Search This Blog

Thursday, September 18, 2014

Pengubahsuaian Yamaha 135LC - Bab 8 - Clutch System

UBAHSUAI SISTEM CLUTCH

Selepas tamat permainan blok piston, carburator, cdi, cam, dan exzost. kebanyakkan owner motor akan berasa modi dah habis sudah.. tapi sebenarnya ada banyak lagi modifikasi2 sampingan or penting yang kadang kala kalau dibuat memberikan sedikit 'rasa' lebih sedap. Modifikasi sistem clutch adalah satu daripadanya, kenapa ada orang buat modifikasi ini? sebab ada perkara2 yang sedikit pelik terjadi kat moto diorang atau sesetengahnya pomen memang suruh buat sekali masa buat head blok (ini sebenarnya tanak kena komplain mcm2 lepas moto keluar dari bengkel so better buat je terus) dan ada yang ikut kawan2 buat ohhh aku pun nak lah hahaha.. apa pun alasan yang diberi yang paling menarik adalah kejadian perkara pelik berlaku.. bila anda dah buat apa yang saya dah senaraikan diatas mula2 tadi dan modifikasi tu secara amnya akan menjadikan motor anda rasa lebih power atau power giler ahh.. paling teruk pun rasa power gak la.. kalau tak power langusng tu mmg hampeh le pomen tuh!!. Bila enjin dah power giler kuasa kuda akan disampaikan ke sistem clutch untuk penukaran gear.. clutch berfungsi untuk membuatkan anda menukar setiap gear yang anda pilih dengan lembut, mudah, selamat dan tidak tersentak. Disamping itu ia memberikan cengkaman yang paling kuat sedaya yang boleh untuk transferkan kuasa kuda anda itu ke gear box anda dan gear box akan hantar ke spoket depan dan ke spoket belakang dan berapa speed boleh capai dengan kuasa tu.. nampak.. banyak lagi perjalanan kuasa tu.. heh heh heh.. so kejadian pelik akan terjadi apabila clutch tidak memainkan peranan pentingnya dalam mengcenkam kuasa dari crankshaft (orang biasa panggil "kreng-shap") untuk disalurkan ke gear box dan akan berlaku gelinciran kuasa.. sapa penah rasa?? orang panggil clutch slip..

credit to - ahseng.net
yang kanan tu mangkuk clutch plate dah ikat dengan spring dan kiri tu auto clutch - LC SS


Bila clutch plate fail!!
Macam mana nak cakap fail? clutch slip adalah satu keadaan dimana cltuch plate + spirng clutch tidak dapat lagi dapat memegang / cengkam / grip kuasa yang terjana dari Crankshaft untuk diterjemahkan ke gearbox dengan cemerlang. So peranan cltuch plate + spring sangat penting.. crankshaft tidak boleh disalurkan terus ke gearbox tanpa clutch sebab kalau takde clutch plate anda tak dapat tukar gear langsung (untuk auto cltuch) dan kalau boleh pun tukar anda tersentak ke depan secara tiba2 bila masuk gear.. (sapa bawak clutch tangan masuk gear tak tarik clutch masuk gear akan paham situasi yang akan terjadi). So macam mana sebenarnya rasa slip.. ok saya cuba terangkan tapi kalau tak paham aku tak dapat nak tolong... ok misalan kata la korang bawak moto dengan rileks tiba2 rasa nak merembat la.. nak layan speed.. dari bawak 60 jenjalan terus tukar satu gear rendah dan sentap trotel... DAN TIBA TIBA rasa mcm motor takde pikap langsung.. bunyi enjin menaik tinggi rpm tu tapi motor gerak perlahan mcm 60kmh jugak or naik la jugak ke 70kmh... dah sentap trotel dah ni.. rpm enjin naik tinggi dah tapi rasa mcm moto perlahan sangat nak up speed nye... kebanyakkan keadaan ini terjadi pada semua GEAR bukan salah satu jer.. kena paham beza antara takde pikap dengan clutch slip.. takde pikap lama kelamaan enjin akan laju jugak tapi clutch slip langsung tanak laju dan kalau naik lajunya lambat sangat..

CLutch Slip ini terjadi disebabkan beberapa sebab..
  1. kuasa yang terjana dari modi baru ke atas enjin atas tidak lagi dapat dikawal (cemgkam) oleh clutch plate tu lagi.
  2. kalau enjin moto anda standard tapi terjadi clutch slip bermakna clutch plate anda dah out of service.
  3. penggunaan minyak enjin yang tidak sesuai kadangkala menyebabkan material clutch plate menjadi licin dan tidak lagi dapat mengcengkam antara satu sama lain.
  4. mengcampur adukkan spec minyak enjin yg berbeza spec or brand kadang kala juga menjadi punca.
  5. penggunaan minyak enjin tambahan seperti aditif yang menaikkan mutu minyak enjin kepada lebih bagus tetapi sukatan yang MELEBIHI.. sekali lagi diulangi... MELEBIHI dari sukatan sepatutnya juga menyebabkan clutch slip.
So Kena Modi la nih? Ape yang kena modi?
Terpulang kepada anda sendiri.. bagi saya modi benda ni perlu.. sebab kuasa dari modi enjin atas mempengaruhi bagaimana kuasa tu disalurkan ke gear box anda.. dan kuasa tu perlu melalui clutch tu dahulu. Dan kalau cltuch tak dapat bertugas dengan baik sedikit sebanyak kuasa akan terbuang kat situ. So apa yang nak dibuat.. kebiasaannya modi clutch.. pertama tengok kepada moto anda dahulu.. kalau moto anda standard kilang terjadi penyakit clutch ni.. maka apa yang anda kena buat adalah setakat tukar clutch plate ajer.. dah cukup stakat tu.. maka moto akan jadi normal balik macam biasa.. tapi bagi moto modi.. ada benda lain anda kena buat.. biasanya kalau yang dah modi enjin ni kena tukar clutch plate baru, 4 ketul spring clutch keras sket, dan rivet balik mangkut clutch tu kalau goyang. Daaaaan (ada lagi) boleh try sistem spring 5 set or 6 set.. itu antara yang kebiasaan pomen modi lc akan buat... maybe ade yang perasan kenapa nak kena pakai spring keras.. tadi kita ada baca clutch slip or licin kan.. slip ini terjadi disebabkan tekanan spring yang menolak supaya clutch plate tadi mengcengkam antara satu sama lain dah tidak menampung daya tolakkan dari crankshaft ke sistem clutch tu tadi.. so permasalahan ini diselesaikan dengan menukar spring kepada yang lebih panjang or kekenyalan tu lebih keras untuk 'mengarahkan' spring tu menolak clutch plate semua tu tadi supaya lebih grip antara satu sama lain.. penukaran spring sahaja tamat bagi pengguna manual clutch aka clutch tangan LC ES.. tapi bagi LC SS iaitu autoclutch.. ada benda lain perlu diperiksa sekali iaitu autoclutch anda tu sendiri.. disebelah alatan mangkuk pemegang clutch plate dan spring tu.. ada satu lagi mangkuk disebelah kanan belakangnya.. tu adalah autoclutch.. benda ni yang membuat kerja menarik clutch secara auto tanpa perlu tarik sendiri seperti LC ES.. benda ni anda perlu periksa sekiranya dibahagian mangkuk tu sendiri terdapat alur longkang 4 alur yg terlalu dalam.. bermakna mangkuk auto tu juga dah terhakis aka 'makan'.. maka jalan penyelesaiannya tukar dan shoe cluch auto tu kena rivet balik.. berbalik kepada mangkuk pemegang clutch plate.. ada bahagian gigi dan ada bahagian mangkuk.. pegang satu bahagian gigi dan satu lagi pegang bahagian mangkuk dan cuba putarkan kedua2nya arah berlawan.. ada sedikit gerakkan atau tidak.. biasanya sikit je.. kalau banyak gerakkan maka perlu dirivet semula..
credit to lowyat forum lc135 - autoclucth shoe

5 spring
6 spring
Penggunaan Spring Keras
Spring keras adalah perlu jika anda mengalami clutch slip.. terutama bagi yang dah modi enjin atas.. dalam keadaan biasa pomen hanya tukar ke empat empat spring tu kepada yang lebih keras.. brand apa yang patut diguna saya tidak mahu terlalu fokuskan.. tapi memadai ianya lebih keras dari yang standard kilang.. ini modi paling biasa kebanyakkan pomen akan buat.. jikalau anda jenis selalu ke sparepart motor or merayau diblog2, fb anda akan terjumpa sistem 5 spring atau 6 spring.. yang ini pun boleh diguna.. dan paling ramai orang nak pakai skarang adalah keluaran uma racing 5 spring setup.. tapi ada perkara perlu diambil kira.. spring keras yang banyak seperti 5 dan 6 akan memberikan hasil cengkaman yang sangat kuat dan ianya sangat bagus sampaikan anda boleh rasa sendiri bagaimana enjin tu menterjemaskan kuasa ke gearbox dengan cemerlang samada dari pikap dan top speed yang dicapai.. tapi hasil penggunaan spring yang melebih 4 dari standard kilang.. penukaran gear menjadi lebih susah sedikit.. ini disebabkan tekanan spring tadi membuatkan anda (LC ES) terpaksa menarik tuas clutch tangan dengan lebih kuat atau keras dari kebiasaan pada standard.. dan pada (LC SS) anda perlu menekan tuas kaki clutch tu dengan lebih kuat.. ini adalah sifat semulajadi apabila mengunakan spring keras.. bagi yang kurang biasa pada permulaannya akan menyebabkan anda berasa agak susah kerana keadaan menjadi lebih susah untuk digunakan.. tapi bila dah biasa dengan pengunaan yang kerap (otot tangan pun dah makin power kahkahkah) maka ia bukan lagi isu.. biasalah kan nak laju.. kena la keje lebih sket haha
original punya


Clutch plate

Clutch plate biasanya guna yang standard je dah... memang ada yang tulis racing lah.. super lah.. tapi bagi saya.. takde bezanya.. asal tertera racing je laju lah ye.. sebenarnya takde beza pun.. yang biasa pomen guna pun mungkin ambil dari model model motor lain.. so kalau pomen anda guna clutch plate dari brand moto lain ke... dari moto lain ke mcm2 stroke ke.. jangan rasa pelik.. anda mungkin rasa pelik tapi tidak bagi dia.. sebab dia ada ujikaji dia sendiri.. so kalau anda nak guna clutch plate jenis racing tu bukan masalah.. terpulang.. yang taknaknya kang guna lain dari produk asal kilang (tak kira brand asalkan ia dari kilang ori) dikhuatiri cepat pulak habis clutch nya...


Kesimpulannya

Maka lepas buat apa yang anda akan rasa.. kebiasaannya lebih buat.. anda akan rasa cengkaman setiap gear tu lebih cekap peginya.. kalau pulas trotel anda boleh rasa perbezaan bagaimana rentapan trotel tu selari peginya.. takde delay lagi.. or macam lambat sket lepas pulas tu.. anda akan rasa setiap kuasa pulasan tu dari keadaan statik.. pulas trotel enjin akan datang pikap dan terus bersambung ke gear seterusnya dan sampailah ke top akhir.. itu yang biasa akan rasa... benda ni lebih terasa kepada yang baru buatlah yang mana sebelum ni tak buat.. akan ada beza.. yang buat pakage sekaligus tu maybe akan lagi rasa kejutan.. dah dari enjin standard ke enjin modi kan? susah nak terangkan rasa tu macam mana... kalau paling teruk ayat orang susah nak percaya pun ibarat anda pulas trotel tu tangan anda sendiri yang pusingkan tayar utk bergerak.. ok.. hahaha.. takde delay terus mengcengkam pegi every gear... 


Modi ni bagi saya perlu.. sebab seidikit sebanyak ia memberikan rasa yang lain.. dan menambah baik sistem enjin yang anda telah modi.. kalau anda tak buat pun lambat laun ianya akan terjadi jugak sli clutch tu.. maka terpulang kepada anda sendiri.. bagi yang moto standrd nak buat pun boleh tapi memadai dengan tukar spring je.. dan check mangkuk dan auto tu.. akan ada rasa jugak sikit2 pun.. tapi kena ingat.. bila anda buat modi ni.. nak tarik clutch tu jadi makin ketat dan nak tekan gear bg yang LC SS jadi makin susah sket.. ini benda biasa... tapi kalau anda jenis kongsi moto2 tu dengan keluarga untuk guna pegi surau la pegi kedai beli barang la oleh adik kakak mak ayah tu kena amik kira lah.. kalau pakai spring 5 6 tu memang kena bebel jugak lah sebab ia memang KERAS.. setakat ini dulu untuk dikongsi... selebihnya akan bersambung ditopik

lain..


walaubagaimanapun.. jikalau hasil dari modifikasi tidak terjadi seperti apa yang saya ulaskan.. saya minta maaf.. apa yang ada saya cuma berkongsi.. selebihnya terletak pada nasib.. dan jangan khuartir.. kerana setiap benda yang kurang menjadi masih boleh diperbaikki.. apa yang perlu adalah kesabaran dan rajin untuk mengkaji mana salah silapnya.. 

Pengubahsuaian Yamaha 135LC - Bab 7 - Carburator Part 4

UMA RACING 28mm - 32mm



Sapa main lc modi kalau tak dengar pasal carb ni bermaksud ada yang tak kena dengan komnuniti yang anda lepak tu hahaha.. gurau jerk.. ok carb UMA Racing.. carb ni popular kot.. sangatlah popular.. mustahillah tak tau kan.. carb ni hadir dari zaman blok 58mm tengah meletup lagi.. dan carb ni adalah keturunan carb PE yang dikemaskini kan sedikit teknologi tu dengan sistem powerjet.. banyak viarasi yang anda boleh beli dari skecil 22mm sampailah ke 40-50mm (erkk!!) tapi kebiasaannya moto lc yang modi ni akan guna 28mm ke 32mm je mengikut besar big bore kit tu.. carb ini ada satu teknolgi yang dipanggil power jet.. dan fungsi power jet ni apa yg aku nampak bekerja secara automatik apabila pada satu tahap vacum kemasukkan angin menjadi sangat tinggi especially ketika high rpm di kelajuan tinggi, minyak akan dipam secara semula jadi atau auto hasil dari vacum tadi dan menyembur kan minyak dari atas mulut kemasukkan angin tu.. korang boleh check ada satu host getah dari mangkuk carb tu naik ke bahagian atas mulut kemasukkan angin tu.. carb ini jugak popular dengan sifat susah nak tuning pada awal pengeluarannya.. mungkin disebabkan hasil pembuatan yang tidak kemas pada bahagian2 yg kritikal dalam carb tu sendiri.. hari ni semua dah ok rasanya.. selain dari tu ia jugak sering memeningkan owner moto dengan bunyi slider rata (flat side) yang agak kuat menyebabkan owner motor keliru sama ada bunyi tu dtg dari blok atau carb.. dan tak lupa.. satu perkara yang sangat menyakitkan hati tentang carb ini adalah alatan sampingan seperti minjet dan pilot jet yang sangat mahal, dah la carb tu mahal sistem sampingan dia juga mahal.. 
minjet set optional
lai lai lai... pilih mana yang berkenan
walaupun banyak kontra2 sperti tu.. performance carb ini tak boleh dipertikai.. ia adalah antara carb yang memberikan kawalan kuasa yang terbaik dalam kelas persaingan carb lain.. cara ia meluncur mengehmburkan kuasa tu takde masalah spt tersengguk ke bobok ke.. terus je pergi.. dan yang paling penting ada sistem pertolong akhir iaitu power jet di akhir2 rpm tu.. setidak2 nya ada lah dari takde... cuma orang kata carb ni minyak nya agak kuat.. sebenarnya penalaan carb tu sendiri harus lebih teliti untuk mendapatkan penjimatan.. pilihan ada dua.. kuasa maksimum atau kuasa ok ok tp minyak jimat sket dr biasa (dalam kes modi lah) bagi aku ia antara carb yang bagus kepada mereka yang hendak mencuba.. cuma harganya kadangkala memeningkan kepala.. dan stock kadang kala sering habis.. terutama saiz 32mm yang kini mcm dah takde atau susah nak jumpa.. sebab apa.. sebab owner yang pakai blok 65mm.. sangat memerlukan carb ini hehehehehehe... apa pun carb ini sesuai bagi yang tanak pening nak cari carb2 yg bagus tapi rare2 kat market... ramai dah pomen yang dah expert nak tuning carb ini dan carb ni sangat universal sampai macam2 jenis moto korang leh jumpa pakai carb uma ni.. 


YOSHIMURA MIKUNI TM-MJN SERIES


fuuuhhhh meleleh kahkahkah
Ini adalah carburator paling legend hahahaha... sapa tak tahu takpe... anda boleh dimaafkan... sebuah carb yang sangat2 diburu oleh semua budak2 yang modi motor lc pada ketika mula2 zaman lc mula modified dan terus diburu oleh mereka2 ni termasuklah aku sendiri sampai hari ini!!! semua orang nak pakai. semua orang nak.. tapi barang takde.. stock rare.. aku pun tak tahulah celah mana tetiba carb ni orang sebut2.. tapi memang ada yang pakai.. dan hasilnya kerja carb ni takyah pertikaikan lah... tengok hasil kerja kemas luaran tu kita dah nampak macam mana performance dia boleh bagi.. bak kata seorang kawan aku yang memang power dalam modi2 lc ni... THE LAST ULTIMATE WEAPON yang dia akan cari sampai jumpa sapa nak jual... dan akhirnya dia dapat jugak.. dan lepas pakai bila tanya ape cer der.. best ke.. owner punya senyum aku memang jahat betoi senyum dia tu... siot betol.. carb keluaran dari yoshimura iaitu syarikat yang sama otai pembuatan exzost superbike jepun ni memang diakui oleh semua tuan yang memakainya sangat berpuashati performancenya.. kebanyakkan berkata memang ianya sangat bagus.. takde apa cacat celanya..baik dari segi kuasa dan rupa carb tu sendiri.. kalau korang tengok sistem corong yang unik dual stack tu.. semua bukan setakat kosmetik.. ada rahsia2 menjadikan ia bagus... 
sitem corong dual stack
akan tetapi nak memilikki carb ni bukan mudah.. satu.. ianya takde kat Malaysia.. takde orang yang jual.. (dulu) melainkan dibawa masuk oleh orang ketiga bukan melalui pengedar sah.. (skarang dah ade rasanya) kedua.. carb ni mahal nak mampos.. hahahahahaahahaha.. ini lah penyebab ramai hanya mampu tengok je lah... telan air liur je lerrr... full set carb sistem termasuk set pilot dan minjet dan corong unik tu skali mengjangkau hingga hampir ke 2 ribu!!! ooiiiiiii mati katak la nak beli oi.... hahaahaha.. ketiga takde sapa tahu macam mana nak tune... melainkan anda cari pomen yang memang teliti dalam bab tuning or anda sendiri memang kaki tuning ha leh la cuba cuba...  aku takleh nak cakap banyak macam mana rasa, bila bawak macam mana bunyi, bila tarik pikap bunyi macam vtec ke ape ke, tapi apa yang aku tau owner yang pakai memang bila dah pakai diam jerk tak banyak bunyi... kalau anda terjumpa ada orang tengah terdesak nak pakai duit jual menatang giler ni sila lah beli tanpa banyak citer.. tapi dengan syarat tahulah apa yang dia bagi tu complete ke tak... aku penah jumpa kawan aku nak jual.. baru je post kat fb nak jual dan aku baru nak tanya berapa harga? onwer jual kata carb dah sold... gila vavi... tak sampai seminit pun... sial jerk hahahaha.. kepada anda yang berduit boleh la melayari ebay ke amazon ke yahoo auction japan ke untuk cari menatang ni... boleh la beli baru atau kot kot ada 2nd nak jual dari hujung dunia lain.. dan jangan terkejut kalau menatang ni mahal walaupun 2nd hand.. sebab satu dunia akui.. ianya carb yang sangat bagus.. atau lebih mudah bahasanya terlalu bagus sampai orang nak jual pun sedih hati nak berpisah (terdesak punya pasal punya kes)
enjin sapa itewwwwww


So citer carb sampai sini je saya boleh ceritakan... terlalu banyak carb untuk dicerita yang mana owner buat experimen masuk kat lc.. carb superbike lah carb zaman hail amirlah... macam macam.. kalau nak citer semua memang alamatnya tak habis... apa pun carb yang anda pilih.. tak kesah la apa jenis.. pastikan spare part dalam mudah nak cari dan tak maha sangat.. tuning tak susah.. dan paling penting tak memeningkan pomen nak tuning... sekian..