Ok kita keluar sebentar dari bab2 khusus part2 modi lc... beri laluan pada perkara yang banyak orang tanya skang ni... Ramai yang bertanya macam mana nak lajukan lc std mereka tetapi tanpa mengusik enjin motorsikal mereka? nak laju tp taknak usik.. taknak usik tp nak laju... mana bleeehhhh... kena usik aahhh... heh heh heh.. kebanyakkan yang bertanya ini adalah dari mereka yang baru menggunakan lc terutamanya lc v2.. dan ada juga dari lc v1.. ada yang mengatakan mcm mana nak up lagi kelajuan dari hanya menunjukkan kelajuan 110kmh - 120kmh (v2) or 140kmh (v1).. ke lebih tinggi..
Persoalan begini sebenarnya sudah lama ditanya dari awal keluaran lc lagi.. macam kes saya dan rakan2.. kami kebanyakkan adalah generasi lc v1 batch ke-2.. rata2 kami menggunakan model ES dan sudah tentu lc kami hanya setakat 140kmh (v1) std kilang... nak laju lagi tp tanak usik la.. sebab sayang la sgt aduhai nye pun.. jawabnya kami kena naik ke genting sempah hiway karak tu dan turun ke gombak dgn meroket sentiasa sepanjang hiway.. mmg dapat la tgk meter tu melentok kat nombor 180kmh.. pastu da sampai bawah.. hmm std 140kmh mcm tu je lah.. puas? puas sekejap je..
Disebabkan generasi lc v1 pada ketika itu boleh dikatakan kalau didalam komuniti lc boleh la dkira dengan jari brapa kerat yang modi2.. sikit sangat.. kalau ada pun yang modi bila ditanya macam nak tak nak je bagi jawapan.. semua mcm menyorok atau tanak berkongsi.. itu belum lagi yang tunjuk pandai bukan-bukan.. maka alamatnya saya dan rakan-rakan terpaksa cari penyelesaian sendiri... ubahsuai je lah... bedal je... dengan berdasarkan pengalaman jd mat rempit dulu2 (hahaha) maka saya dan kawan2 modi je la berpandukan dari cakap2 org dan cakap2 pomen.. apa benda kena beli apa benda kena buat... ade yang menjadi ada yang tak..
Persoalan
Macam mana nak lajukan lc std tanpa bukak enjin?
Apa benda nak kena beli untuk tujuan tu?
Ada 3 style yang anda boleh buat untuk bagi lc std jd laju sedkit dari kelajuan biasa... ya mmg banyak cara.. tp masih mengekalkan keadaan standard tu atau mengekalkan part2 standard... nampak sama tapi ada beza kat situ.. ramai orang mcm2 style.. tp realitinya mmg dah ada org buat apa yang akan diceritakan...
So apa nak kena buat dan apa part nak kena beli? Dibawah ni adalah Style yang berbeza2 org buat utk lc std or kekalkan part std.. ini berdasarkan pemerhatian.. selalunya memberikan hasil yang berbeza2.. ada yang bergantung kepada part dan selebihnya nasib...
Style 1 -
V1- Exzost, Spoket set
V2- Exzost, Spoket set,
Style 2 -
V1- Exzost, Spoket set, Carburator,
V2- Exzost, Spoket set, Carburator,
Style 3 -
V1- Exzost, Spoket set, Carburator, Camshaft, Cdi
V2- Exzost, Spoket set, Carburator, Camshaft, Cdi
Style 4 - (yang ni memaaanngg tak ramai yg buat)
V1- Exzost, Spoket set, Carburator, Camshaft, Cdi, Port & Polish, Gear 4 21T
Anda boleh tengok senarai diatas mempunyai perbezaan yang ketara antara satu sama lain.. makin tinggi level makin ade je part bertambah.. saya cuba beri penjelasan mudah disini..
Style 1
Exhaust
Exzost apa yang anda nak pilih.. pilih exzost bentuk mcm STANDARD tapi performance siries.. bermakna exzost yg racing tp dalam bentuk std.. OK? Ok ada yang tanya jenis ape? CJ Ipoh, Ahau, ABM, Nob1 dan mcm2 lagi brand.. termasuk la yang antar modi exzost std ori lc bg jd racing.. dan yoshimura exzost yang popular tu.. walaupun cutting mcm exzost perang tp target nya adalah utk std.. maka sesuai jugak.. ada yang tanya takleh ke pakai yg perang mcm cubprix? boleh tapi sebenarnya tak sesuai.. kompilasi jangka panjang adalah valve bengkok atau bocor..
![]() |
exzost ahau cutting std |
![]() |
cjipoh exzost |
![]() |
Yoshimura exzost credit to emir lcbc |
![]() |
Nob1 titanium dan Nob1 Silent siries |
Spoket ratio pula apa yang sesuai utk lc std.. pengalaman saya pada ketika cuba main mcm ni adalah 15-37 adalah terbaik bg motor saya... motor korang, saya x leh janji ia leh jd terbaik.. maka anda kena cuba sendiri mana spoket ratio yang betul2 sesuai dan puas hati.. benda ni subjektif.. sebab ia memberi kesan berbeza mengambil kira berat, cara bawak, dan jalanraya. So anda kena cuba sedikit demi sedikit.. rantai nak rasa ringan paka 415 or 420 la.. tp kalau yang berat lebih 70kg better pakai 428 je lah.. takut rantai stress dan cepat rosak.. dibawah ini adalah spoket ratio yang telah diguna pakai oleh kebanyakkan user lc.. buat ujian anda sendiri berdasarkan list dibawah
SPOKET DEPAN / BELAKANG = ratio (depan bahagi ke belakang)
HIJAU - LEBIH KEPADA TOPSPEED
MERAH LEBIH KEPADA PICKUP
16 35 = 2.19
16 36 = 2.25
16 37 = 2.31
15 35 = 2.33
16 38 = 2.38
15 36 = 2.4
16 39 = 2.44
15 37 = 2.47
16 40 = 2.5
14 35 = 2.5
15 38 = 2.53
16 41 = 2.56
14 36 = 2.57
15 39 = 2.6 Stock gear ratio
16 42 = 2.63
14 37 = 2.64
15 40 = 2.67
16 43 = 2.69
14 38 = 2.71
15 41 = 2.73
16 44 = 2.75
14 39 = 2.79
15 42 = 2.8
16 45 = 2.81
14 40 = 2.86
15 43 = 2.87
16 46 = 2.88
14 41 = 2.93
15 44 = 2.93
15 45 = 3
14 42 = 3
15 46 = 3.07
14 43 = 3.07
14 44 = 3.14
14 45 = 3.21
14 46 = 3.29
credit kepada T135 & MBC
Style 2 + 1
Carburator
Tambahan carburator... pada lc v1 boleh dikekalkan carb asal kalau nak la.. tp v2 better tukar.. soalan kenapa v1 takyah tukar kalau nak tp kenapa v2 better tukar? sebab carburator v1 lebih bagus dari v2 yang guna sistem diafram.. topik pasal carb diafram akan diceritakan dalam bab carb nnt..tp apa pun.. bg saya carb v1 tetap ada kelebihannya tersendiri.. dgn sistem TPS yang mengawal powerjet didalam carb ini ada kelasnya tersendiri.. v2 pun ada jugak tps dan powerjet tu.. tp masalah diafram ni aduyai..
Pada yang nak cuba carb lain pun boleh.. kadang kala ia lebih bagus.. jgn besor2 sgt dah le.. biasa 24mm or 26mm je.. carb rxz.. 125z.. pwk. pe.. uma racing... so korang leh pilih je mana nak pakai.. pasal tuning kena bawak ke pomen lah.. insyallah boleh dpt tune tu.. elok ke bengkel cup prix je.. tp upah le mencanak.. kalau anda mmg jenis boleh tuning sendiri.. so try tuning sendiri.. yang tak tau.. better ke bengkel.. ha sebelum tu.. better exzost da ready.. baru complete nak setting
Style 3 + 2 + 1
Camshaft
jenis apa yang sesuai... low cam je la sesuai utk std.. sebab apa sesuai.. sebab bonggol low cam taklah tinggi mcm hicam... cuma bukaan naya lama.. dan kata tanak bukak enjn kan? so ni pilihannya.... kalau nak masuk hicam kena bukak lak headblock tu... so low cam takyah nak bukak head block tu.. cuma keluarkan cam lama masuk je cam baru.. dan setupkan balik teppet tu.. bg yang memlih cara ni mmg akan terasa perubahan tu.. selalunya akan terasa pada top speed.. apa2 pun rujuk semula topik Camshaft
CDI
yeah.. baru masuk CDI kenapa skarang baru masukkan cdi.. kenapa x awal2 lagi cdi.. cdi pada standard takde rasa sgt pun kalau masuk awal2.. cuma bila da masuk camshaft baru masuk cdi.. kalau korang nak masukkan masa style 1 dan 2 pun xde masalah.. sebab kadang kala rpm dibawah 9k pun speed leh dapat lebih dgn kuasa yg jana melalui perubahan yang dibuat.. kalau betul terasa cut masa speed memuncak.. yang tu maknaya kena tukar la cdi.. so cdi hanya utk lepas cut off je.. takde kelebihan lebih pada pengapian, sebab kemungkinan besar tak main advance retard pada cam tu...
Style 4 + 3 + 2 + 1
ok style yang ni adalah menjurus ke arah std modi sebenarnya.. tapi disebabkan ada sesetengah orang dia still nak pakai blok std tu maka tak masuk la lagi dalam kumpulan std modi.. ni geng atas pagar je ni style ni.. yg korang buat ni std usik hahahahaha... apa pun ade ke org buat mcm ni.. ade.. kebiasaanya sebab lc diorang jem... blok rosak ke.. rod tangkap ke.. jem lain2 ke.. kena bukak dan turun enjin.. std kalau jem kebanyakkan sebab tak jaga minyak enjin je.. itu je.. kalau jaga elok la sentiasa.. dan jem sebab pakai oil filter tak original.. ni pun punca gak std jd jem yg pelik2...
Port & Polish
kaedah port n polish adalah satu skill yang mana kita besarkan sedikit bahagian intake, inlet dan oulet head dan tiang carb tu utk bernafas dgn lebih lega dan bagus..ia utk berikan kelancaran kemasukkan minyak dan keluarkan exzost secara lebih licin dari kebiasaan... kaedah ni kalau enjin std buang stakat 0.5mm je dan polish.. dah cukup.. x perlu banyak2.. sebab block masih std lg..
![]() |
contoh gear 4 |
gear 4 21T.. ni adalah pelesit naharooom no 1 kalau lc std usik2 ni masuk benda ni.. ade kes bila tgk std je.. main exzost je.. tp pegi mcm haram jay.. mmg bengang ngan lc mcm ni.. lain mcm lajunya.. padahal usik tak banyak.. memasukkan gear 4 akhir lebih rendah bermakna speed dilepaskan ngan lebih laju pusingan dr std.. tp masalah nak masuk benda ni kena turun enjin seketul tu.. ada brans? hehe.. selalunya dema yg buat mcm ni adalah org yg jem rod.. alang2 terburai masuk la pelesit ni.. tu ok lagi masuk gear 4 je.. kena yang masuk 3 dan 4.. lagi mcm harem..
So macam mana?
hah mcm mana? nak try ke tak..?? style di atas adalah salah satu cara mod tanpa bukak enjin.. plug n play.. bermakna konfigurasi enjin std masih lagi DARA la.. raba2 luar je kan ... hahahahaahaaha.. kecuali skill style 4 tu lah.. agak keterlaluan la sket.. tp adeeeerr org buat mcm tu.. so result mcm mana.. aku x brani nak jamin lah korang buat mcm ni naik brapa km punyer pegi kat jarum meter motor korang tu.. tp ade la peningkatan dr std kilang... selalu mainan terakhir adalah spoket ratio je selepas usik semua... so kalau korang rasa sayang ngan enjin std korang tu.. maka ini la caranya... dari membaraikan enjin terus kan? cuba dulu bermain sedikit demi sedikit.. dan paham cara kita modi.. dan mcm mana nak jaga bila da buat mcm ni.. baru betul... so selamat mencubalah.. ape2 hal.. komen..
![]() |
Taknak buat mcm ni ke? hehehehe - gambar sekadar hiasan |
bro nk tnye sikit gear 3 sesuai msk brpe kat motor std
ReplyDeletegear 3 std da cukup bagus bro.. tak perlu tukar pun dan kebanyakkan yang main gear x usik pun gear 3 std.. melainkan tukar 4 je atau tukar 1 2 dan 4 terus
Deletekalau potong gear box stdt mcm ner bro
Deletepotong gear nak bg ringan je.. bukan lajak top speed.. kira top cepat sampai.. tp belum tentu top dpt lebih mcm sebelum potong
Deletebro .. boleh x kau cerita skit psl magnito ?? sbab aku ade dngar dri membe klu psang magnito ni , moto jdi laju skit ..
ReplyDeletesaya x berkesempatan nak guna dan rasa mcm mana pakai part ni.. tp ada beberapa kenalan penah guna... nnt saya cuba terangkan fungsi magnito ni melalui perbincangan dengan diorang
Deletebpa sporket ratio(topspeed)ntok 5s
ReplyDeletekebiasaan nya kalau standard turun 0.2 - 0.3 point je..
DeleteUtk gear 5 5speed ni, gigi OEM brape, n seeloknya tkar gigi brapa, utk modifikasi tahap standat ni ja.
Deletesebenarnya elok pakai depan 15 atau 16 utk main top.. kalau pakai 14 enjin nak kena keje lebih sebab nak pusingkan spoket depan yg kecik tu.. kalau 15 or 16 radius besar dan kurang beban.. kalau nak pasang 16 tu mungkin x lepas bg yg guna rantai 428.. 15 lepas je mcm biasa.. kalau nak main depan 16 pakai rantai 415...
Delete15 39 = 2.6 Stock gear ratio
16 35 = 2.19
16 36 = 2.25
16 37 = 2.31
15 35 = 2.33
16 38 = 2.38
15 36 = 2.4 <-----
16 39 = 2.44 <-----
15 37 = 2.47 <-----
16 40 = 2.5 <-----
14 35 = 2.5
15 38 = 2.53 <-----
16 41 = 2.56 <-----
14 36 = 2.57
bahagian yg saya tandakan adalah sesuai utk dicuba, sebab jatuh point 2 mata je.. kalau lebih enjin mungkin tak larat nak bk lg bg lc std la.. cuba dulu
*sorry lambat balas.. agak bz kebelakangan ini
kalau gear box potong biase di org potong 1,2dan 4 ke. . . . agak2 mcm ner top dia g
DeletePencerahan yang sangat mudah difahami, bagus..... I like...
ReplyDeleteKalau nak masuk carb V1 kat V2...ada modi ape2 tak ke plug n play?
ReplyDeleteMain dan Pilot still std ke? :-)
plug n play je rasanya..
ReplyDeleteSory nyampuk, skdar brkgsi, nak tkar carb v1 kna tkar throttle cble n throttle skali klu x slap, sbb :2 gna 2 cble.
Deletesalam bro. dah lama tak menjenguk-jenguk. rindu plak kat blog bro. hehe. ok persoalan nak diutara-selatankan kali ni psl lc GP edition. tak ada beza langsung ke dengan model biasa dari segi performance?
ReplyDeletesama je bro.. design je lain.. ni semua nak kasi laris je.. mcm2 keluaran keluar
Deleteserius? kalau dipikirkan tak kan saje tukar cover set je. setting barang mesti ada lain sikit. cdi yamaha siam mana boleh dapat bro?
Delete140kmh tu ko belasah highway mana bro, cer citer, lain jalan lain top speednya, lain angin lain jgk topnya. 120kmh lc stendet tu top speed purata ja, bkn xle pegi lebih walau tanpa cdi sekalipun. 140kmh tu dh kira setaraf dgn top FZ dah. pd pndapat sy BRT bukanlah plg elok tp plg ramai bdk2 beli.
Deletehohoho... mcm spec extreme spirit je nih... adakah gear box racing yamaha factory? nak kena selidik lebih dalam nih
Deletememang betul BRT terlalu ramai yang beli CDI ni. tapi sejauh mana kebolehannya masih lagi belum diketahui. Yamaha LC135 ES GP Edition ni terhad 2000 unit saja pengeluarannya. tapi kalau hanya setakat cover set limited edition memang tak berbaloi. tapi kalau macam bro mahfuz kata setting ada lain sikit memang berbaloi. apa pendapat bro blaze?
Deletebetul tu. nak tau jugak pasal motor 'RARE' ni. dah boleh la tubuhkan team penyelidik yamaha LC135 untuk kegunaan bersama
Deletebang sye pkai lc baru .lc baru sye boley naik top speed dia 130 jew.. kalau sye nk buat top speed pergi mencanak 140-150 cume tukar cdi boley kew??? nk kene guna kn cdi ape?? tahan kew enjin kalau mengguna kn cdi modified
DeleteBro Blaze, Bila nk msk part carburator nim. hahaha nk tanya, Carb ape y elok Utk LC 5Speed, Carb OEM Belang Bole Msk dop, bgtu jga Con Rod Belang ngam ak? n cer bg idea Cam&spring ape y seswai. kt bwah ni seting Super kapcai sy.
ReplyDeleteModifikasi 135LC 5 Speed ES Clutch
-Exhaust = Nob1 Cutting Standard
-Spoket = SSS 15 38@37
-CDI = Rextor Adjustable
-Air Filter = BMC
-Plug Coil = Faito
-Plug = NGK G Power Platinum Alloy
Coming....
-Carburator = OEM 150 Belang
-Cam&Spring = ?
-Block = OEM 150 FZ DiAsil
-Con Rod = OEM 150 Belang
hahaha.. bz ngan keje ni bro.. aduhai sabar2..
Delete-carb tu mana2 jenis pun leh dimasukkan selagi boleh masuk la.. tp nak setting tu yg kena buat sampai dapat..
-hohoho ubah suai con rod belang ye.. byk benda tu nak kena buat bro.. modal pun besar tu.. saya rasa baik bro bertanya kepada org yg bg idea tu.. hehe
-cam kebanyakkan org pakai cms, ikk, hi speed and mcm2 lagi.. spring valve lak tkr n mcm2.. bukak topik spring valve utk more info
oret, part carburator xmsk lg, terpaksala sy tnya kt sini memandangkn ad cerita sket psl carb kt sini, utk membolehkan sy tukar carburator, ape lg brg sampingan y sy perlu tkar?
DeleteConrod tu projek lg 2tahun, setelah conrod asal ni goyang, sekali dgn tu nk tkarla gear 5 skali, gigi brape y bagus eh, xprnah cuba pn psl nim. carb tu ape lg nk kene tkar eh?
Deletehoh, oret, carburator ni kalo nak tukar kena tkar skali dgn ape lg ek?
Delete160 ni belum psg lg bro, upah die besar utk psg benda nim.
DeleteBro Blaze, any idea, tmpt y pandai setting carburator. mtk share kordinat?
ReplyDeletesaya biasa setting ngan kawan2 je.. kebanyakkan kedai motor boleh buat.. tgk lokasi bro lah... kalau lembah kelang leh try kat ah hong motor or utm racing.. kalaus shah alam leh try maju motor or sck.. better amik kedai yg mmg modi motor sebab diorang lebih paham sebab apa kita pakai apa yg kita buat.. kedai biasa bukan x boleh.. nnt dema gelak la komplen la.. mcm haremm
DeleteSaya area Shah Alam, utk confirmation, ni ka kedai dia? n bro tlg bg alamat utm racing, rasa tringin nk gi situ tp tatau alamat plk.
DeleteMotor Maju
No. 9 Jln Cetak 16/3 Seksyen 16 40000 Shah Alam Selangor
Shah Alam, Selangor 40000
Malaysia
tel: +60 603-55108036
SCK MOTOR SDN. BHD.
Address: 24, Jalan Pedoman 25/88, Taman Sri Muda, Shah Alam, Selangor, 40000
Phone number: +60 (0)3 6259-7355
alamat atas tu betul la tu
DeleteUTM Racing
No. 14, Jalan Gombak,
53000 Kuala Lumpur
(seberang jalan belah tepi balai polis setapak, sederet ngan Tymen Airbrush)
kedai y memang modi motor tu kat mana, sy duk area shah alam
Deletesalam bro blaze.. sorry menyampuk sikit. hehe. nak tny nie, kedai2 yg modi moto nie ade tak dkt area sepang or nilai. kalau bro tau la.. :)
Deletecarb bro pakai ape?
ReplyDeleteexzost tu dgr kata da susah la plak nak dapat.. cuba cari kat sck shah alam tgk mcm mana..
ReplyDeletebro kalu moto lc klac 1st model nk kene modi ape kasi out meter, moto sy pun buat untuk long distace dr melaka ke selangor, igt nk cocok rr..hehehe..stakat ne meter paling tinggi boleh smpai 180 jew..
ReplyDeletewooo da 180kmh.. nak laju lagi.. cucuk rr tu byk keje gak bro nak buat hehe.. bro da ready ke nak melayan karenah enjin modi yg manja penjagaan nih hehe..
Deletehehe kene bersedia jugak la kan..skrang ne pun moto dh kuar asap putih sikit so mmg rasa nk buat balik la..ingatkan nk pakai block seramik saiz 62, low cam, pas tu caburetor tkar dalam je, head port n polish, ok x buat long distance dr melake ke kl..??tengs bro, jasamu dikenang..hehe
Deletebro, brape cost y dh spend utk carb original keihin 28 tu? n kalo tukar carb kena tkar skali dgn ap lg?
ReplyDeletebro blaze, nk tanya..saya baru beli lc v2, tp x berkenan dgn bunyi ekzos. soalannya, kalau tukar ekzos dgn spoket set SAHAJA tanpa usik bnda lain, jangka panjang x effect enjin ke (rosak, x sedap dan sbgnya)?
ReplyDeletecarb tkar kat mana? camshaft xde efek ek, lc 5speed.
ReplyDeletebrooo... nak tnya laa lc 2006 block fz,cdi,cam thai spket 15-35 tapi boleh pgii 180kmh je.. tu pon kne super goo goo bru bolehhh.... mcm mana nak bg ketok miter erk... tolongggg... bulan dpn nak pnjat shah alam to langkawi...
ReplyDeletesalam..sy da tuka carb v1 masuk v2..exhaust pn dah tuka..cutting std modi..knp moto kua asap putih??kalau dibiarkan ade kesan sampingan x??help pls
ReplyDeleteasap putih kalo xsalah msalah myk itam bocor, kalo asap itam tu ad petrol bcor. kalo xsilap lar, y ptg mmg ade msalah, kui3
DeleteAskum bro sya pkai v2 4speed skrg ni motor stnd lg just main ekzos ahau,cdi brt&sproket 15-36 p cle g jgk..rsa cm sma jer..klu sya tkr fz block stnd gn cam agak2 meter blh cecah brapa erk..tunjuk ajar ku sifu...
Deletetp moto sy baru pki 3 bulan..xkn da bocor sana sini??kalau pg kedai yg sy bli motor dulu tu dia.nk layan x??sedihnye :(
ReplyDeletebro motor tuk wave 125 x xde kew buat review pasal2 modi heheheheh
ReplyDeletesy da tuka exzoz focus racing cutting std..tp skrg tepet ade bnyi sikit..mmg normal ke??nk biakan atau sebaliknya??help pls..trimas..
ReplyDeleteassalamualaikum
belum..std..br pki 3 bulan..org kata tepet bunyi sbb tuka exzoz
ReplyDeleteBro tumpang tanya motor lc saya bila topspeed jeh 140 kena main gear 3 jeh kalau masuk gear 4 terus kena tinggal dengan wave 125 tolong ye bro
ReplyDeleteSalam bro..sy nk tnya cket..ade ape2 kesan negative tk klu kita juz tukar cdi jer??tpi yg leb tk usik..sy.guna lc es 5 speed gp edition 2012..
ReplyDeletemotor baru ke bro?
ReplyDeletebiase mj and pj carb atdt lay diorg pkai pe saiz bro
ReplyDeleteSalam kawan2..nk tnya klau nk tukar cam mcm bro blaze cita kt ats tu kn..brapa degree ngan lift yg sesuai ek..blok ngn piston 54mm je..so agk2 cam yg mcm mna ok? Tq~
ReplyDeletesalam kawan2...sye hri bru tkar carb untuk lc v2..tp mslhnya skrang ssh nk start..kna main choke dlu bru la dpt start..n mse jln 2 kdang2 ade rsa nk semput kdang x?
ReplyDeleteso mcm mne ek?...nk g anta kt pomen tu blik ke..
Deletesye nie duk kuching..dh jmpa pomen tu blik..die adjust sensor tps tu..ader ok ckit la..tgok esok cmner..lgi stu pomen tu ckap yang pipe ekzos 2 kecik sngat..angin mcm sendat nk kuar..sye gna ekzos double silencer..carb gna carb dr lc v1..
ReplyDeleteAkhirnya bro brtukar kpd karb yg asl..n guna ekzos cutting standard..pickup trasa..1st n last la gna karb tu..pomen tu nmpak jer cmtau..tp mcm tu gak..xder prubahan..
Deletesalam bro, klu masuk carb 28mm n ekzos nob1 silent sport yg hijau tu ok x? spocket 15-38. mohon pendapat otai blaze.
ReplyDeletesalam bro ..sy berat 80kg .. sy pkai lc v2 ss ..sproket 15-37 ,enjin masih standerd lg..skrg top dpt 140km ja.niat di hati nk buat mcm bro kata tu .kalau sy tukar carb lc v1 ,exzos cutting stndard abm racing,cdi oren thai/cdi 1st model,low cam cms agak bpe rege harga smua nih .. and 1 more ,ada kesan dkt enjin x kalau modi cmni dn bunyi tepet slpas masukkan cam tu dianggap biasa or wht .. mohon beri tunjuk ajar ..sy lcians dri penang :D
ReplyDeleteFuhhh smpai sna tau pomen penang power setting RR..1 tmpat ngn sy pomen tu tp hmpeh lyan 2 stroke ja 4 stroke xnk buat x best power mcam 2 stroke..
Deleteade pomen 4stroke yg power . penang area pulau. 2 3 tempat pomen otai tersembunyi di pulau untuk motor 4 stroke.
Deleteaa top dpt 140 tu pon da super abes ats highway .jalan biasa 120 je.thx for da info.
ReplyDeletebro kalau guna lc demak nak laju camner ne?
ReplyDeletesalam bro..macam mana cara nk buat mj pj kt carb lc 135 standart?
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeletesalam bro blaze .saya pakai lc gp 2012 punya .heran betul sebab top saya cuma 120 je .motor std lagi .tak sentuh apa apa lagi .berat saya 50kg je .spoket berapa yang sesuai untuk saya tukar ye? naik 140 pun jadi la . :(
ReplyDeletesalam bro blaze kalau nak starder modi bape ek kos diee... Posmen mane terbaik area kl
ReplyDeleteLupaa saya punya V2
Deletesalam bro,moto sy lc v2 5 speed,sy dah buat standard modi,cdi,block,kaburator,cam, tp mcm xlaju je dpt g 140km/j je...sprocket ape yg sesuai utk long distance nk dpt top yg maxima...
ReplyDeletesalam bro... nk tnya sikit... kalu aku pkai exzost stndrt modi + cdi RACING BEE + sprocket 15-37 ok x bro?? skang moto aku standart kilang v1 ats hiway jln straigt xde bukit leh p 160km/h.. lps aku tukar yg ats 2 agak2 bleh smpai 180 cpt sikit x??
ReplyDeletetp skang aku mmg pkai sprocket 15-37 da..
Deletesalam bro... sy pengguna lc first model... dlu top speed blh dptt 160 wlaupun naik dua org... skrg nk naik 130 pon skit.. mcm mne nie?? sy nmpk prubhan nie time lpas excident ari tu.. excident ringan2 je tp motor kuat gk la jatuh... mohon penjelasan bro2 sekalian..
ReplyDeletebunyi kt enjin cm plik cket.... minyak byk gk ar mkn....
Deleteklu valve bcor byk x kos repairnye??? klu overhoul enjin trus blh x??/
Deletebro bole tk nk gune style 2 tp tambah cdi??
ReplyDeleteTp ad orang kate kene pakai cdi thailand sebab tkde cut off.... batter pkai yg mane bro
Deletesalam bro..
ReplyDeletenk tanya skit, sy ni baru nk berkecimpung dlm lc es v2 ni.. dulu main scooter x hengat pnye.
skrg ni dh pikir nk pkai moto biasa wat p keja je..
cadang nk pkai tayar besar skit kt blakang 110.70.17 ..
so, soalan nye, spoket saiz apa yg sesuai untuk top speed tayar ni, yg x membebankan sgt..
sy dgr, lc yg untuk 5 gear ni lain skit ratio nye..
cadangan skit bro..
tq!
ok bro..
Deletenantikan soalan seterusnya dari sy, hehe
biasa la baru nk belajar...
tq.
salam.
salam bro sye nk tnye. antara blok x1r n blok shark 63mm mana lgi bgus n tahan lama??
ReplyDeleten ape pantang nye utk permulaan
ada spe2 yang boleh beri cadangan atau nasihat??saya perlukan dengan kadar segera nasihat anda
Deletebro sy nk tnye sikit...sy gne blok 60mm,cdi brt,cam dgn exzos ape sesuai nk pkai bro
DeleteAku bru tukar pocket ia haha
ReplyDeleteassalamualaikum bro blaze
ReplyDeletesaya pengguna lc135 es,meter menjangkau lebih dari 13000
nak tanye sikit macam mane kesesuaian rantai untuk spocket jenis RKM size 15-37
mintak bro balze bagi cadangan sesuai
bro aku tak paham sangat pasal ratio spoket ni ..
ReplyDeletebole terangkan lebih lanjut tak..
cara nak pilih yang mane sesuai nak gune ..?
Salam bro...aku ada lc es 5 speed...std semua..kalau tukar kaburator rxz..ada masalah x?xmau laju2 sgt nak kepuasan sikit ja...dari segi mainjet dgn pilotjet bolh suggest x nk pakai saiz berapa?sporket pakai 15 37 la ni...newbie bertanya harap membantu...
ReplyDeleteBro nak tanya, kalau 135lc first model std pasang focus racing exhaust ada keburukan tak ?
ReplyDeleteBro Mahfuz Creative
ReplyDeleteBengkal motor kat mana. Tlng email kan saya contact dan alamat bengkel kat bbassa2004@yahoo.com
Tq
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteBro blaze boleh x saye tukar spoket, camshaft dan cdi sahaje kat lc v2 dan ade x kemungkinn masasalh akan brlaku?
ReplyDeleteboleh nak tukar.. cam tu kena tgk juga apa jenis.. kalau nak kekal std pakai low cam.. kalau hi cam x sesuai... masalahnya low cam tak banyak pilihan selain dari faito..
Deleteklau pkai cdi brt , set spoket agak-2 pergi mencanak tak ? haha
ReplyDeletecdi sahaja takkan menaikkan top speed
Deletesalah tu bro..sy pakai lc V2 4 speed hanya tukar manifold..saiz tayar depan 70/90 blkg 80/90 topnya dpt 120 jln rata dgn berat badan 90kg. Lepas je tukar tayar depan 90/80 blkg 80/90, meter dah berat..hanya 100kmh shj top jln rata..Then sy tukar cdi standard ke cdi Apido Racing 8 adjust.. dapat balik 1110-115 kmh.. Apido Racing okay gak pasal boleh adjust dari 0-8, tapi jgn set 8 tak sedap..terlampau high..set kurang sket iaitu 6 baru dpt dia pnya power..kira mcm setting karburator @ spoket juga lah..try and error..akhirnya dapati no.6 paling sesuai dgn sy.
Deletesy da tukar cdi,ekzos tukar manifold,sproket 15 38....tada perubahan pada top speed, minyak saja yg bertambah penggunaan....hahahaha, myesal p tukar, hbs rm500 dgn benda tak berfaedah...baik guna standard ja, topspeed 120km/h... kepala batas,spu ke hospital p.pinang 2kali sehari kos minyak bru rm6.. skg da ubah topspeed sama 120km/h, minyak guna rm10...pickup ja lebih ckit...myesal pun tara guna....hahahahaa
ReplyDeleteexzost tkar maniflod je ke bro? dalaman tabung tu ade mod tak.. dalam tabung tu kalau ikut pomen area kl ni mmg kena ubah sket buang e stopper tu.. kalau x mod mmg baik takyah buat ape2 kat exzost tu
DeleteLc sy standard.. Lc v1.. sy dah cukup puas hati dengan kelajuan nya.. Yang sy usik cuma sporket n filter kotak angin sy cabut.. set angin.. Sporket 15 36.. lc sy dah boleh pergi 170.. Masuk highway dah lentok 180..
ReplyDeletejaga minyak enjin kalau dah boleh dapat keadaan mcm ni.. minyak enjin yang bagus dapat menjaga dan mengekalkan keadaan dalaman enjin tu
Deletebro..meter ringan amat tu..cuba gi dyno test leh dpt bape? mungkin bro terpedaya ngan meter ringan tu..dan jgn terkejut silap haribulan ex5 biru potong motor bro dikala meter bro terpacak 180..??
Deleteassalam..saya punye lc beli akhir taun 2007..adakah ianya termasuk dlm 800 model rare tu? tapi nape top dapat 120-130 je(kalo tunduk 140)..mula2 beli dulu bole la 170 senang2 je..skrang ni pki sproket depan standard(tak pernah tuka sejak beli) belakang 38..
ReplyDeletehaha susah nak cakap.. 800 pertama tu yg mulaaaaaa skali keluar.. means kalau masa keluar tu bro amik 2 3 minggu lepas secara rasminya dikeluarkan maka termasuk.. kalau kata 170 masa beli senang tu boleh kata termasuk.. kalau speed dah turun means enjin tu dah setting yang lari pada part2 tu.. mungkin sebab selalu merembat.. biasa la benda2 mcm ni...
Deletetiada model rare 800 pun...Realitinya meter ringan dan berbeza2 ikut motor.. Kepada yg kata lc 1st model hanya tukar spoket dpt 180km/h...memang lawak lah bunyinye.. jangan terpedaya dgn jarum meter yg ringan tu..
DeleteSALAM NAK TNYE SIKIT NIE LC V2 5SPEED GEAR RATIO DYE BPE YG 25T TU ??
ReplyDelete1st: 2.833
Delete2nd: 1.875
3rd: 1.429
4th: 1.167
5th: 0.963
salam,
ReplyDeletebro nak tanye ni, sy gune lc v1 blok 57 ceramic. cam ap yang sesuai untuk pasang skali kt moto ni?
hanya pendapat 4sen saye..low cam kot?
Deletesalam bro . saya nak tahu , saya pakai block x1r 62mm skang nie . saya main dengan rr saya boleh fight lagi , p bila da msuk gear 4 saya da tak dapat na fight ngn rr lg . . skng nie saya na tahu block bly pakai smpai bpe mm tanpa tukar head n kne pkai carb saiz bpe ?
ReplyDeleteSalam satu malaysia..
ReplyDeleteModi yamaha 135lc es gp 5s
Block ceramic-62mm
Cam-uma racing
Cdi-brt imax smart click
Cab-tzm ori kogyo
Exhaust-standard modi monifu
Coil api-apido racing
Plug ngk racing type
Spoket 16-38
Kenapa top dpt 130km je?
Cab nk setting mj/pj bpe?? Sbb plug lepas set jadi hitam legam..
cer tuka spoket 15-37/36..
Deleteassalamualaikum . engine standert lc135 topspeed die berape ?
ReplyDeleteikut luck moto masing2 la ade bole outmeter tros..kalo yg malang mcm aku ni 140 je lekat..hihihi
Deletebtol3..ikot luck..slalu 120 jelaa..klaw tkar cdi tuu..naek laa ckit
Deletemana boleh motor yg sama spec nya (standard) kelajuannya boleh berbeza2 jauhnya.. terimalah hakikat bahawa JARUM METER RINGAN yg menjadi puncanya..
Deletepe fungsi CDI nie ?
Deletesalam..bro sy pkai carb cat 26mm,pkai low cam,block 60 mm,spoket 36,15..cdi standart,ekzos stdart tp da modi skit(tukar minifold,pas tuh dlm ekzos da korek skit)..800m bley p 170 jew...cmna nk bg out mter bro? nk pkai wt long dstance,,,,cdi kne tkar x,spket kne trun lg ke?
ReplyDeletelupa..LC v1 2010
DeleteSalam bro..
ReplyDeleteGua baru bejinak2 pakai lc ni..tp model baru punye..kecewa gua asyik makan asap je ngn moto lain..kalo nak modi lc std baru blh apply yg mcm dalam forum ni x?
Try tukar ekzos,n sproket
DeleteCompem lc lama x leh mkn
Bleh nek gi 130km/h,klu tunduk bleh gi 140,turun bukit 150,yg tu x leh nek da,haha
Lc lame lgi laju ngn lc bru la bro,,, same2 tnduk lc lame ley nek 180,,,men ekzoz ngn spoket jew,,125z std snang2 jew pintas
DeleteAq nk jual mto lc gp edition.cover set biru.
ReplyDeleteNo plat : pkw
Keluar:1.1.2013
Rm6000,mto da abis byar
nk ty if blok63 cam uma carb uma 28mm cdi brt dual band berat badan 70..berapa size sprocket terbaik?skrg pakai 14/36 meraung gak la.
ReplyDeleteModi 135LC ES 5S
ReplyDeleteSalam penguna 135LC suma..ni nk mintak pndangan sikit pada yg dah lama guna LC ni..bg tips skit nk up grade top speed 135 LC es 5 Speed ni..jlan straight dpat 120km/j je,puas tunduk..klau bleh tips yg luaran je lah. Klau bab head blok syang lagi nk modi..ada tips..
ReplyDeletetuka ekzos ngan spoket bro..Bleh nek gi 130km/h,klu tunduk bleh gi 140,turun bukit 150,yg tu x leh nek da,haha
DeleteSpoket brape ssuai ngan brat bdan lbih krang 70kg..klau cdi bleh tmbah power dok..klau tank nk tukar minyak ron 97 kna brsih kn jgak ke,ke bleh cmpur je
Deletesenang je..buh minyak ron 97 dlm botol..bwak sekali gi jale2.. pastu bawak jee moto smpi minyak ron 95 habis dlm tank..buh minyak 97 dlm botol tadi..setel..harap membantu...
DeleteSalam sy pengguna 135lc es 5speed..bro blok standrd bleh x masuk cam fz.de perubahan x dr segi pickup n top.piston nk kena modi ke tuk masuk cam ni? Supaya x berlaga piston ngn cam.tlg bro n otai2 sume comment ckt...nobi lg ni..
ReplyDeletetkar cdi pun dah mencacak
DeleteDa tuka tp cuma tmbh 10 je...
Deletebeli super bike jer..ko duk merapu kat cini xdak guna motpr ko tetap slow..hahaha
ReplyDeleteala nanti la aku beli katana savana..tengah menanam anggur xde keje ni..
Deletebro..nak tanya sikit ngn otai2 sini, saya bru jak ganti xzoz stndrd ngn xzoz LeoVince, adakah xzoz ni mmberi efect yang -ve pada enjin saya? saya guna xzoz ni sbb nak up sikit bunyi dia..bukan nak bagi laju la..hihi..nak bgi cantik2 n bgya sikit. tpi yg jdi persoalan saya, kesihatan mesin kesayangan saya ni sbb mesin saya ni vargin n sihat lagi. bawa pun slow2 je..bwa g kuliah n jalan dekat2 ja.harap dapat penjelasan dari shbt2 LC sekalian. (newbie lagi)...TQ.
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteExzost, Spoket set,Camshaft, Cdi
ReplyDeletebro klaw kcaw yang nie sjeww boley kerr??
salam bro blaze..nk tnye..aku pkai 135lc v2 4speed semua dalam stndrt..motor boleh pegi max pn 115 je..ap yg perlu ditukar klau nk tmbah speed? ingat nk ambil style 1 je..ap cadangan bro tuk spoket ratio dgn exhaust?exhaust ap yg x sangkut dgn abg JPJ? maaf newbie..
ReplyDeleteaku lc v2 top dapat 140 je.. main spocket je..
ReplyDeleterider kena betul la
V2 4S @ V2 ES...pkai spoket brape..saya pkai 4S
Deletesalam..betul ker lc v1 first model clutch tangan punyer senang2 je out meter sebab dah ade toyol dari kilang yamaha..? membe saye cakap la tapi saye xcaye sangat..
ReplyDeletesalam..moto saye lc v1(2007)..sume stended cuma bukak kotak angin..bila saya tarik full trotell gear 1 carb rase semput je..dan bila lepas trottel dlam keadaan laju(80 keatas) carb rase menarik2 semput gitu..adakah saya kene setting balik carb sebab buang kotak angin aritu xsetting carb pon..lagi 1 ejos saya dah bocor bahagian bawah ade 4-5 lobang..effek jgk kat enjin gak ke?
ReplyDeleteNak tanya pd yang pakar... Motor sy thn 2008... almaklumla thn tu kuar version klac tgn... ada effect kalo kita tukar kepada auto??? harap sgt dapat penjelasa... bukan apa... senang untuk org umah guna... dia x pandai nak main clutch tangan ni...
ReplyDeleteas salam bro nak tnya ckit,boleh terangkan x kenapa enjin standart tapi tukar gear 4 (20t) boleh menyebabkan jem...mintak pencerahannya.
ReplyDeletesalam bro blaze, kalau lc v2 standart baru keluar kedai, nk kasi top speed naik nk kene tkar apa ye?
ReplyDeleteminta bro reply
lc v2 es. lupa nak bg tau, l
ReplyDeleteSalam bro blaze... syaa newbie ttg lc nyy... kalo wuat cdi...carb...exhausr bleyy utk sedap naikk?? Kdaii adaa cadangkan.. carb tzm...cdi hyperspeed.. pipe standard(ubahsuai)
ReplyDelete# rm700 tuhh... bro adaa idea tk?? Utk tukar papew carb and cdi kew?? Nnak bgii sedap naik... tk race pown... hrap bro dpt bantu syew! :) salam blaze..
bro..info tak lengkap..camner org nak tolong..spoket bape? berat bdn bape? motor V1/V2? V2 4 speed @ 5 speed..?? ada saka ke tak der(kalau ada moto berat laaa..) ni spec standard moto sy..lc V2 4 speed tyr depan 90/80 blkg 80/90, spoket 14-37,tukar manifold, tukar cdi apido racing 8 adjust(sy pakai no.6 baru ngam)..berat sy 90kg.. top dapat 110-115 kmh..oleh sbb tyr depan dah besar..anggaran sy kelajuan tepat dah cecah lebih 130kmh badan tegak jln lurus.... tak perlu modi2 extreme kepala jadi serabut..
DeleteSalam, nk tnye ckit nie, bile 135lc v1 gune block fz saiz 57 dan motor jadi semput sbb ape ehh, cdi n main jet x kacau lagi hnye setting karburetar ikut block je n ttap jadi mcm tu, wlaupun pernh tukar main jet saiz 135 masih keadaan same, harap cik dpat tlong masalah saye ni.....
ReplyDeletesalam,,nk bertanya spec moto sy plak lc v1,,
ReplyDeletebrg2 yg da ditukar,,
-blok shark 60mm
-cam potong thailand
-spring valve gx9 thailand
-cdi storm
carb stended,,just set carb utk saiz blok je,,main n pilot jet x kacau lg,,ekzos stended just buad manifold dan lubang blkg kasi besar skit spye angin die bole lawas..n spoket 15/34..ap saiz spoket yg terbaik,,n carb z mili klau msok nk set mcm mn n mj/pj bpe..minx kongsi ilmu..
assalamualaikum , nak tanya la . kalau nak buat standard modi untuk 135lc v2 5speed agak2 sedap tak kalau guna :-
ReplyDelete1) blok fz150i (selain blok ni , blok 55mm apa yg blh masuk ?)
2) karb lc v1
3) cdi lc v1
4)manifold racing (28mm)
5)exhaust standard
mintak pendapat ye . terima kasih :D
Bro nk.tye.ckit ah... Kburetor lc 1st model le cuci x? Minyak dlm tank ad lg.. Tp xle abis.. Knpe ye... Sumbat ka?
ReplyDeletesalam bro nk tnye n mntk pndpat ckit..aku pkai v1 2nd batch clutch..meter aku dh nk smpai 160 jd sebu2..knp ek..ape mslah sbnr nye..carb problem or spocket xngam..spocket aku pkai 15 37..ape prlu aku buat..
ReplyDeletesalam bro blaze, sy nk tny skit la.. sy pkai lc v2 4 speed, beli setahun yg lepas.. awal tahun ni (dlm bulan 4) tukar blok fz, cdi rextor adjustable, ekzos nobi tribold & spoket blkg 36-15. masa baru-baru tukar ok lg boleh pegi smpai 140-150km/j, tp dlm sebulan dua ni dh jd mcm standard, nak pegi 120km/j pon sakit jiwa. motor kriss pon boleh ikut belakang. pickup masih ok.. cuma bila dh top speed tu kureng. apa punca keslowan yg teramat sgt n patut ke sy bukak enjin tukar gear 4 racing? sbb masa top gear tu je rasa sebu semacam.
ReplyDeleteSalam..nak minta pndapat otai2..sy guna Lc V2 4s... Enjin standard..Exhaust AHM M1...Carb Uma Racing 28 ...CDI BRT...Spocket 16-36...tapi bleh pi stakat 110km/h je...berat saya 60kg...ada apa2 cadangan?
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteSalam.. nak tanya sikit sya LC 135 GP EDITION 5S sya da tukar spoket 15-37, ekzos lc V1 (agin lepas) dan cdi BRT thailand ori. tapi x de perubahan ape2 pon kat topspeed.. meter dpt 120 km/j je. minta penjelasan dan cadangan..
ReplyDeleteMeter hang dah 140km meter LC V1
DeleteAs salam bro, sy gune LC v1 4s..dh tukar blok 62 uma, high cam uma dan spring valve uma..lepas tukar tu mmg ada rase pick up & top brubah..masalhnye, tepet slalu bunyi..lepas adjust ok pastu xsmpai seminggu dh bunyi blik..nk kate slalu lenjan xde pun..agak2 ade x cara utk mengatasi masalh tepet cpt bunyi tu??..mintak nasihat o pndapat bro..tq
ReplyDeleteaku rasa, korang belum pernah cuba plug ni... autolite.. cuba.. ada beza.. kalau rasa nak besar lagi api.. splitfire.. aku puas main moto muda2 dulu.. mana ada moto EX5 blog standard boleh pakai mainjet minyak 130(KABURATOR RX100)
ReplyDeletehonda wave aku yg standard kuar kedai laju 115kmj tu pun dpt 130kmj lps aku tukar plug outolite(kaburator aku buang system chock) dia cut power kat atas.. kasi over kat bawah la...
bro klau aq pkai style3 tu,,,moto x jame kew bro??? klau top speed bole nek brapa??
ReplyDeleteSaya bru tuka Exzost Cj Ipoh dgn CDi Excel Racing... rasa rugi je..! pasni nak tuka Spoket set pulak...~ harap ni la die punye punce pegi laju ke tak laju...~ hmmm.. sedih...!
ReplyDeletesalam broo..mnx sgt2 balas chat niee..
ReplyDeletenie spec moto lc v1 sya:
spocket 15-37
ekzos stndrt dh modi
meter top speed sya : 140km/150km
masalhnya:
gear 1,2,3 ckup cun dy pergi..pickup ada,meter naik laju ja tap
masuk gear 4,meter trus drop..dari 140km ke 130km
knpa ea broo? mnx sgt tlong slsaikann..TQ
Kena tukar 4th gear kot ? Cuba tengok kt atas kan ada tulis. Aku rasa lah, sebab gear 4 je kan yang tak pickup ?
Deletebro bru2 ni aq tukar mainjet bg besar skit ..
ReplyDeletelpas abis setting tuning apa suma , motor gua stakat abis 140 jerrr ..
napa eh ?
bro saya newbie je..saya pkai LC V2 4Speed..saya nak tanya,skarang saya pkai cdi standart kilang je tpi kalau saya tukar ke cdi LC V1 Clucth bole ke..spoket 14 36
ReplyDeleteAs salam admin,
ReplyDeletesedikit pertanyaan dan ingin minta pendapat dan kongsi pengalaman jika ada..
1) mengenai carb yoshimura..
ada perbezaankah diantara carb yg selalu dipakai seperti tzm, rxz, 125 dengan yoshimura mjn 24 atau 26?selalunya yg mana is better for performance?apakah maksud dual stack?
2) apakah ok jika kita menukarkan manifold dari ekzos asal kepada manifold LC yg besar sedikit?
3) jika menggunakan rextor adjustable untuk LC 5 speed, untuk TPS perlukah settingnye bergantung pada green light (kedudukan asal TPS) pada CDI atau pun tidak mengapa jika kita mengubahnye pada 0.5 atau 0.6 v?
Kalau pasang 4th 21T tu boleh ke tambah pickup ? Apa efek dia eh ? Kena setting sproket ke nak biar lembut sebab saya ni suka jalan jauh. Tujuan nak pasang ni biar laju and lembut. Tolong jawab sesiapa :(
ReplyDeleteSalam bro, nak tnye laa, CDI Ori Thailand yang warna oren tu okey ke? Pastu rpm dia berape?
ReplyDeletespec standart sahaje...modi2 memendekkan jangka hayat umur LC anda..maintain 125/130kmh..tunduk 140/150kmh..kan dah laju tu spec standard.....
ReplyDeletebolehkah conrod jaguh di plug in pada lc135??
ReplyDeletesalam bro ..nak tnye...saye da pkai ekzos open kt moto lc v2 4s saye....so ape tips utk jge enjin supaya xnk bg rosak....??
ReplyDeletesalam bro..nak tnye..sye da pkai ekzos open kt moto lc v2 4s saye..so nak ape tips nak jage enjin moto supaya x rosak..???...(yang lain sume standard)
ReplyDeleteslam..bro, sprocket ratio utk top speed yg paling tinggi tu 15 - 39 ke?? tp skrng ni sye pakai 14 - 36 utk jlan jauh..ok ke??lagi stu sye bru je pkai cdi rcing brand taikom..ok x?rse cm sme je...cme pick up je naik sikit
ReplyDeleteTmpg brtnye bro..mto aku lc v1 second mdel 4s.spek mto cdi thailnd wane oren,coil api racing bee,spoket 15-38,enjin standard,top speed 120,gear 123 ok msok gear 4 down.cmne nk bkin bg up lg speed,tp xnk kcau enjin.hrap dpt bntu
ReplyDeleteSalam..sye pakai lc v1 tpi x pasti thun brape 2010..sye dh mcm2 modi dh..sprt.tukar block fz 60,cam dgn spring valve,cdi brt hyper band,carb 28 nsr,spocket 15 38,crank shaft brand shark dh anjak pin 2m, cume ekjos power r1 turbo..tpi yg sye geram dia still bleh pegi 140 kmh je..ape maslh moto sye bro blaze..ape yg msh perlu tkr? Duit dh byk hbs..
ReplyDelete16 35 = 2.19
ReplyDelete16 36 = 2.25
16 37 = 2.31
15 35 = 2.33
16 38 = 2.38
15 36 = 2.4
16 39 = 2.44
15 37 = 2.47
16 40 = 2.5
14 35 = 2.5
15 38 = 2.53
16 41 = 2.56
14 36 = 2.57
nak tnya ratio dia tinggi ok ke ratio dia rendah ok tuk top speed?..
contoh : 15 35 = 2.33 dengan 14 36 = 2.57 mana lebih topspeednya?
ye la..sye pn nk tau jgak ratio yg tnggi ok ke atau yg rndah ok...?,tlong la bgitau bro blaze..please...
Deletesalam..bro blaze..sye nk tnye la sket...motor sye lc135 v3 4s..,da buat bru2 ni..yg sye da buat:
ReplyDelete(blok shark 63mm, hi cam, spring racing, cdi BRT, exzost ABM performance siries, carb std cume tukar pilotjet bgi bsar sket, ngan head korek..)
sye nk pndapat dri bro la..kalo sye tukar carb uma akn kuat mkn mnyak tk...?,sporket 15-33..stakat ni meter bru cecah 160 @ 170 je (kalo fly) kalo tnduk naek 140 @ 150..so sye nk tau pe efek kalo sye wt carb uma ngan exzost pipe chamber..?,akn dtg mslah kt valve ngan mnyak htam tk...atau jem..?
Mntak pndapat dri pkar..sye noob sket psal lc135 v2 4s ni... ^_^
bro.. nak tanye sikit...? cam ape yang sedap pakai.. highcam ke low cam kalau untuk main jauh...?? cam brand ape yang ukey....??? baru nak belajar
ReplyDeleteAssalamualaikum,tanya sikit bro..
ReplyDeletesy guna lc v1 2ndbatch..yg dah tukar cuma ejos cutting stended kozi iii dengan spoket saiz 15-38..
yg lain semua stended termasuk la carb..
Soalannya disini,mcm mana sy nak hilangkan bunyi letup2 ye,sampai keluar api bagai..mj kena guna saiz apa ?pj kena tukar ke ?angin set macam mana ?
nape motor aku semput2 bila naik 60-80kmh
ReplyDeletemotor dah modi blok 62mm,carb 125zr mj105 pj115,cam racing,spring valve racing,cluth n spring cluth racing,exzos cj ipoh cutting std
salam nak ty brapa mj / pj carb 125zr pakai kat lc135 skarang mj105 pj 115 tp semput2 bla meter 60-80kmj masuk 120 keatas ade rasa cam angin lebih je motor jd berat je nk pegi....
ReplyDeletebro?? nk pakai ape spocket paling elok la?? x paham laa
ReplyDeleteTmpang tnye...sye gne y135lc es 2011....dh 3tahun stndrd...ape yg perlu ditukar tnpe barai enjin?nk laju smpai jejak 180kmj....berat sye 47kg je...moto saye still lgy stndard...sblm ni saye pakai wave125r....saye main sproket 17-34 ngn 5 biji kuilapi brand 9power sarung kt kable plug...hasil nye memuaskan gakla....torque dpt cover balik pas pasang kuil api uh....kalau sye nk setting lc sye bole x just tukar exhaust,sproket,cdi,low cam ngn kuil api 9power tu je?
ReplyDeleteaku nk tnye ko...klau lc v1 nk paki enjin v2 yg 5speed blh x????aku nk paki casis v1 n aku nk gne enjin v2 5speed blh x????tmpat nk gntung enjin same x????
ReplyDeletesalam admin saya pakai spoket 15-37,,,tapi top speed saya hanya 160kmh sahaja, nak dapat 160 tu pon susah...saya nak naik kan top speed...admin boleh cadangkan kat saya spoket berapa yang bersesuaian....
ReplyDeleteBro nak tanye , kalau buka kotak angin dengan setting angin bole pegi x lc std ? Lagi satu kalau bukak ngan setting tu ade efek buruk kat motor x ?
ReplyDeleteHai:)Tmpang tnye lah ehh..exhaust nob1 lc v1 bleh ke nk guna kat lc v2 5speed?
ReplyDeletemodi2 yg mcm listkan tu kcau fuel consumption x? mcm lg kuat minyak or lg jimat minyak..
ReplyDeleteada x modi yg lg jimat minyak? (soalan mcm lawak je..hehe :p )
bro nk tnye...carb uma 28mm sesuai x utk enjin std v2...
ReplyDeleteBro..jenama CDI yg mane terbaik bgi performence siries dan x memberikan kesan sampingan yg negatif...respon plz
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteBro nk tnya,saya pakai v2 4s berat dlm 55,spocket apa yh sesuai untuk main long
ReplyDeleteassalam admin.
ReplyDeletetumpang tanya.
1.moto fully std
2.just bukak kotak angin
3.spoket main 14/36
agak agak ade yg tk kena tk?
*saye baru lg*
assalam admin. moto saye standard.
ReplyDeletesaye pakai spoket 14/36. bwj tegak dpt 130km/h. klau tunduk dpd 150km/h.
rase rase bye oke ke tk spoket ratio tu?
*masih baru lagi*
Salam..tumpang tnya..klau pkai lowcam..piston kna buat tapak vavle x??n spring vavle kna tukar x?
ReplyDeletesalam,bro Blaze lc v1 kalau tukar carb nsr top leh dpt bapa?
ReplyDeletesalam bro,untuk lc 1st model spoket bpe yg sesuai depan belakg??nk dpt top yg terbaik,tnjuk ajarku sifu
ReplyDeleteBos kalau cam racing dengan carburetor uma racing tak boleh masuk dengan piston standard ke lc v1 ?
ReplyDeletesalam bro.. lau aku nak wat style 3.. tapi xyah tukar caburator dgn camshaft boleh ke?? ape keburukan dia lau xtukar bnde tu?? cer trg sikit... masih baru dlm dunia lc.. :)
ReplyDelete