Search This Blog

Thursday, September 18, 2014

Pengubahsuaian Yamaha 135LC - Bab 8 - Clutch System

UBAHSUAI SISTEM CLUTCH

Selepas tamat permainan blok piston, carburator, cdi, cam, dan exzost. kebanyakkan owner motor akan berasa modi dah habis sudah.. tapi sebenarnya ada banyak lagi modifikasi2 sampingan or penting yang kadang kala kalau dibuat memberikan sedikit 'rasa' lebih sedap. Modifikasi sistem clutch adalah satu daripadanya, kenapa ada orang buat modifikasi ini? sebab ada perkara2 yang sedikit pelik terjadi kat moto diorang atau sesetengahnya pomen memang suruh buat sekali masa buat head blok (ini sebenarnya tanak kena komplain mcm2 lepas moto keluar dari bengkel so better buat je terus) dan ada yang ikut kawan2 buat ohhh aku pun nak lah hahaha.. apa pun alasan yang diberi yang paling menarik adalah kejadian perkara pelik berlaku.. bila anda dah buat apa yang saya dah senaraikan diatas mula2 tadi dan modifikasi tu secara amnya akan menjadikan motor anda rasa lebih power atau power giler ahh.. paling teruk pun rasa power gak la.. kalau tak power langusng tu mmg hampeh le pomen tuh!!. Bila enjin dah power giler kuasa kuda akan disampaikan ke sistem clutch untuk penukaran gear.. clutch berfungsi untuk membuatkan anda menukar setiap gear yang anda pilih dengan lembut, mudah, selamat dan tidak tersentak. Disamping itu ia memberikan cengkaman yang paling kuat sedaya yang boleh untuk transferkan kuasa kuda anda itu ke gear box anda dan gear box akan hantar ke spoket depan dan ke spoket belakang dan berapa speed boleh capai dengan kuasa tu.. nampak.. banyak lagi perjalanan kuasa tu.. heh heh heh.. so kejadian pelik akan terjadi apabila clutch tidak memainkan peranan pentingnya dalam mengcenkam kuasa dari crankshaft (orang biasa panggil "kreng-shap") untuk disalurkan ke gear box dan akan berlaku gelinciran kuasa.. sapa penah rasa?? orang panggil clutch slip..

credit to - ahseng.net
yang kanan tu mangkuk clutch plate dah ikat dengan spring dan kiri tu auto clutch - LC SS


Bila clutch plate fail!!
Macam mana nak cakap fail? clutch slip adalah satu keadaan dimana cltuch plate + spirng clutch tidak dapat lagi dapat memegang / cengkam / grip kuasa yang terjana dari Crankshaft untuk diterjemahkan ke gearbox dengan cemerlang. So peranan cltuch plate + spring sangat penting.. crankshaft tidak boleh disalurkan terus ke gearbox tanpa clutch sebab kalau takde clutch plate anda tak dapat tukar gear langsung (untuk auto cltuch) dan kalau boleh pun tukar anda tersentak ke depan secara tiba2 bila masuk gear.. (sapa bawak clutch tangan masuk gear tak tarik clutch masuk gear akan paham situasi yang akan terjadi). So macam mana sebenarnya rasa slip.. ok saya cuba terangkan tapi kalau tak paham aku tak dapat nak tolong... ok misalan kata la korang bawak moto dengan rileks tiba2 rasa nak merembat la.. nak layan speed.. dari bawak 60 jenjalan terus tukar satu gear rendah dan sentap trotel... DAN TIBA TIBA rasa mcm motor takde pikap langsung.. bunyi enjin menaik tinggi rpm tu tapi motor gerak perlahan mcm 60kmh jugak or naik la jugak ke 70kmh... dah sentap trotel dah ni.. rpm enjin naik tinggi dah tapi rasa mcm moto perlahan sangat nak up speed nye... kebanyakkan keadaan ini terjadi pada semua GEAR bukan salah satu jer.. kena paham beza antara takde pikap dengan clutch slip.. takde pikap lama kelamaan enjin akan laju jugak tapi clutch slip langsung tanak laju dan kalau naik lajunya lambat sangat..

CLutch Slip ini terjadi disebabkan beberapa sebab..
  1. kuasa yang terjana dari modi baru ke atas enjin atas tidak lagi dapat dikawal (cemgkam) oleh clutch plate tu lagi.
  2. kalau enjin moto anda standard tapi terjadi clutch slip bermakna clutch plate anda dah out of service.
  3. penggunaan minyak enjin yang tidak sesuai kadangkala menyebabkan material clutch plate menjadi licin dan tidak lagi dapat mengcengkam antara satu sama lain.
  4. mengcampur adukkan spec minyak enjin yg berbeza spec or brand kadang kala juga menjadi punca.
  5. penggunaan minyak enjin tambahan seperti aditif yang menaikkan mutu minyak enjin kepada lebih bagus tetapi sukatan yang MELEBIHI.. sekali lagi diulangi... MELEBIHI dari sukatan sepatutnya juga menyebabkan clutch slip.
So Kena Modi la nih? Ape yang kena modi?
Terpulang kepada anda sendiri.. bagi saya modi benda ni perlu.. sebab kuasa dari modi enjin atas mempengaruhi bagaimana kuasa tu disalurkan ke gear box anda.. dan kuasa tu perlu melalui clutch tu dahulu. Dan kalau cltuch tak dapat bertugas dengan baik sedikit sebanyak kuasa akan terbuang kat situ. So apa yang nak dibuat.. kebiasaannya modi clutch.. pertama tengok kepada moto anda dahulu.. kalau moto anda standard kilang terjadi penyakit clutch ni.. maka apa yang anda kena buat adalah setakat tukar clutch plate ajer.. dah cukup stakat tu.. maka moto akan jadi normal balik macam biasa.. tapi bagi moto modi.. ada benda lain anda kena buat.. biasanya kalau yang dah modi enjin ni kena tukar clutch plate baru, 4 ketul spring clutch keras sket, dan rivet balik mangkut clutch tu kalau goyang. Daaaaan (ada lagi) boleh try sistem spring 5 set or 6 set.. itu antara yang kebiasaan pomen modi lc akan buat... maybe ade yang perasan kenapa nak kena pakai spring keras.. tadi kita ada baca clutch slip or licin kan.. slip ini terjadi disebabkan tekanan spring yang menolak supaya clutch plate tadi mengcengkam antara satu sama lain dah tidak menampung daya tolakkan dari crankshaft ke sistem clutch tu tadi.. so permasalahan ini diselesaikan dengan menukar spring kepada yang lebih panjang or kekenyalan tu lebih keras untuk 'mengarahkan' spring tu menolak clutch plate semua tu tadi supaya lebih grip antara satu sama lain.. penukaran spring sahaja tamat bagi pengguna manual clutch aka clutch tangan LC ES.. tapi bagi LC SS iaitu autoclutch.. ada benda lain perlu diperiksa sekali iaitu autoclutch anda tu sendiri.. disebelah alatan mangkuk pemegang clutch plate dan spring tu.. ada satu lagi mangkuk disebelah kanan belakangnya.. tu adalah autoclutch.. benda ni yang membuat kerja menarik clutch secara auto tanpa perlu tarik sendiri seperti LC ES.. benda ni anda perlu periksa sekiranya dibahagian mangkuk tu sendiri terdapat alur longkang 4 alur yg terlalu dalam.. bermakna mangkuk auto tu juga dah terhakis aka 'makan'.. maka jalan penyelesaiannya tukar dan shoe cluch auto tu kena rivet balik.. berbalik kepada mangkuk pemegang clutch plate.. ada bahagian gigi dan ada bahagian mangkuk.. pegang satu bahagian gigi dan satu lagi pegang bahagian mangkuk dan cuba putarkan kedua2nya arah berlawan.. ada sedikit gerakkan atau tidak.. biasanya sikit je.. kalau banyak gerakkan maka perlu dirivet semula..
credit to lowyat forum lc135 - autoclucth shoe

5 spring
6 spring
Penggunaan Spring Keras
Spring keras adalah perlu jika anda mengalami clutch slip.. terutama bagi yang dah modi enjin atas.. dalam keadaan biasa pomen hanya tukar ke empat empat spring tu kepada yang lebih keras.. brand apa yang patut diguna saya tidak mahu terlalu fokuskan.. tapi memadai ianya lebih keras dari yang standard kilang.. ini modi paling biasa kebanyakkan pomen akan buat.. jikalau anda jenis selalu ke sparepart motor or merayau diblog2, fb anda akan terjumpa sistem 5 spring atau 6 spring.. yang ini pun boleh diguna.. dan paling ramai orang nak pakai skarang adalah keluaran uma racing 5 spring setup.. tapi ada perkara perlu diambil kira.. spring keras yang banyak seperti 5 dan 6 akan memberikan hasil cengkaman yang sangat kuat dan ianya sangat bagus sampaikan anda boleh rasa sendiri bagaimana enjin tu menterjemaskan kuasa ke gearbox dengan cemerlang samada dari pikap dan top speed yang dicapai.. tapi hasil penggunaan spring yang melebih 4 dari standard kilang.. penukaran gear menjadi lebih susah sedikit.. ini disebabkan tekanan spring tadi membuatkan anda (LC ES) terpaksa menarik tuas clutch tangan dengan lebih kuat atau keras dari kebiasaan pada standard.. dan pada (LC SS) anda perlu menekan tuas kaki clutch tu dengan lebih kuat.. ini adalah sifat semulajadi apabila mengunakan spring keras.. bagi yang kurang biasa pada permulaannya akan menyebabkan anda berasa agak susah kerana keadaan menjadi lebih susah untuk digunakan.. tapi bila dah biasa dengan pengunaan yang kerap (otot tangan pun dah makin power kahkahkah) maka ia bukan lagi isu.. biasalah kan nak laju.. kena la keje lebih sket haha
original punya


Clutch plate

Clutch plate biasanya guna yang standard je dah... memang ada yang tulis racing lah.. super lah.. tapi bagi saya.. takde bezanya.. asal tertera racing je laju lah ye.. sebenarnya takde beza pun.. yang biasa pomen guna pun mungkin ambil dari model model motor lain.. so kalau pomen anda guna clutch plate dari brand moto lain ke... dari moto lain ke mcm2 stroke ke.. jangan rasa pelik.. anda mungkin rasa pelik tapi tidak bagi dia.. sebab dia ada ujikaji dia sendiri.. so kalau anda nak guna clutch plate jenis racing tu bukan masalah.. terpulang.. yang taknaknya kang guna lain dari produk asal kilang (tak kira brand asalkan ia dari kilang ori) dikhuatiri cepat pulak habis clutch nya...


Kesimpulannya

Maka lepas buat apa yang anda akan rasa.. kebiasaannya lebih buat.. anda akan rasa cengkaman setiap gear tu lebih cekap peginya.. kalau pulas trotel anda boleh rasa perbezaan bagaimana rentapan trotel tu selari peginya.. takde delay lagi.. or macam lambat sket lepas pulas tu.. anda akan rasa setiap kuasa pulasan tu dari keadaan statik.. pulas trotel enjin akan datang pikap dan terus bersambung ke gear seterusnya dan sampailah ke top akhir.. itu yang biasa akan rasa... benda ni lebih terasa kepada yang baru buatlah yang mana sebelum ni tak buat.. akan ada beza.. yang buat pakage sekaligus tu maybe akan lagi rasa kejutan.. dah dari enjin standard ke enjin modi kan? susah nak terangkan rasa tu macam mana... kalau paling teruk ayat orang susah nak percaya pun ibarat anda pulas trotel tu tangan anda sendiri yang pusingkan tayar utk bergerak.. ok.. hahaha.. takde delay terus mengcengkam pegi every gear... 


Modi ni bagi saya perlu.. sebab seidikit sebanyak ia memberikan rasa yang lain.. dan menambah baik sistem enjin yang anda telah modi.. kalau anda tak buat pun lambat laun ianya akan terjadi jugak sli clutch tu.. maka terpulang kepada anda sendiri.. bagi yang moto standrd nak buat pun boleh tapi memadai dengan tukar spring je.. dan check mangkuk dan auto tu.. akan ada rasa jugak sikit2 pun.. tapi kena ingat.. bila anda buat modi ni.. nak tarik clutch tu jadi makin ketat dan nak tekan gear bg yang LC SS jadi makin susah sket.. ini benda biasa... tapi kalau anda jenis kongsi moto2 tu dengan keluarga untuk guna pegi surau la pegi kedai beli barang la oleh adik kakak mak ayah tu kena amik kira lah.. kalau pakai spring 5 6 tu memang kena bebel jugak lah sebab ia memang KERAS.. setakat ini dulu untuk dikongsi... selebihnya akan bersambung ditopik

lain..


walaubagaimanapun.. jikalau hasil dari modifikasi tidak terjadi seperti apa yang saya ulaskan.. saya minta maaf.. apa yang ada saya cuma berkongsi.. selebihnya terletak pada nasib.. dan jangan khuartir.. kerana setiap benda yang kurang menjadi masih boleh diperbaikki.. apa yang perlu adalah kesabaran dan rajin untuk mengkaji mana salah silapnya..