tu tapi perlulah dikaji lebih teliti dan adakah sesuai dengan kehendak enjin. Kadangkala saiz terlalu besar belum menjamin kuasa mutlak tetapi saiz yang berpadanan akan memberikan tindakbalas yang sempurna. 


Carb STD LC v1 - Mikuni VM22 - Round Slide

ok pemulaannya saya akan ceritakan carb std dahulu.. selebihnya akan diceritakan.. saiz carb std lc v1 adalah bersaiz 22mm kod name MIKUNI VM22.. carb ini kalau korang google dengan kod name tu akan dapat lain plak gambarnya iaitu mikuni round slide.. ok carb ini adalah carb jenis baru atau dipanggil hybrid dari carb yang sedia ada dengan penambahan sistem baru yang dipanggil Throttle Position Sensor aka TPS.. fungsi mekanisme ini adalah ia akan membaca bukaan throttle ketika bergerak dan mengambil input berapa pula rpm enjin ketika itu. Dari data telemetry kedua input ini akan memberikan kesimpulan bahawa carb perlu ditugaskan untuk memberikan tambahan petrol utk kuasa yang optimum untuk penambahan kuasa dan mengelakkan enjin jd terbeban dan memberikan ekonomikal petrol. Bermakna enjin mendapat suapan petrol yg optimum jika diperah secara tiba2.. suapan petrol tambahan ini adalah seperti power jet tapi dalam bentuk yang kecil dan anda tidak akan terasa kuasa lonjakkan serta merta tapi ia hadir dalam keadaan yang santai.. sebab tu kalau lc std perah mcm mana pun power enjin tu akan ada tp bila dah sampai 140kmh (meter lc ler) mesti tiba tersekat (hahahaha) err cut off... apa pun sebenarnya carb ini sangat maju dari segi teknologinya kalau diambil kira dari segi penggunaan kepada produk massa. Walaupun begitu carb ini terkenal dengan sifat suka memberi error bacaan TPS dalam kebanyakkan kes iaitu memberi kerlipan error pada meter lc yang mengatakan ada masalah dengan sistem TPS. (kerlipan tanpa henti pada meter) sebenarnya dalam keadaan ini error itu terhasil disebabkan ada unsur2 benda asing masuk ke soket wayar penyambung sensor ke kaburator.. macam unsur2 seerti air atau habuk yang lembab. Ini menyebabkan berlakunya sensor menjadi kacau bilau. Ia boleh diselesaikan dengan buka soket tu kasi tembak dgn air gun utk buang air or habuk kat situ.

Carb ini walaupun bersaiz hanya 22mm tetapi keupayaannya boleh memberikan prestasi hingga setakat blok 60mm sahaja. itu pun perlu membuat sedikit pelarasan pada minjet carb tersebut.. saiz saya tak boleh nak agak.. lain pomen lain pelarasan. Ada juga sesetengah bengkel membuat modifikasi pada liang udara utama carb ini dengan membesarkan saiz air vent tu sendiri.. apa pun carb ini mempunyai kelasnya yang tersendiri dari segi prestasi untuk std dan juga std modi. Kalau tak kenapa ada sesetengah user lc v2 tercari2 sapa nak jual carb ni nak kasi masuk motor std diorang....  heh heh heh heh

Carb STD LC v2 - Mikuni BS25 - Diafram + Round Slide

orait.. lcv2 carb jenis Mikuni Bs25.. sebuah pembaharuan atau kebelakang? bagi aku ini sudah macam kebelakang . sebab apa sebab carb ini adalah jenis vakum.. er mcm mana nak citer.. carb ini nak kata teknologi baru tu tak juga tapi agak pelik bila yamaha memutuskan mahu menggunakan carb jenis vacuum pada lc v2.. mari kita selidik.. carb ini menggunakan sistem vacuum untuk menarik slidernya ke atas utk bukaan.. sistem ini digunakan utk memberikan pelarasa bukaan yg lebih comfort kepada kepada carb yakni carb tidak terbuka dengan tiba2 walaupun disentap rakus.. ini supaya part2 enjin boleh berkerja dengan lebih rilek... katanya la dari apa yang aku kutip kat forum2.. mekenisme vacum ini adalah getah yg terletak diatas slider tu sendiri. er nak citer pun tak reti mcm mana... simple nya adalah apabila anda menarik thortle secara rakus gila vavi..  getah vacum getah tu yang melembutkan pulasan anda dan slider tu baru terbuka dengaaannn lembbuutt.. walaupun demikian.. ciri2 asal teknologi carb sebelum ni tetap dimasukkan sekali spt TPS.. mungkin penggunaan vacum itu sendiri dapat melaraskan sensor TPS tu ketahap yang lebih teliti.. dan kedudukan sensor TPS terbaru ini juga diletakkan ke arah bawah dan bukan bendongak ke atas.. mungkin yamaha telah belajar dari keadaan error sebelum ini. Kelemahan caburator ini adalah anda tidak boleh guna carb ini tanpa kotak angin dan filter habuk mcm kebiasaan org2 suka godek ni buat.. kalau anda buka dan open tanpa dua alatan tadi.. performance motor anda akan drop sama skali dan kadang kala enjin mati tak pasal2.. sebab vacuum tinggi adalah amat penting bagi carb ini.. baik dari segi pelarasan throtle dan juga vacuum kemasukkan isipadu udara tu sendiri. selain dari itu ia tiada apa2 kelemahan.. cuma aku tak nampak pula adakah penggunaan carb sehingga ke blok 60mm. Tapi yang aku tahu kalau owner lcv2 mahukan respond lebih baik utk enjin std diorang ramai yang tukar ke carb lcv1.



bersambung