Search This Blog

Wednesday, November 14, 2012

Tips 1 - LC Standard Laju Sket la Tanpa Barai Enjin


Ok kita keluar sebentar dari bab2 khusus part2 modi lc... beri laluan pada perkara yang banyak orang tanya skang ni... Ramai yang bertanya macam mana nak lajukan lc std mereka tetapi tanpa mengusik enjin motorsikal mereka? nak laju tp taknak usik.. taknak usik tp nak laju... mana bleeehhhh... kena usik aahhh... heh heh heh.. kebanyakkan yang bertanya ini adalah dari mereka yang baru menggunakan lc terutamanya lc v2.. dan ada juga dari lc v1.. ada yang mengatakan mcm mana nak up lagi kelajuan dari hanya menunjukkan kelajuan 110kmh - 120kmh (v2) or 140kmh (v1).. ke lebih tinggi.. 

Persoalan begini sebenarnya sudah lama ditanya dari awal keluaran lc lagi.. macam kes saya dan rakan2.. kami kebanyakkan adalah generasi lc v1 batch ke-2.. rata2 kami menggunakan model ES dan sudah tentu lc kami hanya setakat 140kmh (v1) std kilang... nak laju lagi tp tanak usik la.. sebab sayang la sgt aduhai nye pun.. jawabnya kami kena naik ke genting sempah hiway karak tu dan turun ke gombak dgn meroket sentiasa sepanjang hiway.. mmg dapat la tgk meter tu melentok kat nombor 180kmh.. pastu da sampai bawah.. hmm std 140kmh mcm tu je lah.. puas? puas sekejap je.. 

Disebabkan generasi lc v1 pada ketika itu boleh dikatakan kalau didalam komuniti lc boleh la dkira dengan jari brapa kerat yang modi2.. sikit sangat.. kalau ada pun yang modi bila ditanya macam nak tak nak je bagi jawapan.. semua mcm menyorok atau tanak berkongsi.. itu belum lagi yang tunjuk pandai bukan-bukan.. maka alamatnya saya dan rakan-rakan terpaksa cari penyelesaian sendiri... ubahsuai je lah... bedal je... dengan berdasarkan pengalaman jd mat rempit dulu2 (hahaha) maka saya dan kawan2 modi je la berpandukan dari cakap2 org dan cakap2 pomen.. apa benda kena beli apa benda kena buat... ade yang menjadi ada yang tak..

Persoalan 
Macam mana nak lajukan lc std tanpa bukak enjin?
Apa benda nak kena beli untuk tujuan tu?

Ada 3 style yang anda boleh buat untuk bagi lc std jd laju sedkit dari kelajuan biasa... ya mmg banyak cara.. tp masih mengekalkan keadaan standard tu atau mengekalkan part2 standard... nampak sama tapi ada beza kat situ.. ramai orang mcm2 style.. tp realitinya mmg dah ada org buat apa yang akan diceritakan...

So apa nak kena buat dan apa part nak kena beli? Dibawah ni adalah Style yang berbeza2 org buat utk lc std or kekalkan part std.. ini berdasarkan pemerhatian.. selalunya memberikan hasil yang berbeza2.. ada yang bergantung kepada part dan selebihnya nasib... 

Style 1
V1- Exzost, Spoket set 
V2- Exzost, Spoket set, 

Style 2 -
V1- Exzost, Spoket set, Carburator, 
V2- Exzost, Spoket set, Carburator, 

Style 3 -
V1- Exzost, Spoket set, Carburator, Camshaft, Cdi
V2- Exzost, Spoket set, Carburator, Camshaft, Cdi

Style 4 - (yang ni memaaanngg tak ramai yg buat)
V1- Exzost, Spoket set, Carburator, Camshaft, Cdi, Port & Polish, Gear 4 21T

Anda boleh tengok senarai diatas mempunyai perbezaan yang ketara antara satu sama lain.. makin tinggi level makin ade je part bertambah..  saya cuba beri penjelasan mudah disini.. 

Style 1
Exhaust
Exzost apa yang anda nak pilih.. pilih  exzost bentuk mcm STANDARD tapi performance siries.. bermakna exzost yg racing tp dalam bentuk std.. OK? Ok ada yang tanya jenis ape? CJ Ipoh, Ahau, ABM, Nob1 dan mcm2 lagi brand.. termasuk la yang antar modi exzost std ori lc bg jd racing.. dan yoshimura exzost yang popular tu.. walaupun cutting mcm exzost perang tp target nya adalah utk std.. maka sesuai jugak.. ada yang tanya takleh ke pakai yg perang mcm cubprix? boleh tapi sebenarnya tak sesuai.. kompilasi jangka panjang adalah valve bengkok atau bocor.. 


exzost ahau cutting std
cjipoh exzost
Yoshimura exzost credit to emir lcbc
Nob1 titanium dan Nob1 Silent siries
Spoket Ratio
Spoket ratio pula apa yang sesuai utk lc std.. pengalaman saya pada ketika cuba main mcm ni adalah 15-37 adalah terbaik bg motor saya... motor korang, saya x leh janji ia leh jd terbaik.. maka anda kena cuba sendiri mana spoket ratio yang betul2 sesuai dan puas hati.. benda ni subjektif.. sebab ia memberi kesan berbeza mengambil kira berat, cara bawak, dan jalanraya. So anda kena cuba sedikit demi sedikit.. rantai nak rasa ringan paka 415 or 420 la.. tp kalau yang berat lebih 70kg better pakai 428 je lah.. takut rantai stress dan cepat rosak.. dibawah ini adalah spoket ratio yang telah diguna pakai oleh kebanyakkan user lc.. buat ujian anda sendiri berdasarkan list dibawah

SPOKET DEPAN / BELAKANG = ratio (depan bahagi ke belakang)
HIJAU - LEBIH KEPADA TOPSPEED
MERAH LEBIH KEPADA PICKUP

16 35 = 2.19
16 36 = 2.25
16 37 = 2.31
15 35 = 2.33
16 38 = 2.38
15 36 = 2.4
16 39 = 2.44
15 37 = 2.47
16 40 = 2.5
14 35 = 2.5
15 38 = 2.53
16 41 = 2.56
14 36 = 2.57

15 39 = 2.6 Stock gear ratio

16 42 = 2.63
14 37 = 2.64
15 40 = 2.67
16 43 = 2.69
14 38 = 2.71
15 41 = 2.73
16 44 = 2.75
14 39 = 2.79
15 42 = 2.8
16 45 = 2.81
14 40 = 2.86
15 43 = 2.87
16 46 = 2.88
14 41 = 2.93
15 44 = 2.93
15 45 = 3
14 42 = 3
15 46 = 3.07
14 43 = 3.07
14 44 = 3.14
14 45 = 3.21
14 46 = 3.29

credit kepada T135 & MBC

Style 2 + 1
Carburator
Tambahan carburator... pada lc v1 boleh dikekalkan carb asal kalau nak la.. tp v2 better tukar.. soalan kenapa v1 takyah tukar kalau nak tp kenapa v2 better tukar? sebab carburator v1 lebih bagus dari v2 yang guna sistem diafram.. topik pasal carb diafram akan diceritakan dalam bab carb nnt..tp apa pun.. bg saya carb v1 tetap ada kelebihannya tersendiri.. dgn sistem TPS yang mengawal powerjet didalam carb ini ada kelasnya tersendiri..  v2 pun ada jugak tps dan powerjet tu.. tp masalah diafram ni aduyai.. 

Pada yang nak cuba carb lain pun boleh.. kadang kala ia lebih bagus.. jgn besor2 sgt dah le.. biasa 24mm or 26mm je..  carb rxz.. 125z.. pwk. pe.. uma racing... so korang leh pilih je mana nak pakai.. pasal tuning kena bawak ke pomen lah.. insyallah boleh dpt tune tu.. elok ke bengkel cup prix je.. tp upah le mencanak.. kalau anda mmg jenis boleh tuning sendiri.. so try tuning sendiri.. yang tak tau.. better ke bengkel.. ha sebelum tu.. better exzost da ready.. baru complete nak setting

Style 3 + 2 + 1
Camshaft
jenis apa yang sesuai... low cam je la sesuai utk std.. sebab apa sesuai.. sebab bonggol low cam taklah tinggi mcm hicam... cuma bukaan naya lama.. dan kata tanak bukak enjn kan? so ni pilihannya.... kalau nak masuk hicam kena bukak lak headblock tu... so low cam takyah nak bukak head block tu.. cuma keluarkan cam lama masuk je cam baru.. dan setupkan balik teppet tu.. bg yang memlih cara ni mmg akan terasa perubahan tu.. selalunya akan terasa pada top speed..  apa2 pun rujuk semula topik Camshaft

CDI
yeah.. baru masuk CDI kenapa skarang baru masukkan cdi.. kenapa x awal2 lagi cdi.. cdi pada standard takde rasa sgt pun kalau masuk awal2.. cuma bila da masuk camshaft baru masuk cdi.. kalau korang nak masukkan masa style 1 dan 2 pun xde masalah.. sebab kadang kala rpm dibawah 9k pun speed leh dapat lebih dgn kuasa yg jana melalui perubahan yang dibuat.. kalau betul terasa cut masa speed memuncak.. yang tu maknaya kena tukar la cdi.. so cdi hanya utk lepas cut off je.. takde kelebihan lebih pada pengapian, sebab  kemungkinan besar tak main advance retard pada cam tu... 

Style 4 + 3 + 2 + 1
ok style yang ni adalah menjurus ke arah std modi sebenarnya.. tapi disebabkan ada sesetengah orang dia still nak pakai blok std tu maka tak masuk la lagi dalam kumpulan std modi.. ni geng atas pagar je ni style ni.. yg korang buat ni std usik hahahahaha... apa pun ade ke org buat mcm ni.. ade.. kebiasaanya sebab lc diorang jem... blok rosak ke.. rod tangkap ke.. jem lain2 ke.. kena bukak dan turun enjin.. std kalau jem kebanyakkan sebab tak jaga minyak enjin je.. itu je.. kalau jaga elok la sentiasa.. dan jem sebab pakai oil filter tak original.. ni pun punca gak std jd jem yg pelik2... 

Port & Polish
kaedah port n polish adalah satu skill yang mana kita besarkan sedikit bahagian intake, inlet dan oulet head dan tiang carb tu utk bernafas dgn lebih lega dan bagus..ia utk berikan kelancaran kemasukkan minyak dan keluarkan exzost secara lebih licin dari kebiasaan... kaedah ni kalau enjin std buang stakat 0.5mm je dan polish.. dah cukup.. x perlu banyak2.. sebab block masih std lg.. 


contoh gear 4
Gear 4 
gear 4 21T.. ni adalah pelesit naharooom no 1 kalau lc std usik2 ni masuk benda ni.. ade kes bila tgk std je.. main exzost je.. tp pegi mcm haram jay.. mmg bengang ngan lc mcm ni.. lain mcm lajunya.. padahal usik tak banyak.. memasukkan gear 4 akhir lebih rendah bermakna speed dilepaskan ngan lebih laju pusingan dr std.. tp masalah nak masuk benda ni kena turun enjin seketul tu.. ada brans? hehe.. selalunya dema yg buat mcm ni adalah org yg jem rod.. alang2 terburai masuk la pelesit ni.. tu ok lagi masuk gear 4 je.. kena yang masuk 3 dan 4.. lagi mcm harem.. 



So macam mana?
hah mcm mana? nak try ke tak..?? style di atas adalah salah satu cara mod tanpa bukak enjin.. plug n play.. bermakna konfigurasi enjin std masih lagi DARA la.. raba2 luar je kan ... hahahahaahaaha.. kecuali skill style 4 tu lah.. agak keterlaluan la sket.. tp adeeeerr org buat mcm tu.. so result mcm mana.. aku x brani nak jamin lah korang buat mcm ni naik brapa km punyer pegi kat jarum meter motor korang tu.. tp ade la peningkatan dr std kilang... selalu mainan terakhir adalah spoket ratio je selepas usik semua... so kalau korang rasa sayang ngan enjin std korang tu.. maka ini la caranya... dari membaraikan enjin terus kan? cuba dulu bermain sedikit demi sedikit.. dan paham cara kita modi.. dan mcm mana nak jaga bila da buat mcm ni.. baru betul... so selamat mencubalah.. ape2 hal.. komen.. 

Taknak buat mcm ni ke? hehehehe - gambar sekadar hiasan

Tuesday, October 30, 2012

Pengubahsuaian Yamaha 135LC - Bab 6 part 3 - Big Bore Material


Cerita Tambahan Pasal Big Bore 

MATERIAL
Setiap block2 big bore yang dijual dipasaran mempunyai material yang berbeza.. ini sedikit info utk anda ketahui..







Block Logam Biasa Selinder Aluminum
material ni banyak terdapat dipasaran hari ini.. sebagaimana yang korang tahu lambakkan blok2 besar hari ini terdiri dari logam ini.. logam ini tidak bersifat seperti blok diasil std lc yang mana mempunyai teknologi yang lebih maju.. logam biasa dihasilkan dengan mencairkan besi lalu dituang ke acuan dan disejukkan.. dan aluminium selinder blok dimasukkan selepas itu dan polish sehingga berkilat aka licin.. sifat besi block ini juga tidak maju kerana cara ia membebaskan haba agak lambat.. manakala selinder block pula menggunakan selinder tanpa bahan salutan istimewa menjadikan ia tidak lasak dan tidak tahan lama.. cara pembuatan ini dipilih kerana ianya murah dan dapat dihasilkan dengan mudah utk pasaran besar.. tidak memerlukan teknologi maju utk pembuatan block jenis ini. Banyak perngeluar motosikal menggunakan block jenis ini utk enjin motosikal2 biasa. Dan disebabkan itu kebanyakkan orang yang pakai blok besor jangka hayat block tak lama.. tambah2 jenis melenjan hari.. biasanya kalau betul2 jaga pun paling lama boleh tahan adalah setahun je.. pastu bertukang la nnt..


Kelebihan-

  • Kos penghasilan yang murah dan boleh dibuat secara besar besaran
  • Selinder block boleh diganti / dikeluarkan untuk saiz lebih besar 
  • Boleh direbore semula apabila rosak 
  • Boleh buat banyak2 (jd murah) dan jual pada harga mahal (betul2 buat duit cara nih)


Kekurangan-

  • Kawalan lepasan haba tidak cemerlang menyebabkan enjin lebih panas dari biasa
  • Haba yang panas dari block ini menyebabkan minyak enjin meresap aka ghaib ntah ke mana
  • Tidak tahan lama terutamanya digunakan untuk aplikasi performance
  • Mereka yang memilih jalan performance melalui block jenis ini perlu lebih penjagaan minyak enjin




contoh dipasaran credit : uma racing



Block Logam Biasa Selinder Aluminium Ceramic 
Akhir2 ini banyak kedengaran mengenai block ini.. block ini adalah lanjutan siri dari block logam biasa selinder aluminum.. apa yang membezakan block ini adalah ia disalut dengan salutan ceramik.. meterial ceramic telah lama digunakan kepada part2 enjin untuk tujuan perlumbaan terutamanya pada bahagian kebuk pembakaran head, intake outake head, piston, piston skirt dan intake manifolds. Teknologi ceramic sangat popular kerana ia boleh disalut dibahagian yang disenaraikan diatas dengan membuat kerja2 custom kepada tangan yang pakar pada mana2 bahagian yang anda mahu.. bermakna kalau korang ade duit nak buat so boleh buat! tp mahal lah.. sebab ianya kerja2 pakar. Kelebihan ceramic adalah tahan lasak pada suhu sangat tinggi. pelinciran kritikal yang sangat tahan lasak, dan kurang terhakis. Bahan ini mmg diakui sangat bagus sehinggakan NASA menggunakkan bahan ini pada kapal angkasa mereka utk menahan haba tinggi dibahagian bawah badan dan sayap kapal angkasa ketika memasukki semula ke bumi. Part2 performance yang dijual dikedai2 motor juga diakui bahawa benda ni tak murah dan mmg mahal.. disebabkan ia adalah kerja2 special.. bukan dibuat secara besar besaran kepada public.. sapa yg tahu utk apa di aplikasikan maka dia mmg akan laburkan wang ke arah block nin (saya x campur sgt pasal block ceramic ni.. kalau ade info nnt saya update kemudian)

Kelebihan

  • Tahan lasak pada haba tinggi
  • Memastikan pelicir bertindak cemerlang pada suhu tinggi - tidak meresap aka ghaib
  • Kurang terhakis aka tahan lasak
  • Boleh dibuat pada bahagian2 seperti kebuk pembakaran head, intake outake head, piston, piston skirt dan intake manifolds - kerja2 custom


Kekurangan

  • kos yang sangat tinggi utk diaplikasi
  • kekurangan tenaga mahir untuk kerja pembuatan 





credit : Luke Racing Engine
Block Aluminium Metal Plating
Block ini lebih kurang sama seperti Block std lc cuma yang membezakan ia adalah bahagian selinder diasah aka polish sehingga berkilat dan disalut dengan metarial Nickle-Silicon-Carbide (Nikasil) generasi pertama.. (Diasil generasi kedua - dimajukan oleh Yamaha) block ini digunakan pada Fzi generasi pertama aka vixion. (Fzi terbaru sudah menggunakan Diasil)

Kelebihan-

  • Lebih ringan berbanding block besi tuang biasa
  • Lebih cepat membebaskan haba
  • Minyak enjin lebih tahan
  • Lebih tahan lasak


Kekurangan 

  • Kos penghasilan tinggi
  • Susah utk direbore





credit : Yamaha



Block Selinder Aluminium Tempa Diasil
Diasil yang digunakan pada block std lc adalah sejenis material yg disalutkan pada selinder block. Pada asasnya block std lc menggunakan teknologi aluminium die casting yang mana cara pembuatan block ini berbeza sedikit dari cara biasa.. material aluminium dipilih atas sebab ciri2 ia membebaskan haba dengan lebih cepat dari logam biasa.. piston juga menggunakan material serupa utk pilihan yang lebih tahan lasak.. piston aluminium tempa ini dihasilkan dengan membakar seketul besi alumnium dan dielatakkan didalam acuan lalu ditekankan kebentuk piston ketika ia terbakar merah utk menjadi bentuk piston.. teknologi pembuatan ini dipilih kerana ia dijamin kepadatan bahan meterial itu seragam ketika dibentuk menjadikan ia tahan lasak.. sama juga pada block.. selinder block pula disalut dengan material electrodeposited lipophilic nickel matrix silicon carbide dengan tambahan 20% bahan aloy berbanding nikasil untuk menjadikan ia lebih keras ketika menerima tekanan tinggi enjin berkerja.. sebab itu enjin lc std kalau lenjan giler2 atas hiway susah nak jem sebab pilihan meterial terbaik utk menjadikan ia tahan lasak

Kelebihan - 

  • 60% lebih baik utk kawalan suhu bagi mengekalkan prestasi dari material biasa
  • 30% kos pembuatan lebih murah dengan teknologi yang telah dimajukan oleh YAMAHA
  • 30% lebih ringan dari block menggunakan meterial logam biasa
  • lebih mesra alam (block tahan lasak maka kurang buangan block2 yang rosak)
  • minyak enjin lebih tahan lama dan tidak 'ghaib' atau bahasa pasar 'dimakan' oleh block (hahahaha!)


Kekurangan-

  • Susah untuk dikorek semula utk dimasukkan piston lain kalau rosak.. mmg ada foundary yg boleh rebore tp charge agak mahal dan salutan 
  • Salutan Diasil akan terhakis apabila direbore menyebabkan yang tidak lagi tahan lasak.

jikalau anda mempunyai komen tentang pencanggahan info disini..saya sangat2 hargai pandangan anda semua.. info bernas anda akan dimasukkan ke dalam blog saya dan diberi kredit kepada anda

sila beri pandangan anda di laicioutmeter@yahoo.com 




Thursday, October 25, 2012

Pengubahsuaian Yamaha 135LC - Bab 6 part 2 - Big Bore




61mm, 62mm - KE ARAS BARU
61mm - 172cc / 62mm - 178cc... 

cc semakin meningkat lagi!! maka torque makin tinggi.. blok2 ini adalah siri lanjutan kepada saiz 60mm yang sekian lama mendominasi pasaran.. kalau x silap saya kehadiaran blok saiz2 ini hadir selepas hampir 1 tahun blok 60mm berada di pasaran.. tiada apa yang nak diperkatakan mengenai blok saiz ini kerana ianya adalah lanjutan dari saiz 60mm... pickup pada block ini adalah lebih kuat dr 60 maka disini maka permainan spoket belakang menjadi agak kritikal pada para pencari mainan pickup dan top speed.. mereka yg menggunakkan blok2 ini kebiasaannya bermain spoket depan samada 15 dan majoritinya 16...  


60mm credit : Nadzri Syadzrie

kebanyakkannya pakai blok ini hanya bertujuan utk lanyak hiway atau utk kekuatan main korner pada kaki bukit dan track day riders.. pickup yg kuat dari blok ini kalau nak main hiway terpaksa diterjemahkan kapada spoket belakang yg secara biasanya di pakai dari 34 ke 32 utk 15 depan dan 39 37 utk spoket 16 depan.. mmg best apabila pickup yang kuat tu dialihkan kepada top speed... kelajuan 180kmh tu secara amnya mudahlah utk dapat dan ianya amat singkat sekali.. kebanyakkan owner2 yg kurang tahu atau tak biasa dengan keadaan enjin blok besar yg sgt jauh berbeza di bore asal menrungut bahawa rpm tinggi mengerang adalah sgt tinggi.. mengerang pada rpm tinggi adalah satu fenomena yang mana apabila anda sudah sampai pada kelajuan 180kmh or 170kmh tetapi enjin seakan akan meminta anda masuk gear lagi!!.. padahal dah habis gear.. keadaan ini disebabkan bore dan stroke yang terlalu jauh dr kiraan asal adalah penyebab terjadinya keadaan sebegini.. blok2 melebihi saiz 60mm ini juga popular dengan terma minyak itam ghaib.. lenyap..  kebiasaannya mmg leh ghaib disebabkan haba yg terhasil dr blok ini sudah melibihi tahap optimum dan haba yg tinggi ini meresapkan minyak enjin tersebut, samada hangit ke meresap ke ape ke tak tau la nak cakap ape.. dalam kes2 yg lebih giler.. dalam masa 3 hari je minyak enjin da hilang tinggal suku je.. so penjagaan blok ini adalah amat perlu dititik beratkan kepada mereka yang mahu menggunakannya.. secara am.. blok saiz selepas 60mm meletakkan kos penyelenggaraan dan penjagaan ditahap lebih tinggi... penjagaan minyak enjin memerlukan perhatian lebih.. kalau tak nnt tengah layan speed tiba2 enjin dah mula bertukang... bertukang xpe lagi.. kalau terus senyap... haru 

carb yang disarankan adalah dari carb std hinggalah ke MIKUNI TM28, KEIHIN PE 28, PWK 28, UMA RACING 28, 32



63mm, 65mm - TERLAMPAU?
63mm - 183cc / 65mm - 195cc


65mm bersama setup bypass coolant

up lagi... up dan up.. makin tinggi bore maka mkin tinggi la pelarasan yang perlu diseiringkan kehendak bore tu.. selamat datang ke pintu masuk modifikasi extreme.. ini adalah pembuka jalan2 modifikasi extreme kalau anda da mula nak main dengan saiz sebegini.. berbaloikah? berbaloi pada mereka yang tahu apa kehendak yang mereka mahu dan tahu apa yang perlu dibuat.. mereka yang memilih saiz2 ini kebanyakkannya adalah dengan satu tujuan.. champion.. hahahahahahahaha!!! gurau je tp mmg pun.. ini adalah pilihan saiz2 paling besar lah kiranya dalam keluarga big bore 'legal' di pasaran hari ini.. ada lagi besar weii tp yang tu citer lain kali je lah.. so apakah bestnya pakai saiz sebagak mcm ni pada enjin lc.. jawapannya kuasa... saiz yg besau gilau babau mcm ni jangan tanyalah mcm mana dia punye power.. torque mmg tinggi, kena ngan setting spoket ngam.. mmg meleleh la air mata melayan top speed... penahkan layan speeding sampai meleleh air mata kena pukulan angin tu.. haaa yang mmg tahap lelehan maut punyer.. secara kasar nya dengan cc dah menghampiri 200cc dgn berat motor saiz kapchai.. daya pecutan tu mmg sgt2 mendebarkan.. kalau silap pulas trotel motor akan mendongak ke langit mencari bintang2 atau langit biru...  


custom inlet outlet coolant bypass.. perhatikan longkang atas ditutup sepenuhnya
credit : motomalaya
sebenarnya dalam keluarga 61mm 62mm 63mm dan 65mm.. semua nya adalah berkaitan dengan daya kilas yg tinggi aka torque.. senang kata pickup.. kalau kita cakap 61mm pickup power.. maka 65mm? lagi lah power kan? so ianya mingikut turutanlah.. 61mm sampai 65mm.. jadi 65mm pickup power tak hengat.. mcm mana lak 63mm? 63mm bila dikirakan balik.. ia berada di tengah2.. kalau 65mm dah jd pickup kuat maka 63mm jd topspeed balance utk 65mm.. 65mm tu kalau anda nak pakai.. bg aku.. motor tu dah kena masuk dalam bab extreme.. banyak penyediaan nak kena buat.. takleh la nak main masuk macam mana korang main sarung kat blok 60mm.. apa nak kena buat.. refer balik bab1 bahagian extreme.. berjela2 kan kena buat? sebab apa kena buat mcm tu sebab nak imbangi kuasa yang terhasil dari saiz tu.. DAN bila penyediaan 65mm mcm tu dipraktikkan pula pada 63mm maka ia mengimbangi kadar pickup melampau dan top speed giler tu.. so 65mm pickup 63mm pula top speed.. pening nak pilih tu.. (dalam kategori extreme) kat sini kebanyakkan part2 enjin dan skill dah jd lain sket.. port n polish head kena ada kiraan velocity vaccum.. big valve.. custom hi cam.. thermostat remover.. coolant bypass.. carb besar2.. cdi tuneable.. clutch mod.. jack pin.. heavy duty rod.. dan pergh mmg banyak lah nak list.. ada juga yang guna blok2 ini tp cara modi mcm kategori std modi.. boleh je.. tp sedikit leceh la sebab ia tak harmoni atau seimbang.. MMG KENA SEIMBANGKAN.. kalau x mcm2 benda jd x cukup utk menampung kuasa dan kehendak saiz blok ini.. 

ade ke orang buat.. yes mmg ade.. tapi nak menjaga... kadang2 kalau silap percaturan.. jawabnya makan nasi dengan lauk ikan bilis goreng je.. bukan semudah tu je leh buat utk blok sebesar mcm ni.. belanja banyak.. kalau tgk saiznya.. kebanyakkanya buat utk pertandingan sprint test... sebab mmg itu lah yang diperlukan.. pickup dan daya pecutan yang pantas.. kalau ada kawan2 anda yang pakai saiz ni utk daily.. cuba tanya diorang mcm mana nak jaga.. hehehehe.. sayu je muka nak cakap.. duit banyak xde hal.. duit ngam2 mampus.. lain la kalau utk sprint test.. ade sponsor.. ada kemasukkan dana2 rakan yg support korang.. tu lain citer.. service kena kerap.. minyak enjin lagi jgn tanya la nak kena topup.. belum lagi masuk petrol.. secara kasar saiz ni mmg memberikan kuasa muktamat apabila setup dan setting perfect.. pickup dan top speed takyah nak citer banyaklah.. champaiyooon... outmeter badan tegak je mcm bawak 100kmh... amacam.. best tak menganjing mcm tu...? hahahahaha.. dan lauk2 di jalan raya bukan lc lagi dah... pegi cari saingan setara lah.. kalau lc pun sama spec mcm dia je lah leh lawan2... takleh nak cakap main ngan sapa.. kang ade yg sentap pulak.. tp paham2 je lah dgn cc mcm tu sapa mainan diorang yg pakai spec mcm ni atas jalan raya.. setting blok ini disebabkan torque dah jd melampau.. maka korang leh tgk spoket belakang diorang kebanyakkannya mmg comel2 je saiz.. sebab nak topspeed kena balas balik ngan pengorbanan pickup.. dalam comel2 mcm tu pun pickup gila vavi jugak.. kestabilan? gegornye lain mcm weiii.. mmg gegar la.. handling kena improve kaw2 kat sini.. kalau tak jalan lurus takde ape pun leh tergolek... hahahahahahahahahaha ini bukan benda lawak.. dah jd dah pun kat kawan aku hahahahahahahaha!!! so.. nak pakai 63 atau 65.. silakan.. jikalau wang dan masa bukan masalah besar dalam hidup anda.. 

carb yang disarankan adalah errrr atas 32.. carb yoshimura tmjn tu ke.. carb superbike pun ade org pakai.. 




Kesimpulan
so kat sini apa yang aku tau je lah aku leh citerkan.. hanya sekadar pemerhatian aku dengan bergelumang dengan golongan2 yg bermain big bore ni.. maka korang boleh la buat pilihan.. yang macam mana kuasa yang anda nak.. ada yang sedap layan.. ada yang kaw2 punye layan.. pastikan anda ambik tahu apa keperluan yg perlu utk menyediakan modifikasi yang anda mahu.. wang.. masa.. penjagaan.. semua kena seiring.. wang adalah perkara no1 dalam pemilihan big bore.. sebab dia mempengaruhi perkara yang perlu disediakan pulak utk bore yg anda pilih.. masa pula adalah perkara penting sebab nak buat bukan sekadar mainan suka2.. nak siap cepat nnt jd hampeh sebab setting ntah ape2.. penjagaan pula adalah tunjang bagaimana anda nak pastikan dikemudian hari tak banyak kerosakkan akan berlaku bila ianya nak rosak.. jgn cakap jaga kaw2 x rosak.. sebab ianya TETAP akan rosak bila tiba waktu yg benda ni akan rosak.. cara bawak cara melayan di mana nak layan keadaaan nak melayan pun kena ambik kira.. cara pembawakkan motor modi x sama macam korang bawak motor kilang.. totally different..

maka pilih betul2 yang mana sesuai dengan matlamat dan minat.. jgn ikut kawan pakai korang pun nak pakai mcm mana dia pakai.. ambil masa utk godek pendapat dan cari ilmu2 yang perlu supaya sedikit tak banyak.. anda tahu apa yang perlu dibuat dan apa yang tak perlu.. takde le wang tu membazir.. keseronokkan melayan big bore mmg diakui ianya marvelous.. tak nafi.. tanyalah sesiapa pun yg pakai.. mmg senyum.. tp rosak kesabaran tu sama penting mcm mana seronoknya.. hahahaha.. kalau anda jenis susah hati kalau rosak mcm mana maka nasihat aku jgn buat.. sebab benda ni DIJAMIN ianya tidak akan kekal ok sampai bila2 lepas pasang.. akan ada masalah sket.. baik layan std dan pakai peralatan bolt-on je mcm biasa.. pun ok.. tak hilang kawan pun ye tak.. lebih memudahkan.. maka sampai kat sini je dulu pasal big bore.. akan datang akan diceritakan mcm mana nak seimbangkan atau selarikan modifikasi selepas masuk blok besor.. panjang lagi perjalanannya.. minta maaf banyak2 kalau ada yang terasa.. saya hanya berkongsi utk kemudahan dan iktibar semua.. especially... newbies2.. tq sebab baca... see u next chapter... 

Wednesday, October 24, 2012

Pengubahsuaian Yamaha 135LC - Bab 6 part 1 - Big Bore


salam sejahtera.. bertemu kembali.. amacam motor.. ok ke tak ok.. minyak itam cukup tak? tepet bunyi? block ade bunyi? harap semua ok.. dan terus menjaga enjin moto anda dengan teliti.. kali ini kita akan berbincang mengenai block dan piston besor.. ataupun dak2 motor dan taukey2 sparepart panggil big bore kit.. 


BIG BORE KITS aka BLOK BESOR

so apa benda big bore kit ni.. blok besor la big bore la... big bore kit adalah gelaran utk performance part bagi peralatan block dan piston yg melebihi dari cc motosikal standard keluaran kilang anda guna skarang.. kit2 ini terdiri dari pelbagai jenis brand, saiz, dan material.. kalau anda yang biasa berforum di forum2 motosikal atau join group2 lc di facebook sedikit sebanyak akan terdedah dengan perbincangan mengenai modifikasi ini.. banyak saiz brand dan material membezakan performance yang akan terhasil selepas pasang.. paling penting adalah saiz.. amat penting dalam menentukan utk tujuan apa yang anda mahu dan pilihan saiz utk dalam modifikasi enjin anda.. saya cuba terangkan selebar2 dan seluas yang mungkin dari awal mula2 pengeluaran lc didedahkan dengan big bore kit sehinggalah ke hari ini.. ini berdasarkan pemerhatian saya dan lain orang lain pendapat.


barisan jantung pejuang - pejuang... hahaha
gambar credit to - Nadzri Syadzrie


Persediaan
Ramai dikalangan owner lc atau motor apa pun akan terfikir apa agaknya rasa bila pakai big bore kits ni.. yang jenis berkomuniti dia sedikit sebanyak akan paham dan boleh try motor kawan2 yg dah pakai tp kalau yang langsung xde geng or klik mcm mana nak rasa dan tahu? Nak rasa kena la pakai.. tp sebelum pakai tu apa benda nak kena ready? ape benda nak kena tahu? kalau nak pakai big bore kits anda mmg kena amik tahu macam2 perkara.. dari segi saiz, material, kos barang, kos upah pomen. penjagaan, cara melenjan dan mcm2 lagi. 

Tapi yang paling penting adalah part2 sokongan yang perlu ada supaya dapat menyokong modfikasi tu dengan lebih baik dan seimbang.. kalau ikutkan style aku dan kawan2... kalau nak pakai big bore ni kalau boleh sediakan barang macam hi cam or low cam, spring valve keras / racing, exzost performance or custom kan..  dan.. sedikit wang utk main spoket la kan hahaha... sebab dgn 4 benda ni akan lebih terasa la nikmat big bore tu.. nak pakai std punya pun boleh xde hal.. cuma rasa mcm lemau sket la.. ala alang2 da bukak kan.. manakala kalau nak respond lebih mantap.. cari la pulak cdi.. dan carburator (carb)... 2 benda ni lak akan buat enjin tu lebih lega dan respond lg mantap.. 1. sebab cut off dan xde.. 2. sebab carb dah up sket maka respond cepat. dan make sure cari pomen yg ok dan harga upah yg munasabah.. jgn suruh pomen yg hanya stakat buat service pasang repair enjin std.. tp cari pomen betul main modi motor.. mcm bengkel motor jenis main cup prix ke.. or pomen mat rempit terkenal pun layankan je.. (tapi jangan korang g layan lumba haram lak.. ) selebihnya apa yg perlu diketahui akan disambung nnt.. 



57.5mm - Permulaan perang saraf
58mm - 155cc
block 57.5 atau pun 58mm dalam bahasa pasar.. nickname biasa adalah blok 5-8.. untuk pengetahuan, block saiz ni lah yang mula2 sekali dak2 lc pakai dulu masa nak modi lc punya enjin.. pada lc 1st ver yang popular dah outmeter tu untung laa kan.... tp geng2 meter tersangkut kat 140kmh amat berbulu mcm mana nak dapat kelajuan 180 or outmeter mcm lc2 1st ni.. maka ini lah pilihannya pecah tradisi... block ni hadir pada mulanya dari indonesia disusuli dari thailand dan barulah ada pengeluar dari malaysia.. brand yang popular dulu adalah antaranya mds.. shark dan xde brand.. kosong je kotak.. block ni mempunyai sesaran 152cc kalau ikut kiraan dan bahasa mudah 150cc la kan... material adalah besi biasa seperti mana blok racing yg sudah biasa dipasaran.. tiada lagi coating diasil pada block.. bermakna risiko jem adalah tinggi kalau x pandai jaga minyak enjin.. 


Bore kits original Vision aka  Fzi Yamaha Indonesia 

Tak lama kemudian FZi pula menyenggah ke pasaran Malaysia.. dan pada geng2 lc ni.. diorang x tengok moto tp tengok enjin fz tu dulu hehehehehe.. dan berita yg sgt mengembirakan adalah enjin atas fz sama dengan enjin lc.. (enjin atas - head block) maka mereka kini sudah mempunyai pilihan block yang lebih tahan lasak terus dari kilang Yamaha dengan sistem coating nikasil.. berbeza dengan diasil pada lc.. beza nama je tp teknologi sama.... tp apa yang agak x best ngan fz block adalah harga.. kalau mcm brand2 sebelum ni.. harga adalah lingkungan 100 ke 180 mcm tu je.. tp dgn block fz kits.. anda kena keluarkan RM450 kat situ je.. skarang ni dah murah sket rasanya... rm300-380 mcm tu lah... tu belum masuk upah pomen lagi kalau nak pasang hahahahaaha... mmg garu kepala la kan.. tahan sket tp mahal la pulop... mmg pening nak buat pilihan.. 

so apakah kelebihan saiz ini.. saya selalu percaya bahawa saiz block yg up sedikit sahaja dari std lebih banyak memberikan kadar kelajuan yang tinggi berbanding pickup.. so kelebihan block ini adalah top speed yang stabil.. pickup pada block ni kalau nak banding std mmg la kuat kan.. tp kalau nak banding dengan block2 lain mcm 60 dan 60 ke atas dia mmg kalah la.. tp kejahatan block ni adalah top speed tinggi yang stabil pada enjin yang kurang mengerang.. susah nak terangkan mcm mana tetapi kebanyakkan mereka yang mula2 pakai block saiz ni bila up ke cc lebih tinggi.. mcm x puas hati.. (ade la segelintir) dan balik semula ke saiz ini.. top speed nak kata cepat dapat tu tak lah tp lambat sikit aje pun.. dan kadang2 ia boleh memalukan block2 yang lebih besar dari dia jikalau kesemua setup modifikasi tu perfect.. perfect tu tak bermakna barang2 yg bagus.. tetapi kelebihan pomen yang setting juga penting.. dan paling penting.. stabil untuk perjalanan jauh.. enjin x brapa nak mengerang..  dan untuk info korang.. saiz ini semakin kurang di pasaran dan yang ada pun adalah kits dr fz kebanyakkannya.. keturunan blok ni yg mula2 dulu mcm mds dah jd sgt rare.. (mds yg mula2 dulu tahan lasak gak) dan kebanyakkan kawan2 aku kalau jumpa 58 mcm mds or shark mmg sebat je buat simpan.. hehehe


carburator yang disarankan adalah dari carb std hinggalah ke MIKUNI TM24, TM28, KEIHIN PE 28, PWK 28, UMA RACING 28,



60mm - Pembuka fenomena gila modi

60mm - 166cc
belum pun habis lagi ujikaji ke atas 58mm tiba2 terdengar ura2 bahawa 60mm dah ada dipasaran.. ramai yang mcm x percaya pada mulanya sampaikan lah melihat sendiri block ni.. bukan la terkejut apa pun.. cuma ia mcm.. mcm mana nak cakap ye.. kebanyakkan yg pakai block 58 bila dapat 180kmh tu dah 'pergghhhh best gila.. gigil siot laju gila atas hiway' tiba2  dengar 60mm plak.. masa block ni keluar.. kebanyakkan mcm kata oi gila ahh.. 58 pun dah gila ni kan pulak 60.. ni kalau pakai mesti jem.. ni kalau pakai mesti enjin pecah.. hahaahahahahaha!!! mcm2 la.. tapi kawan2 aku dalam dok gabra2 sorang2 rupanya dah bertukar cc lagi.. ceehh!!! 60mm yang bersesaran 165cc pada kiraan.. maka disini kita dapat lihat peningkatan cc.. bila bore dah semakin jauh dengan stroke.. maka dgn secara kasarnya kita leh kata.. torque tu makin kuat.. bermakna daya pickup dah bertambah kuat.. maka saiz 60mm ini adalah memberikan imbangan dari segi pickup dan top speed.. dan kedatangan block ni mmg boom!!! tepat pada masanya.. dengan market jualan lc makin meletop dan org2 lama yg mula2 pakai block 58 dan block std da tak boleh tahan.. semua upgrade.. bila blok ini menyenggah pasaran harganya mengambil alih pasaran 58mm iaitu disekitar harga 180 dan 58 turun ke 100-140 mcm tu lah.. 




Saiz blok ini memberikan imbangan kekuatan pada pickup dan top speed.. kalau tanya aku.. 60mm adalah pilihan ideal sebab enjin tidak terlalu melampau / extreme tetapi masih didalam keadaan boleh diterima.. dan kebanyakkan ujikaji yang dijalankan apabila kesemua part2 performance ditala secara optimum.. kekuatan pickup akan menjadi kuat melampaui kekuatan top speed.. ok ada yg keliru.. mcm ni.. apabila daya kilas (torque) menjadi sgt tinggi dalam kebanyakkan kes top speed menjadi mampos.. or mati or tak idup.. bila sampai gear 4 hujung nya dah x boleh laju.. ada yg mati setakat 150kmh or 160kmh dan enjin mengerang minta gear.. padahal dan abis gear.. (5 speed lain citer la kan heh heh heh) so tension la ye tak? maka kat sini la permainan spoket diperlukan... ia adalah cara paling mudah utk menala balik kuasa pickup dan top speed bagi mendapatkan konfigurasi 50-50.. tp kadar enjin mengerang masih lagi ada tetapi setakat level medium je jikalau nak bandingkan 58mm yg lebih rendah mengerangnya pada high rpm.. kestabilan enjin pula pada blok ini menurun sedikit yang mana pada rpm tinggi terasa sedikit gegaran pada motor.. ini disebabkan bore yg menjadi lebih besar dan jauh kiraanya berbanding stroke... maka tahap handling perlu dikemaskan sedikit.. so kalau anda mahukan blok yg meberikan situasi kawalan pickup dan topspeed pada keadaan 50-50 ini adalah pilihan yang baik.. cuma permainan spoket tu yang menjadi penentu.. 

carb yang disarankan adalah dari carb std hinggalah ke MIKUNI TM28, KEIHIN PE 28, PWK 28, UMA RACING 28,



bersambung di part 2 nnt

Sunday, October 7, 2012

Pengubahsuaian Yamaha 135LC - Bab 5 - Spring Valve



Maaf kerana lambat update post yang seterusnya.. sebab saya tak biasa ber-blog2 ni.. lebih kepada berforum.. sampai terlupa pasal blog yang saya buat ni.. dan bila tgk email mcm komen datang pada post2 diblog.. sorry sekali lagi.. saya akan cuba untuk sambungkan apa yang saya paham dan cuba dalam modifikasi moto lc ni.. 

Apakah Spring Valve 

Salam modifikasi.. apa khabar.. diharap sehat dan bersemangat utk bermodi-modi kepada lc anda.. sebenar topik kali ini terlupa utk diceritakan sebelum ini.. sepatutnya topik ni lepas topik camshaft.. terlupa.. sorry.. ok spring valve racing.. apa yang korang paham spring valve? Spring valve adalah mekanisma enjin yang terletak di bahagian head enjin anda. Terletak diantara cam (camshaft) rockker arm roller < spring valve > dan valve.. apa tujuan benda ni diletak.. ok saya beri penerangan ringkas.. spring valve berkerja sabagai penutup valve apa bila telah dibuka.. tu jer.. tolong tutupkan valve balik ke tempatnya selepas dibuka.. simple je kan? yup.. ia bekerja mcm ni.. apa bila bonjol cam menolak roler rockker arm.. teppet pada rockker arm akan menolak batang penapak batang valve atas utk membuka ruang pada lubang valve.. semasa proses ini berlaku.. spring valve yang melilit valve tu akan ditekan sepadat2nya.. dan bila ruang valve dibuka.. maka campuran minyak dan angin akan masuk ke kebuk pembakaran.. dan apabila bonjolan cam makin menurun dan rockker arm tiada lagi daya untuk menolak valve.. disini la fungsi spring valve tu berkerja.. disebabkan ia ditekan sepadat2nya.. ia akan menganjal balik bila tiada tolakkan di cam.. maka valve akan kembali ke tempat asalnya.. menutup ruang bukaan... sama juga pada apa bila selesai dibakar valve pembuangan asap dibuka utk membuang asap.. so dalam enjin 4 stroke.. ada 2 jenis bukaan valve.. valve minyak dan valve exzost.. sama je cara berkerja tp berselang seli.. err ok ke penerangan ni.. hehe... 

ok sambung lagi.. so spring valve racing.. apa bezanya dengan spring valve std kilang? nampak mcm sama je.. tp sebenarnya berbeza.. bezanya adalah berapa tekanan ia boleh terima ketika high rpm enjin.. enjin std tekanannya spring valve nya berlainan.. dan apabila anda guna cam racing yang kebanyakkannya mempunyai bonjolan yg lebih tinggi atau disebut radikal.. maka spring valve std kilang tidak lagi boleh menampung tekanan yang dijana oleh cam racing tadi.. sebabnya spring std ia sesuai utk cam std.. bonjol cam x tinggi sgt dan spring valve pun ada kiraan tekanan utk cam std.. berlainan dengan cam racing.. bonjolnya lebih radikal.. terutama hi-cam maka spring valve yang lebih kuat perlu disesuaikan utk menggalas tekanan hi-cam tu.. perbezaan paling mudah utk anda lihat secara visual antara spring std dan racing adalah.. spring valve racing lebih byk gegelung nya dan spring valve std.. apabila gegelung tu lebih byk maka daya anjalan dia utk menendang valve utk tutup tu lebih cepat.. daya anjalan yg kuat dalam rpm tinggi adalah sangat penting apabila anda menggunakan cam jenis radikal bonjolnya kerana bukaan valve yang lama dan lebih jauh kedalam memerlukan daya yg sgt cepat dan tepat apabila ia perlu ditutup kembali ke tempat asalnya.. Mungkin ada yg x paham kenapa kena anjal cepat.. rilek saya akan terangkan.. 



Spring Valve std vs spring valve racing.
ok apabila anda memilih utk menggunakan cam racing.. maka anda perlu mengeluarkan belanja utk spring valve racing tu skali.. kalau boleh! dan kalau x cukup budget.. jangan pasang cam racing tu lagi selagi anda x beli spring racing tu.. KALAU BOLEH bagi jd BOLEH.. hehehee.. sebab apa.. sgt2 penting apabila dikemudian hari prestasi enjin anda tidak mencapai apa yang anda mahu.. nampak macam simple je tp ianya sangat berbaloi dan penting.. eleeeh.. setakat spring.. apalah sangat.. aku pakai spring std je.. ok je.. ye lah.. tu keje tak cukup modal dan x cukup ilmu.. spring racing ni sangat penting utk enjin modi sebab biasanya lah.. org bawak moto modi ni mana ada jenis slow2.. mesti laju je.. laju bermakna rpm... tinggi.. dan pakai cam racing.. apabila pakai cam racing bawak moto dalam kelajuan tinggi.. spring valve racing sgt2 perlu diberi perhatian sebab kalau pakai spring valve std pada cam racing kebarangkalian risiko utk menjadi 'floating valve' tu juga tinggi. apekebendenya pulak floating valve? flaoting valve adalah kejadian dimana apabila didalam kelajuan enjin yang sgt tinggi.. valve yang terbukak tu tak sempat nak tutup balik ke tempat asalnya.. hah? paham? tak sempat tutup balik maka apa yang terjadi? mungkin akan berlaga dengan piston yang menuju utk compress letupan atau pembuangan asap.. atau juga berlaga sesama valve minyak dan exzost.. tu la dia kebarangkaliannya.. dan juga kalau x berlaga kedua-dua benda tu akan kehilangan kuasa lalu x mencapai kehendak kuasa yang sepautunya boleh dijana.. mcm mana leh jd mcm tu?



Risiko - Cam racing + spring valve std kilang
Floating valve (tergantung) terjadi apabila didalam rpm tinggi enjin... spring yang sepatutnya berkerjasama dangan cam racing utk menutup lubang valve tidak mengikut turutan kerja enjin dengan sepatutnya.. ringkasnya malas dan lembab la kau ni spring oi!! cepat ahh!! hehe.. sebab apa.. spring std tadi tak boleh nak 'kejar masa' yang cam tu da mula memberi arahan utk menutup.. beza bonjolan cam racing dgn std.. cam std bonjol yg memberi arahan utk tutup valve tu menurun secara beransur2.. mcm 1-2-3-4.. sikit.. akan tetapi bonjolan cam racing terutamanya hi cam.. arahan memberi waktu tutup tu pantas!! 1-4!! takde 2-3.. cepat2 tutup.. piston mau mari maa.. cepaaatt.. jadi.. selingan masa utk cam std dan spring valve std.. waktu valve nak menutup dan piston naik ke atas tu selari.. valve tutup beransur2.. piston pun naik.. kalau cam racing dan spring valve racing.. semasa piston tgh naik.. valve masih lagi terbukak sedikit tau.. (bukaan valve cam racing adalah lebih lama) dan piston dah mula kompress.. dan apabila piston hampir2 sampai ke kebuk pembakaran.. valve tadi ngam je tutup.. tu la dia fungsi spring valve racing.. tutup cepat.. kan gegelung dia banyak.. bila banyak lagi kuat dia menganjal, walaupun cam beri arahan tutup last2 minit.. power bak superhero.. cuba anda bayangkan apa terjadi kalau pakai spring valve std dalam keadaan tadi.. dia kan benda utk normal spec tiba2 kena keje mcm superhero.. lambat la kan.. itu la yg akan jadi floating valve.. ia tergantung.. anda leh byg anda tengah tarik rpm 12,000 or 13,000 dgn spring valve std bersama valve tergantung? kebiasaannya kerosakkan berlaku diwaktu rpm enjin tinggi.. sebab waktu tu.. ketepatan dan kecekapan adalah penting... kalau lemau dan lembab risikonya piston boleh berlubang or valve bengkok or valve berlaga.. ini semua duit kalau nak merepair balik.. bosan der tgh laju jd mcm tu..



Nak Beli Spring valve racing!!
so anda da paham.. kenapa spring valve racing penting.. tepat dan pantas serta tahan lasak.. tepat mengikut arahan, pantas bertindak dan tahan lasak bila dibelasah di rpm tinggi... jadi ia juga salah satu alatan yang sgt? PENTTIIIIINGGGG.. hehe.. benda ni byk dijual.. mcm2 brand ada jual.. kebanyakkannya dari siam.. dan mcm2 material.. dan harga.. so mcm mana nak tau ekkk ia adalah spring valve racing... pegi kedai bawak skali spring valve std tu.. mintak tokey tu spring valve racing letak sebelah2.. pastikan sama tinggi.. sama saiz bulat dan perhatikan gegelung spring tu.. spring valve racing lebih banyak gegelung nya.. biasanya 3 4 or 5 gelung.. dan cuba test.. anda tekan spring std anda antara ibu jari dan jari telunjuk.. rasa kenyal dia.. dan test plak kenyal spring valve racing tu.. biasanya 50% atau 70% lebih kenyal dari std.. ok dah.. jangan keras sampai takleh nak tekan pulak!!!... 

contoh sahaja

so jumpa lagi.. ada komen dan pembetulan tolong la bagi.. 


Monday, April 9, 2012

Pengubahsuaian Yamaha 135LC - Bab 4 - Exhaust


EXHAUST aka Exzost, ejossh, sistem penyerap bunyi


Salam... Pada topik yang lepas, penerangan mengenai apa itu CDI dan Camshaft, diruang kali ini, saya ingin menerangkan mengenai exzost (kita guna bahasa mudah ditaip je), kalau diikutkan cara turutan penerangan bahagian yang perlu diubahsuai, sepatutnya didahulukan karburator tetapi saya dahulukan bahagian exzost, sebab dalam terma standard modified, penukaran kaburator ni dah masuk bab lain, so saya bagitahu tentang exzost je dulu. 


Kalau kita lihat budaya bikin membikin motor ni, exzost mmg banyak menarik perhatian bagi mat motor, ini kerana faktor2 menjadikan motor mereka lebih ke arah sporty (kesukanan?) kalau diusik. Korang biasa tengok kebanyakkan orang walaupun motor standard kilang, mereka akan menukar exzost motor diorang betul tak? tak kisahlah exzost tu bunyi macam mana sekalipun, ada yang bunyi pekak giler, ada yang bunyi sedu sedu, ada yang bunyi sepadan ngan motor , dan ada yang bunyi senyap habis walaupun ianya didalam kategori exzost sport. Mengapa orang banyak bikin exzost? Sebab dari bunyi yang terhasil, ia akan memberikan perasaan rasa sempoi, rasa sporty atau semangat mcm motor racing walaupun ia hanya kapchai je pun, tak kira la motor mcm mana pun. Penggunaan exzost sport atau dalam bahasa rempit exzost perang, ia adalah perkara no 1 dalam kepala utk diusik, melainkan anda memang sayang motor taknak usik itu ini kat motor tu hehehe.

Walaubagaimanapun, perlulah diketahui exzost yang macam mana dianda patut pilih utk disesuaikan dengan keadaan enjin motor tu, sebabnya pemilihan exzost yang salah ke atas kondisi enjin motor akan mengakibatkan kompilasi atau masalah dikemudian hari. Perkara ini selalu terjadi kepada mereka yang baru nak berjinak-jinak hendak bermain motor atau mereka yang terikut ikut dengan budaya orang lain. Saya akan menerangkan secara ringkas je la utk pemahaman mudah, selebihnya kita bicara dilain topic. Disini saya ringkaskan exzost bagaimana perlu anda pilih untuk motor anda, pemilihan exzost adalah bergantung kepada apakah tujuan enjin dimodi atau keadaan enjin motor anda.

  • Enjin standart
  • Enjin standart modi 
  • Enjin full modi 
  • Enjin racing
Dan exzost juga ada banyak jenis. Antaranya
  • Street
  • Racing
  • Track only
  • Custom Standart
  • Custom Racing



Enjin Standard Kilang 
– menyahut seruan Majulah Sukan Demi Negara (sporty)

Enjin standard, hati semangat sukan. Penguna motorsikal jenis ini adalah sebahagian dari majoriti pengguna motorsikal yang banyak dilihat disekeliling anda hari ini, motor standard (STD) pakai exzost sport a.k.a perang, banyak pemakaiannya pada motor budak-budak sekolah, muda-mudi, awek-awek daring(aauumm!!), pakcik-makcik (maybe mmg dia nak pakai atau anak dia yg memandai pakaikan hahahaha), dan mereka yang join komuniti dan mempunyai semangat permotoran yang sihat. Exzost utk enjin std sebegini anda perlu bijak memilih. Kebanyakkan exzost utk enjin std memang banyak dijual dan selalunya rekaan exzost utk enjin ini ianya tidaklah radikal, anda boleh melihat bahagian paip manifold yang menjulur keluar kebelakang hanya besar sedikit sahaja dari ukuran paip exzost std kilang, rekabentuk ada yang seakan akan exzost std kilang dan ada yang seperti exzost racing cup prix. Juga dapat dilihat exzost std kilang tetapi telah dimodifikasikan sedikit mengikut spesifikasi untuk enjin std, yang ini kena buat kerja2 custom di pakar modi exzost. Bunyi exzost2 ni pula tak terlalu pekak sgt, tapi ade yang pekak juga, tu kalau jenis bentuk mcm racing cup prix la, kalau bentuk mcm exzost std tu, bunyi bass nya lebih padu dan kuat sket dari std kilang. 

Anda perlu pilih exzost adalah jenis std street type utk enjin std anda kerana perkiraan matematik utk pengeluaran kapasiti asap tu ngam2 utk enjin sebegini. Bermakna jika anda pakai, kadar penggunaan minyak hanya lebih sedikit dari std kilang dan kadang kala lebih jimat!!! Dan kuasa yang dijana pula seharusnya terasa lebih sikit dari exzost std kilang. Jikalau penjimatan minyak menjadi tidak lagi ekonomi, bunyi plak memekak je lebih tetapi enjin langsung tak leh nak blah dan kadang2 lagi teruk dari exzost std kilang maka exzost anda pilih tu dah tak betul utk spec enjin std anda. Ini perlu dititik beratkan sebab sesetengah dari anda tak mahu modi enjin tetapi hanya suka sahaja bukan? So pastikan anda tanya penjual betul2 exzost tu untuk enjin bagaimana. Kebiasaannya exzost streetable std ni, saluran manifold dari head enjin ke tabung belakang tu lebih besar dari std dalam lingkungan 2-6mm sahaja. Untuk exzost std kilang tu boleh je nak dimodi, tetapi kena ada pakar la, kebanyakkannye beli manifold besar sket dr std dan diweld ke tabung belakang mengantikan paip manifold yang std tu. Kalau yang betul2 pakar pula, tabung std tu dia buat chamber kon dan paip akhir lain bersesuaian dengan enjin. Harga? Biasanya dr rm60 ke 200 melihat kepada brand la. Brand2 local biasa tak mahal mana pun, melainkan Yoshimura utk LC tu la.. dulu mula2 jual sampai rm1.2k skang ni rm600 je, paip Yoshimura tu bagus sebab mmg dibuat oleh pakar tuning exzost ternama dunia dan KHAS UTK LC STD, so ianya perlaburan yang berbaloi. Tapi pastikan original bukan cap ayam..





Pesanan ringkas
  • Jikalau anda menggunakan exzost racing (racing punya, utk cup prix) kepada motor std anda, enjin anda akan mentekedarah petrol mcm haram jadah tetapi power takde pun, pekaknya kadang kala lagi melampau dari exzost racing org dah modi enjin. Silap motor std kilang pun leh cantas anda. Hahahaha.. jaga2
  • Memakai exzost racing pada moto std juga menyebabkan beberapa bahagian mekanikal enjin menjadi rosak, selalunya valve bocor, kadang2 leh bengkok, enjin menjadi terlalu panas dari biasa, piston ring haus, dan head tembak (bahagian kebuk pembakaran pecah n hancur)
  • Exzost racing sgt tidak sesuai kerana kebanyakkan exzost jenis ini adalah utk piston besor atau dah up cc enjin, so enjin std anda tidak mencapai kehendak kepadatan volume paip yg dibekalkan maka losse power.



Enjin Standard Modified / Full Modified 
praaanggg praaanngg praaanggg!! (perang)

BERSAMA KITA PEKAK MEMEKAK!!! Kalau korang tengok la jenis mereka2 yang pakai exzost ni memang adalah dikalangan memang kaki2 modi motor sejati, bunyi yang memekak tu sebati dengan jiwa, tak kesah kena maki hamun ngan jiran & sumpah seranah pengguna jalan raya. Pakai exzost jenis ni adalah mereka yang jenis memang selamba je muka, lantakkan orang nak cakap apa.. sebab jiwa mereka kepada motor adalah lebih suci dari cacian orang ramai. Ingat senang ke nak pakai exzost ni berhadapan dgn masyarakat? Banyak dugaan woo… Untuk mereka yang telah modified enjin, disinilah terletaknya syurga bunyi padu dentuman guruh petir ribut taufan kepada enijn mereka (hahaha). Enjin sebegini sesuai untuk dipadankan dengan exzost racing sebab kebanyakkan enjin ini telah dibuat dan disumbat pelbagai mak nenek toyol jembalang hantu raya ke dalam enjin. Disebabkan itu exzost racing adalah diperlukan untuk melepaskan kapasiti hembusan karbon padu dari hantu2 dalam enjin tu keluar dari enjin untuk menjanakan kuasa yang sepadan dengan modifikasi enjin. Dan pemakaian exzost ini juga bagi merasakan keseronokan semangat kesukanan dunia motosikal sebenar. Terasa macam pelumba handalan didalam litar. Dengan memakai exzost racing type ke enjin jenis modified tindakbalas throttle cepat, kuasa disalurkan terasa, dan membuatkan modifikasi enjin tu semua sempurna tanpa ada rasa seperti sekatan. Semua terasa seperti enjin bekerja secara harmoni.

Untuk kaki2 modi, pemilihan exzost untuk enjin mereka adalah jenis radikal, paip manifold kebanyakkannye besor2 semacam, lengokkan paipnya mecapang ke luar dari kecil membesor ke tabungnya, dan paip manifold tadi, ada yang panjang dan pendek , tabung juga seperti model superbike, panjang dan pendek, rupa exzost ni macam cup prix selalu pakai tu, itu pun banyak jenis juga, ada yang street ada racing jalanan ada juga yang ‘track only’ pun diorang belasah pakai. Sesetengahnya pula menggunakan pula exzost streetable (rencana atas enjin std) utk ke enjin modi mcm ni pun ada, sebab memang boleh support pun dan kuasa mmg dah tentu terasa. Dan yang menggunakan exzost std kilang motor tu balik dan dimodifiedkan mengikut specfifikasi enjin, otai modi exzost yg buat keja ni perlu diberitahu apa hantu raya, toyol, jembalang dalam enjin supaya dia boleh sesuaikan modi kat exzost std kilang tadi. Memang kena pakai exzost racing kalau nak power tu rasa, nak pakai std kilang (standard habis tanpa usik) pun boleh tapi macam lemau la pulak enjin tu, kurang tidak balas dan lambat nak pegi. Exzost jenis racing ni memang banyak dijual dipasaran, baik dari siam, indon dan local brand. Di Malaysia ni kebanyakkan memilih brand local, sokong jenama tempatan (yeahh) dan diakui exzost racing negara kita sepert YYPANG, AHM, dan CJ IPOH banyak digunakan oleh kaki2 modi ni, dan mereka juga terbukti bagus sehinggakan exzost local brand ni diimport menjelajah keluar hingga ke rantau negara2 Asean, Japan dan Greece. Ada juga brand luar masuk ke sini dari indon dan siam tetapi tak ramai yang pakai. Dan banyak jenis exzost2 racing ni, susah juga nak diterangkan, street, race, racing track, sprin test & mcm lagi. hanya mereka yang peka dan rajin RnD sahaja tahu mana satu yang bagus utk disesuaikan dengan tujuan modifikasi enjin masing2. Jenis jenis exzost berlainan spec juga menghasilkan bunyi yang berlainan, ade yang pekak2 ok, pekak pekak la jugak, pekak sangat, pekak sangat nih dan pekak nak kena baling lesung batu pun ada hahahaha… So pemilihan adalah berdasarkan apakah modifikasi enjin, std modi, full modi, or etc. So kena paham spec exzost dan modifikasi enjin kerana berlainan spec exzost memberikan kuasa berlainan.



tabung lain gabung paiping lain

TRACK USE ONLY 
– guna dalam litar, bukan atas jalan raya pastu sesuka hati buat mcm litar..

Mungkin ada yang bertanya bagaimana pula dengan exzost ‘use in track only’, Selalunya exzost jenis ini hanya sesuai utk enjin yang disediakan untuk race atau modi extreme, yg jenis modi mcm tu sesuai la dengan kehendak enjin tu yang mahukan the last ultimate weapon. Keberkesanan exzost ini hanya terasa dengan kajian modifikasi yang teliti dan kesermpurnaan setting enjin tu, dan kebanyakkan exzost jenis ini adalah custom tempah dituner2 or dibuat bersama bengkel2 cuprix. Yang kebanyakkan dijual disertakan spec atau kateria sejauh mana exzost ini boleh menampung modifikasi enjin tu pula. Exzost ini memerlukan anda adalah jenis PELUMBA (halal) yang menggunakan utk tujuan yang betul dan serius. Exzost track ni adalah sangat le tak sesuai nak dibuat pakai daily.. sebab exzost ni sangat sangat sangat sangat sangat sangat sangat sangat sangat sangat la pekak!!! Pekak giler!! Piawwwww mcm petir punyer pekak!! Kalau lalu depan org tua leh lemah jantung la jugak.. jangan ingat pakai kat kapchai mcm lc tak pekak.. pekak oi!! Dan kalau masuk kat enjin modi std or full pun boleh kalau hati jenis Gua Ni Rempit Sejati Balai Cerita Apaada Hal Lah… nak pakai atas jalan pakai la.. tak hal.. Cuma mengganggu masyarakat la.. baik di kawasan perumahan dan jalan raya sana… memang ganggu orang punyer lah… bukan takat org atas jalan dengar sakit hati.. riders yg pakai nak try try la konon pun leh jadi tak sanggup nak berhadapan dengan masyarakat hahahahahahahahaaha… exzost jenis ni biasa digunakan utk pertandingan sukan permotoran, perlumbaan yang diluluskan, atau pun korang guna masa main track day kat litar2 lumba diseluruh negara. Ada juga yg guna utk race haram jenis betting2 ni… jgn race haram tau tak elok.. (nasihat) Yang race halal bertauliah tu memang tak salah pun pakai. Atas jalan tu salah la.. polis jumpa kena maki, jpj jumpa terus sita.

Pesanan ringkas

  • Kebiasaannya penggunaan exzost ini, suhu enjin meningkat dari biasa, ini kerana factor modifikasi enjin dan exzost tu sendiri, exzost jenis ni adalah jenis lepas terus, kesannya enjin perlu diselenggara secara berjadual.
  • Tepet dibahagian head sering kali akan longgar dalam jangka masa tertentu, maka kena peka dengan bunyi dibahagian head tu.
  • Kadangkala minyak enjin menjadi cepat meresap hilang disebabkan haba yg tinggi maka amatlah perlu dititik beratkan kapasiti minyak enjin.
  • Pakai exzost jenis ni semangat jadi lain mcm, riders lain yg pakai pun sama, mula nak bakor membakor, pastu bila dah terbakor mula la nak tunjuk power, last2 race, bila race tu dah termaktub dlam kategori race haram la atas jalan, nak race biar kena tempatnye, jalan tak sibuk takpe, jalan sibuk cari naya, jangan sampai jadi bahan berita… ingat org tersayang..
  • Penggunaan exzost ini sangat bising, seringkali mereka yang memakai dilabel sebagai mat rempit. Pihak berkuasa juga amat suka untuk menahan mereka yang memakainya tetapi tidaklah bermakna ianya tidak boleh dipakai dan bertoleransi. Oleh itu pastikan anda memakai exzost racing ini jenis tidak terlalu bising, sperti spec street dan race. Kalau pakai jenis “track only” sendiri mau jawab.
  • Berdasarkan pengalaman aku, pak polis boleh lagi bertoleransi dengan mereka yang menggunakan jenis exzost racing ni (bukan track only atas jalan.. ni keje hati kering giler) dengan dengan syarat dokumen anda dan motor tu lengkap la.. dan motor tu sendiri lengkap.. lampu, plet no, side mirror, dan rupa yang ada lagi mcm rupa moto asal tu, kalau korang dressup ngan jaket kasut n glove lagi la dia bg lepas mcm tu je. So rupa paras mcm riders yang mementingkan keselamatan dan kesempurnaan motosikal akan membuatkan pihak polis ni lembut sikit hati. Tapi kalau dengan pak JPJ.. sorry le.. tiada maaf bagimu sayang.




CUSTOM MADE 

– unik rupanya, merdu iramanya, kuasa tak dijangka.. semua ditangan pakar…..


Yaaaa!! Custom made!!!! made in kampong puaka sekejap, made in warong pak munawer, made in belakang umah tepi longakang.. heh heh heh… hurmm.. mcm mana tu.. selamat datang ke alam exzost bikin ikut apa anda mauuuuu….. exzost jenis ini adalah utk mereka yang mahu explore sesuatu yang sedia ada, atau mereka yang mencari kelainan dari sesuatu yg sudah dicustom atau juga mereka yang tak puas hati dengan exzost power tetapi merasakan ianya masih lagi boleh dimajukan. Ok ke penerangan tu? Hehehe.. ok kita amik contoh…

Contoh pertama. Sesetengah golongan ini mereka percaya hasil kerja tangan orang halus buatannya keatas benda yang sedia adalah lebih baik dari membeli terus seperti yang ada dikedai2. Maka meraka memajukan exzost std kilang itu. Dengan berbekalkan penyelidikkan dan kepakaran tukang welding yg amat arif tentang modi exzost, dia meletakkan kepercayaan untuk membedah exzost std tu, kebiasaannya pakar2 bedah ni tahu atau dah berpengalaman dalam kerja2 ni, anda hanya perlu bagitahu apa barang yang anda modi kat enjin dan dari pengamatan dan pengalaman beliau, dia akan bikin baek punye exzost, kadangkala anda juga boleh bgtahu yang mcm mana anda nak berdasarkan penyelidikkan anda sendiri, pun boleh jugak.. budaya modifikasi exzost custom mcm ni memang popular.. dan menjadikan ianya unik, sebab lain org lain spec.. hehe tak sama ma.. sebab ikut apa modi enjin anda..
Contoh kedua. Ada orang beli exzost racing tetapi dia rasa boleh dimajukan maka bikin balik jadi custom, ikut rasa dia nak, pun ada jugak, ada sesetangah exzost racing ni ianya tak sempurna, mcm tabung takleh nak dibuka utk sumbat fiber sebab semua ikat pakai rivet so kasi bikin leh ikat pakai elenkey, ada yang mengabungkan paip manifold racing brand lain ke tabung brand lain.. ada yang membuat stopper rerama di tengah manifold utk rasa low rpm balance ngan high rpm sama2 power. Dan mcm2 lagi la.. cakap je.. kalau boleh dibuat pakar tu buatkan. Membuat modifikasi custom ke atas exzost racing type tak sama dgn exzost std kilang.. sebab anda kena tahu apa yang anda mau bikin.. pakar pun anda kena fahamkan dia sebab kadang2 dia pun tak paham apa yang anda nak, racing type tu dah custom di customkan lagik.. so benda jd projek rare.. bukan semua org buat hari2.. penyelidikkan dan ilmu tu penting sebab kalau tak jd sia2 lah

Contoh ketiga. Aku nak exzost mcm ni mcm ni mcm ni… aku nak bentuk mcm ni dan bunyi plak mcm ni.. aku nak panjang/pendek mcm ni.. aku nak abang buat mcm dalam gambar ni… aku nak aku sorang je la pakai!!!! haaaaa yg ni meemaaaaang custom habiiiiiis.. dia sorang je pakai dan org nak tiru pun leh gak kalau brani nak pakai hahahaha.. dan pakar tu sekali lagi perlu diberitahu enjin tu anda da modi apa.. supaya dia boleh sesuaikan mengikut pengalaman dia penah lalui. Kebiasaannya exzost jenis ni mmg satu je.. sebab di besi yg kosong dibikin sampai jd sebuah bentuk exzost.. buat lain kali samanya siikiittt je.. takkan sama pun, sebab rupa pakar ni buat takde pun dlam pasaran, dan pakar tu bikin maybe ikut matematik kiraan apa yg owner nak dan digabung ikut matematik tambahan + fizik + sains kejuruteraan + bla bla bla pengalaman pakar tu. Korang boleh cam exzost jenis dengan bentuk yg sangat2 pelik. Dan dalam pelik2 tu jangan tertawakan exzost tu, sebab kalau kena pada pakar yang dah otai gila dalam keje mcm ni, exzost racing kat kedai tu kadang2 leh jadi takleh lawan ini keje exzost custom ni. Dan kebiasaannya jenis custom ni mmg bunyi sgt padu dan merdu. Percaya la.. kalau kena pakar yang buat.. memang puas hati geeeyyyleeeerrrr….

Kesemua kerja2 custom ni memerlukan pengorbanan wang yg tak murah kadang kala.. sebab harganya boleh jadi lagi mahal dari jenis jual kat kedai. (dah le exzost kena sendiri punya kalau bedah std kilang) Dan ada juga yang langsung kadangkala tak masuk akal!!! Yang menentukan ianya power atau tak adalah berapa pakar org yg bikin exzost tu, pengalaman dan hasil kerja itulah nilai yang anda bayar dan bila pakai memey power ar wei… pengalaman saya sendiri pernah merasa contoh ketiga kawan saya tempah.. peehhh.. power ada bunyi pun merdu nak mamposs.. mmg puas.. rupa je org kadang2 takleh terima bg sesetengah org. Kepuasan adalah penyebab utama pakai.. sebelum kawan amik balik. Sesuatu yang sengat best pakai exzost custom custom ni adalah warranty… kasi bikin itu brg power sampai anda puas hati.. dan kalau rosak pada masa akan dtg, datang je kedai nnt pakar tu kasi bikin balik, dgn syarat anda buat dgn dia sebelum ini. Service lepas jualan mcm ni mana ada kat exzost racing kat kedai biasa.. ko beli pakai tak ngam tu ko punyer pasal la.. duit melayang. Tetapi dengan custom made in teeeeet (kat mana2 PAKAR la) anda mendapat sesuatu yang lebih dari itu yang tiada di kedai2 biasa jual. Kenapa bagus.. kalau dia tu pakar.. kenapa org sanggup datang beratus2 kilometer hanya utk buat dgn beliau.. kalau takleh dtg.. lu call apa lu mau.. nnt gua post pegi tempat lu.. hahahaha.. amacam.. local made, world class.. org tempatan tuu. Jangan main main… acrapovic pun mintak antar motor kat dia tau, x mcm ni pakar… wakakakakakaka….

Pesanan ringkas

  • Berapa anda bayar itulah kepuasan yang anda dapat.. kadang2 mahal juga..
  • Semua motor leh bikin dr std sampai ke race track
  • Sesuai utk mereka yang suka membuat penyelidikan (wang kena banyak!!)
  • Power dan puas hati… dijamin!!



Hurrrmm setakat ini je le yang saya tahu.. selebihnya korang kena la cari lagi.. saya tak pandai sangat pun tapi cuma nak berkongsi ilmu dan pengalaman saya.. kadangkala ada modifikasi diatas berlainan dengan yang berlaku di persekitaran anda.. ianya mengikut budaya dan cara sesuatu tempat dan keadaan. Apa yang saya letakkan disini adalah melalui pemerhatian ditempat saya. So lain tempat lain peel nya.

Jikalau ada yang terasa saya sangat2 la minta maaf.. Cuma gurauan dan perumpaan sahaja.. kalau anda ada komen dan tips yang ingin dikongsi boleh la komen. Dan ilmu yang akan korang kongsi akan saya masukkan ke dalam artikel ini dan diletakkan credit kepada anda.. jumpa di topic seterusnya nnt..