UBAHSUAI SISTEM CLUTCH
Selepas tamat permainan blok piston, carburator, cdi, cam, dan exzost. kebanyakkan owner motor akan berasa modi dah habis sudah.. tapi sebenarnya ada banyak lagi modifikasi2 sampingan or penting yang kadang kala kalau dibuat memberikan sedikit 'rasa' lebih sedap. Modifikasi sistem clutch adalah satu daripadanya, kenapa ada orang buat modifikasi ini? sebab ada perkara2 yang sedikit pelik terjadi kat moto diorang atau sesetengahnya pomen memang suruh buat sekali masa buat head blok (ini sebenarnya tanak kena komplain mcm2 lepas moto keluar dari bengkel so better buat je terus) dan ada yang ikut kawan2 buat ohhh aku pun nak lah hahaha.. apa pun alasan yang diberi yang paling menarik adalah kejadian perkara pelik berlaku.. bila anda dah buat apa yang saya dah senaraikan diatas mula2 tadi dan modifikasi tu secara amnya akan menjadikan motor anda rasa lebih power atau power giler ahh.. paling teruk pun rasa power gak la.. kalau tak power langusng tu mmg hampeh le pomen tuh!!. Bila enjin dah power giler kuasa kuda akan disampaikan ke sistem clutch untuk penukaran gear.. clutch berfungsi untuk membuatkan anda menukar setiap gear yang anda pilih dengan lembut, mudah, selamat dan tidak tersentak. Disamping itu ia memberikan cengkaman yang paling kuat sedaya yang boleh untuk transferkan kuasa kuda anda itu ke gear box anda dan gear box akan hantar ke spoket depan dan ke spoket belakang dan berapa speed boleh capai dengan kuasa tu.. nampak.. banyak lagi perjalanan kuasa tu.. heh heh heh.. so kejadian pelik akan terjadi apabila clutch tidak memainkan peranan pentingnya dalam mengcenkam kuasa dari crankshaft (orang biasa panggil "kreng-shap") untuk disalurkan ke gear box dan akan berlaku gelinciran kuasa.. sapa penah rasa?? orang panggil clutch slip..
![]() |
credit to - ahseng.net yang kanan tu mangkuk clutch plate dah ikat dengan spring dan kiri tu auto clutch - LC SS |
Bila clutch plate fail!!
Macam mana nak cakap fail? clutch slip adalah satu keadaan dimana cltuch plate + spirng clutch tidak dapat lagi dapat memegang / cengkam / grip kuasa yang terjana dari Crankshaft untuk diterjemahkan ke gearbox dengan cemerlang. So peranan cltuch plate + spring sangat penting.. crankshaft tidak boleh disalurkan terus ke gearbox tanpa clutch sebab kalau takde clutch plate anda tak dapat tukar gear langsung (untuk auto cltuch) dan kalau boleh pun tukar anda tersentak ke depan secara tiba2 bila masuk gear.. (sapa bawak clutch tangan masuk gear tak tarik clutch masuk gear akan paham situasi yang akan terjadi). So macam mana sebenarnya rasa slip.. ok saya cuba terangkan tapi kalau tak paham aku tak dapat nak tolong... ok misalan kata la korang bawak moto dengan rileks tiba2 rasa nak merembat la.. nak layan speed.. dari bawak 60 jenjalan terus tukar satu gear rendah dan sentap trotel... DAN TIBA TIBA rasa mcm motor takde pikap langsung.. bunyi enjin menaik tinggi rpm tu tapi motor gerak perlahan mcm 60kmh jugak or naik la jugak ke 70kmh... dah sentap trotel dah ni.. rpm enjin naik tinggi dah tapi rasa mcm moto perlahan sangat nak up speed nye... kebanyakkan keadaan ini terjadi pada semua GEAR bukan salah satu jer.. kena paham beza antara takde pikap dengan clutch slip.. takde pikap lama kelamaan enjin akan laju jugak tapi clutch slip langsung tanak laju dan kalau naik lajunya lambat sangat..
CLutch Slip ini terjadi disebabkan beberapa sebab..
- kuasa yang terjana dari modi baru ke atas enjin atas tidak lagi dapat dikawal (cemgkam) oleh clutch plate tu lagi.
- kalau enjin moto anda standard tapi terjadi clutch slip bermakna clutch plate anda dah out of service.
- penggunaan minyak enjin yang tidak sesuai kadangkala menyebabkan material clutch plate menjadi licin dan tidak lagi dapat mengcengkam antara satu sama lain.
- mengcampur adukkan spec minyak enjin yg berbeza spec or brand kadang kala juga menjadi punca.
- penggunaan minyak enjin tambahan seperti aditif yang menaikkan mutu minyak enjin kepada lebih bagus tetapi sukatan yang MELEBIHI.. sekali lagi diulangi... MELEBIHI dari sukatan sepatutnya juga menyebabkan clutch slip.
So Kena Modi la nih? Ape yang kena modi?
Terpulang kepada anda sendiri.. bagi saya modi benda ni perlu.. sebab kuasa dari modi enjin atas mempengaruhi bagaimana kuasa tu disalurkan ke gear box anda.. dan kuasa tu perlu melalui clutch tu dahulu. Dan kalau cltuch tak dapat bertugas dengan baik sedikit sebanyak kuasa akan terbuang kat situ. So apa yang nak dibuat.. kebiasaannya modi clutch.. pertama tengok kepada moto anda dahulu.. kalau moto anda standard kilang terjadi penyakit clutch ni.. maka apa yang anda kena buat adalah setakat tukar clutch plate ajer.. dah cukup stakat tu.. maka moto akan jadi normal balik macam biasa.. tapi bagi moto modi.. ada benda lain anda kena buat.. biasanya kalau yang dah modi enjin ni kena tukar clutch plate baru, 4 ketul spring clutch keras sket, dan rivet balik mangkut clutch tu kalau goyang. Daaaaan (ada lagi) boleh try sistem spring 5 set or 6 set.. itu antara yang kebiasaan pomen modi lc akan buat... maybe ade yang perasan kenapa nak kena pakai spring keras.. tadi kita ada baca clutch slip or licin kan.. slip ini terjadi disebabkan tekanan spring yang menolak supaya clutch plate tadi mengcengkam antara satu sama lain dah tidak menampung daya tolakkan dari crankshaft ke sistem clutch tu tadi.. so permasalahan ini diselesaikan dengan menukar spring kepada yang lebih panjang or kekenyalan tu lebih keras untuk 'mengarahkan' spring tu menolak clutch plate semua tu tadi supaya lebih grip antara satu sama lain.. penukaran spring sahaja tamat bagi pengguna manual clutch aka clutch tangan LC ES.. tapi bagi LC SS iaitu autoclutch.. ada benda lain perlu diperiksa sekali iaitu autoclutch anda tu sendiri.. disebelah alatan mangkuk pemegang clutch plate dan spring tu.. ada satu lagi mangkuk disebelah kanan belakangnya.. tu adalah autoclutch.. benda ni yang membuat kerja menarik clutch secara auto tanpa perlu tarik sendiri seperti LC ES.. benda ni anda perlu periksa sekiranya dibahagian mangkuk tu sendiri terdapat alur longkang 4 alur yg terlalu dalam.. bermakna mangkuk auto tu juga dah terhakis aka 'makan'.. maka jalan penyelesaiannya tukar dan shoe cluch auto tu kena rivet balik.. berbalik kepada mangkuk pemegang clutch plate.. ada bahagian gigi dan ada bahagian mangkuk.. pegang satu bahagian gigi dan satu lagi pegang bahagian mangkuk dan cuba putarkan kedua2nya arah berlawan.. ada sedikit gerakkan atau tidak.. biasanya sikit je.. kalau banyak gerakkan maka perlu dirivet semula..
![]() |
credit to lowyat forum lc135 - autoclucth shoe |
![]() |
5 spring |
![]() |
6 spring |
Penggunaan Spring Keras
Spring keras adalah perlu jika anda mengalami clutch slip.. terutama bagi yang dah modi enjin atas.. dalam keadaan biasa pomen hanya tukar ke empat empat spring tu kepada yang lebih keras.. brand apa yang patut diguna saya tidak mahu terlalu fokuskan.. tapi memadai ianya lebih keras dari yang standard kilang.. ini modi paling biasa kebanyakkan pomen akan buat.. jikalau anda jenis selalu ke sparepart motor or merayau diblog2, fb anda akan terjumpa sistem 5 spring atau 6 spring.. yang ini pun boleh diguna.. dan paling ramai orang nak pakai skarang adalah keluaran uma racing 5 spring setup.. tapi ada perkara perlu diambil kira.. spring keras yang banyak seperti 5 dan 6 akan memberikan hasil cengkaman yang sangat kuat dan ianya sangat bagus sampaikan anda boleh rasa sendiri bagaimana enjin tu menterjemaskan kuasa ke gearbox dengan cemerlang samada dari pikap dan top speed yang dicapai.. tapi hasil penggunaan spring yang melebih 4 dari standard kilang.. penukaran gear menjadi lebih susah sedikit.. ini disebabkan tekanan spring tadi membuatkan anda (LC ES) terpaksa menarik tuas clutch tangan dengan lebih kuat atau keras dari kebiasaan pada standard.. dan pada (LC SS) anda perlu menekan tuas kaki clutch tu dengan lebih kuat.. ini adalah sifat semulajadi apabila mengunakan spring keras.. bagi yang kurang biasa pada permulaannya akan menyebabkan anda berasa agak susah kerana keadaan menjadi lebih susah untuk digunakan.. tapi bila dah biasa dengan pengunaan yang kerap (otot tangan pun dah makin power kahkahkah) maka ia bukan lagi isu.. biasalah kan nak laju.. kena la keje lebih sket haha
![]() |
original punya |
Clutch plate
Clutch plate biasanya guna yang standard je dah... memang ada yang tulis racing lah.. super lah.. tapi bagi saya.. takde bezanya.. asal tertera racing je laju lah ye.. sebenarnya takde beza pun.. yang biasa pomen guna pun mungkin ambil dari model model motor lain.. so kalau pomen anda guna clutch plate dari brand moto lain ke... dari moto lain ke mcm2 stroke ke.. jangan rasa pelik.. anda mungkin rasa pelik tapi tidak bagi dia.. sebab dia ada ujikaji dia sendiri.. so kalau anda nak guna clutch plate jenis racing tu bukan masalah.. terpulang.. yang taknaknya kang guna lain dari produk asal kilang (tak kira brand asalkan ia dari kilang ori) dikhuatiri cepat pulak habis clutch nya...
Kesimpulannya
Maka lepas buat apa yang anda akan rasa.. kebiasaannya lebih buat.. anda akan rasa cengkaman setiap gear tu lebih cekap peginya.. kalau pulas trotel anda boleh rasa perbezaan bagaimana rentapan trotel tu selari peginya.. takde delay lagi.. or macam lambat sket lepas pulas tu.. anda akan rasa setiap kuasa pulasan tu dari keadaan statik.. pulas trotel enjin akan datang pikap dan terus bersambung ke gear seterusnya dan sampailah ke top akhir.. itu yang biasa akan rasa... benda ni lebih terasa kepada yang baru buatlah yang mana sebelum ni tak buat.. akan ada beza.. yang buat pakage sekaligus tu maybe akan lagi rasa kejutan.. dah dari enjin standard ke enjin modi kan? susah nak terangkan rasa tu macam mana... kalau paling teruk ayat orang susah nak percaya pun ibarat anda pulas trotel tu tangan anda sendiri yang pusingkan tayar utk bergerak.. ok.. hahaha.. takde delay terus mengcengkam pegi every gear...
Modi ni bagi saya perlu.. sebab seidikit sebanyak ia memberikan rasa yang lain.. dan menambah baik sistem enjin yang anda telah modi.. kalau anda tak buat pun lambat laun ianya akan terjadi jugak sli clutch tu.. maka terpulang kepada anda sendiri.. bagi yang moto standrd nak buat pun boleh tapi memadai dengan tukar spring je.. dan check mangkuk dan auto tu.. akan ada rasa jugak sikit2 pun.. tapi kena ingat.. bila anda buat modi ni.. nak tarik clutch tu jadi makin ketat dan nak tekan gear bg yang LC SS jadi makin susah sket.. ini benda biasa... tapi kalau anda jenis kongsi moto2 tu dengan keluarga untuk guna pegi surau la pegi kedai beli barang la oleh adik kakak mak ayah tu kena amik kira lah.. kalau pakai spring 5 6 tu memang kena bebel jugak lah sebab ia memang KERAS.. setakat ini dulu untuk dikongsi... selebihnya akan bersambung ditopik
lain..
walaubagaimanapun.. jikalau hasil dari modifikasi tidak terjadi seperti apa yang saya ulaskan.. saya minta maaf.. apa yang ada saya cuma berkongsi.. selebihnya terletak pada nasib.. dan jangan khuartir.. kerana setiap benda yang kurang menjadi masih boleh diperbaikki.. apa yang perlu adalah kesabaran dan rajin untuk mengkaji mana salah silapnya..
salam bro..nak tanye,kalau pakai hyperclutch uma..cable clutch nk kene tukar atau boleh pakai yg stendart
ReplyDeleteboleh pakai yg standard je...
Deleteohhh tapi tahan ke?maaf la sebab byk bertanye..masih newbie lagi..hehehe
DeleteThis comment has been removed by the author.
DeleteTrbaik laa broo! Bertahun gak nk tggu bro blaze update blog ye..dr bab mukadimah smpi skrg, jenuh mnunggu..papepun syabas sbb mnghasilkan blok yg bagus cmni..moto aq pun dr std modi, extreme modi gila babas smpi da std balik da ni..hehe..papepun teruskan
ReplyDeletemaaf banyak2.. bz ngan keje hehe
DeleteBrp ye harga clutc plate ori lc??..and kalau moto standard mmg boleh masuk 4 spring je ke??..
ReplyDeleteharga bawah 50 je rasanya... macam saya ceritakan... boleh nak cuba lebih dar 4.. terpulang
DeleteSalam bro blaze. Sy nk tanya. Moto sy lc v1 2007 clutch tgn. Moto standard lg. Yg sy dh tukar skrg ni ekzos dgn spring clutch racing je. Sprocket 15 35. Bro rasa apa yg sy tukar tu ada kesan buruk tak ? Atau ada apa lg yg sy perlu tukar ? Terima kasih bro blaze. Byk dh sy baca semua nya terbaik. Kipidap ehehe hrp dpt pencerahan drpd pakar
DeleteNak mintak pendapat sapa-sapa yang terbaca. Dekat kotak angin ada dua 'hose', yang datang dari 'coolant pump' berasap. mintak maap lari tajuk sikit.....
ReplyDeleteDekat exzos ade asap x
DeleteSalam bos...saye bru convert ke manual hand clutch..tp top xdela..mcm ringn Sgt..PKI auto seblum ni OK...top pun xsdp..spec moto blok 60 carb Uma 28 cdi brt ejos Stended operate..Ade suggestion x bos bg berat sket?
ReplyDeleteAssalam bro.. kalau dah convert drp auto ke manual... dr pengalaman saya... top mmg takde.. sebab balancing nya teelalu ringan (mangkuk auto yg dimatikan a.k.a weld). Dan kemungkinan akan berlaku kerosakan dibahagian berikut:
Delete1. Bearing kekacang dan wasih dibahagian mangkuk clutch (tmpat clutch ditarik) akan mudah fail @ pecah @ makan
2. Conecting rod berkemungkinan akan rosak jika enjin sudah modi disebabkan beban crank shaft bahagian kiri dan kanan tidak seimbang.
4. Bunyi enjin bising (standard moto clucth)
**ini cuma teori dan pendapat saya sahaja melalui pengalaman.. saya sekarang masuk auto semula.. lebih selesa.. tp kalau ada set original clutch tangan.. yang tu takde masalah. Dan terbaik.
Slm bro..moto da modi pkai block 60mm cam uma racing.cdi thailand.kotak angin ada tebuk skit sbb pomen ckp nak bgi angin lepas ekzos standart..tapi gear 4 mati bila main highway..mintak pertolongan ye bro
ReplyDeleteSproket Tak ngam
DeletePuki2 kote2 mohon pencerahan
DeleteBest bro
ReplyDeletesalam bro,
ReplyDeletesebab sekarang musim banjir, boleh tak bro tulis sedikit macam mana nak selamatkan motor tatkala air banjir naik, apa yang perlu ditutup, ape perlu dibuat selepas banjir dan sebagainya
Salam bro..nk tanye sikit..saya nk ketatkan skru adjust clutch kerana terlalu lembik..tapi skru nye terlalu keras dan tak leh adjust..ape perlu buat dan boleh kah saya bukak casis belah kanan ad tak komponen terusik..sebab takut terabur jee...lc ss
ReplyDeleteAssalamualaikum, motor lc ss (auto klac) boleh ke pakai barang lc es (klac tangan 4 speed). boleh plug and play ke primary gear dan clutch lc es?
ReplyDeletesalam bro. maaf newbie, tumpang bertanye lc hand clucth bole tukar jd lc biasa ke tanpa clutch ?
ReplyDeleteBro kalau pakai head std bt lubang valve lain in 25 / out 22 , hi cam uma , spring valve uma , block ceramic x1r size 65mm , 5 spring clucth uma ... carb uma 32 , bleh ark ... apa yg bro rasa nak kena ejust lagi
ReplyDeleteBro kalau pakai head std bt lubang valve lain in 25 / out 22 , hi cam uma , spring valve uma , block ceramic x1r size 65mm , 5 spring clucth uma ... carb uma 32 , bleh ark ... apa yg bro rasa nak kena ejust lagi
ReplyDeleteSalam saudara Blaze. Maaf off topic sket. LC v1 aku tahun 2010. masalahnya; ada bunyi dengung (kat area enjun) bila aku rev pendikit aku, masa idle pun berdengung jugak. Bunyinya lebih kurang, "whoooooo" berdengung dan lampu depan macam malap dari biasa. Lampu depan akan kelip2 ikut bunyi tu, bila dengung hilang, lampu terang, bila berdengung, lampu malap. Ada yg kata problem kat coil magnet. Betul ke? harap dapat bantu. tqvm
ReplyDeleteaku pon ade masalah yang sama.
Deletebro, ap problem? skrg moto ak pun jd mcm ni
Deletecoil api bro...
DeleteHaha
DeleteSalam. Lari Tajuk sikit. Saya ada sebuah jentera 135lc 5s. Semua masih standard. Saya ingat nak modi. Kalau saya pakai blok 60mm+highcam uma+spring valve uma+spring clutch racing+manifold besar+set mj&pj+spoket 36-15. Bro rasa okay tak? Atau perlu ditambah? Mohon pendapat. Terima kasih. #nakmoditapirisau
ReplyDeleteBro lc es v2 5speed clutch blh convert auto x?
ReplyDeletesalam blaze. boleh tak nk dapat kan no fon blaze. sebab boleh la tnya pendapat ke apa nnti. boleh ehh blaze?
ReplyDeletesalam
ReplyDeletebapa kos nak tukar cluch plate dgn rivet balik? lc clutch tangan
Salam bro sye ade masalah ngn lc sye...sye punye model lme lc v1...ade skali pernah terjadi motor sye biler gear 3 ngn gear 4 biler pulas throttle lebih drpd 3/4 dia jadi bunyi cm meraung mcm bro ckp enjin bunyi lg tinggi tapi kat meter tetaap 100 km/h x naek2....jadi sye bwk pi kedai tukar clucth plate da tukar tu lpstu jadi balek pomen tu suruh saye tukar mangkuk auto plk ...bila da tukar sye try bawa ok la drpd dulu tapi lepas 2 bulan jadi balek la bro motor meraung.....jadi ape permasalahn motor sye sebenarye bro???
ReplyDeletekalau meraung masa top speed maknanya spocket belakang kene turun sikit ..cuba turun satu2
Deleteklu lc v2 auto msk manual klac.ade ap2 effect ke...mhn pencerahan
ReplyDeleteklu lc v2 auto msk manual klac.ade ap2 effect ke...mhn pencerahan
ReplyDeleteTerbaik blog ni..Terima Kasih
ReplyDeleteKalo brg sume standert, bleh gune jugak kea gune hyper clutch mohon tlong jelas kan...kalo bleh nk.pasang hehe
ReplyDeleteBro nak tanya sikit, saya ade motor lc 135 gp edition, motor tu kan hand clutch bukan auto clutch, so boleh x kalau saya nk tukar dri hand clutch kepada auto clutch? Kalau boleh, agak2 brpa anggaran kos dia? Terima kasih
ReplyDeleteBro nak tanya sikit, saya ade motor lc 135 gp edition, motor tu kan hand clutch bukan auto clutch, so boleh x kalau saya nk tukar dri hand clutch kepada auto clutch? Kalau boleh, agak2 brpa anggaran kos dia? Terima kasih
ReplyDeletebro minta ajar sikit..aku pkai blok std fz n karb. nsr..skrg nie mmg ringan enjin sedap..yg lin semua std..ce tk dpt nk full throttle jek sbb klau lbih pulas sangkut2 n benti jek trus mati..minta tunjuk ajer setting utk nsr tuu..
ReplyDeletePAKAI PILOT JET 35, MAIN JET 110
Deleteassalam bro nk tye lah .. perbazaan antare Lc lama dgn Lc baru ??.. V1 dan V2 .. mne lagi okey best
ReplyDeleteAdmin mtor saye bunyi belah enjin clucth .bila tarik class . .kalo lepas dia diam . .bunyi mcm bnda pecah . .maaf brtanye .kubis nubis lg .huhu
Deletekalo bile tarik clutch ad bunyi mkne nye ko nuet bearing clutch da rosak.. tukar bearing baru la
DeleteSalam bro blaze. Sy nk tanya. Moto sy lc v1 2007 clutch tgn. Moto standard lg. Yg sy dh tukar skrg ni ekzos dgn spring clutch racing je. Sprocket 15 35. Bro rasa apa yg sy tukar tu ada kesan buruk tak ? Atau ada apa lg yg sy perlu tukar ? Terima kasih bro blaze. Byk dh sy baca semua nya terbaik. Kipidap ehehe hrp dpt pencerahan drpd pakar
ReplyDeleteAssalamualaikum. Sy ada problem auto berbunyi. Masuk ni dh 2 kali tukar. Kebanyakan auto berbunyi ni berpunca sebenr dri apa? Crank senget ke? Minyak masuk terlebih banyak, kurang ke? Atau phnca dari clutch?
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
DeleteAslkm.. Bro nk tnye .. Kalu lc135 4s tukar ke hand clutch ade efek x??
ReplyDeleteBAGI SYA TAKDE JIKA PART CARA PEMASANGAN DAN SETNYA SEMUA CUN..
DeleteAs salam.kalau spring clutch pakai 2 yg keras.2 lagi original,ada effect apa2 tak?
ReplyDeleteassalamuaikum, bro nak tanya kalau engine standard kedai, just modi CDI racing dan install 6 spring.. ade effect papew tak kat engine dari segi keburukannya? mohon perjelasan sifu
ReplyDeleteTumpang tanya boleh ke modenas ct115s nak tukar jadin clucth mati?
ReplyDeleteApe yg akan jadi kalau pakai auto clutch racing 5 spring??
ReplyDeleteassalam admin...bagaimana cara nak tukar auto klach..dan lg 1 apa punca injin berdengung..(yahaha lc135)dan cost nya mahal tak..??
ReplyDeleteBro, sblm ni sye pakai clutch plate standard Dan spring clutch standard... Sprocket size 15-43... Pastu sye tukar clutch plate ke racing clutch plate.... Pikup dia rase kurang sangat... Sblm tukar racing clutch plate tu pikup memang kuat... Memang terangkat arr... So, sye beli pulak Spring clutch uma racing... Pasang2 clutch, pikup dia ada balik tapi rasa mcm pikup standard... Nak kena buat pe ehh?
ReplyDeleteAssalam..saya pakai cbr500..Exhaust dah tukar pendek amuroGP..tadi saya tarik laa gear dua selalu hujung sekali mcm slip kalau tarik panjang tp selalu ok..tadi je lepas tu masuk gear 3 tgh pecut tiba2 engine slip..lepas tu ingat dah ok..tgh gear 6 pun tp bawak slow pun dtg slip..cuak dah nie..boleh bagi pandangan??
ReplyDeleteAssalam..saya pakai cbr500..Exhaust dah tukar pendek amuroGP..tadi saya tarik laa gear dua selalu hujung sekali mcm slip kalau tarik panjang tp selalu ok..tadi je lepas tu masuk gear 3 tgh pecut tiba2 engine slip..lepas tu ingat dah ok..tgh gear 6 pun tp bawak slow pun dtg slip..cuak dah nie..boleh bagi pandangan??
ReplyDeleteFuh..... ini yang aq cari2 selama ni... haha... tq bro...
ReplyDeletenak tyak lau mtor air msuk dlam injin p yg harus mau d ganti??..bising bila free gear lau masuk kan gear dia seyap dan bila msuk gear 1234 d ksh tolak kebelang to mtor dia mlawan ke dpan???pa nya yg mau d ubah
ReplyDeletebro nak tanya, kalau motor yang ada clutch boleh tak kita convert masuk auto clutch..sbb sy tak berapa suke bwk motor clutch
ReplyDeletemohon recommend pomen yg terbaik untuk modi 135lc. dah 3 tahun motor pakai long distance. tiba masa nak upgrade.
ReplyDeleteBerminat.. pm tepi.. aq bole buat..
Deletekalau 135lc v2pakai hyper clutch 5 spring effect x.
ReplyDeletemoto aku ES v3.. standard.. kenapa gear susah nak change(drop gear) n free
ReplyDeletesape leh tolong
Bro nk tnya.saya ade moto lc v2 clutch...jd boleh xsaya nk convert ke auto clutch. Dn brapa kos?. T.kasih
ReplyDeletebro nk tanye kalau lc clutch bila 80 km/h dia sentak2 enjin nye lepas trottle x boleh pulas hbis jd sentak2 sbb ap ye
ReplyDeletesalam bro...saya pakai lc 135 v4, masih standard. kalau sy nk pasang clutch sahaja ada negative effect tak? maaf..saya baru lagi dalam bidang ni
ReplyDeleteEhh samalah kita..saya pun plan begitu juga..hahah
Deletesalam, kenapa ekk aku dah buat clutch mati dlm sebulan tu okay lps tu hidup balik. buang wasir ja dlm. mohon pencerahan
ReplyDeleteanda tahu banyak mengenai motocicletas! Saya mahu memahami sebanyak mungkin!
ReplyDeleteSalam. Kalau start enjin time enjin sejuk, tarik clutch dan masuk gear satu jadi sentap dan enjin terus mati, tu simptom penyakit apa ya? Tq
ReplyDeleteSalam boss..knpa eh bila nk kick start comp tkde langsung..knpa eh tu ?
ReplyDeleteLc 4 speed,jika dipasang manual clutch,bagus ke??ada effect
ReplyDeleteLc 4 speed,jika dipasang manual clutch,bagus ke??ada effect
ReplyDeleteSalam bro blaze. Aku pakai "LC135 V2 50th Anniversary GP Edition 5-Speed" haha panjang typing. Top speed badan tegak n tunduk (dua2 takde beza), speedometer 120kmh tapi gps 115kmh .. Aku nak adjust sikit tambah 10 or 20kmh .. Agak2 kalau buat ni boleh dapat tak ? Carb uma 24mm + cdi brt + low cam + exhaust cutting std + sprocket 15-37 (berat aku 75) .. kalau tkleh dapat ape rekemen bro untuk capai target ? Tyvm bro .. sejak dulu sebelum ada lc aku dah start baca blog ni .. kalau bro baca mohon balas ye comment ni .. skrng dah 2017 ��
ReplyDeletesalam,macamana kalau nak buat lapik besi clucth ,cara pemasangan dia.
ReplyDeleteAssalaikum mcm mna ye nk buat klac kaki.....spe thu thu tolong reply tq
ReplyDeleteGile la karangan ang...padu beb...sedap pekataan ang guna...keke...pape pun info bgus der
ReplyDeleteSalam..sye pki lc135v4 nk tye knpe lps tukar clutch uma racing gear 4 mcm xbpe pikap, meleret je..harap boleh bantu saya
ReplyDeleteSalam..moto saya clutch auto..moto standrt..tapi tiba2 moto jadi class kaki...
ReplyDeleteSalam..moto saya clutch auto..moto standrt..tapi tiba2 moto jadi class kaki...
ReplyDeletetumpang tanye...sye pkai lc135 klac tgn..enjin berat gile..dh tukar kac plate..klac bearing..still problem gak..bro nyer workshop kt mne..
ReplyDeleteAs salam bang, sy pakai hyperclutch uma kat Y15zr, macamne nak agak tuk adjust skru clutch di mangkuk tu, nak bagi ngam2 x panjang dan x berapa pendek clutch
ReplyDeleteassalam admin.. apa kesan buruk kalau moto standard tapi pakai plug api kuat.. macam plug uma.. mohon beri penerangan.. terima kasih
ReplyDeleteApi kuat sangat takut piston bocor
Deletebos nk tnye skit? klau enjin standard tpi nak guna spring clucth bole ke??? xde punya kerosakan enjin ke
ReplyDeletesumpah terbaik bro, aku faham gila apa kau maksudkan tu , sebelum ni kurang sikit ilmu tu tapi lepas baca terus faham kaw2. thank you bro sangat bermanfaat <3 hehehrhr
ReplyDeletenak tanya kalau injin std guna hyper clutch 5spring boleh ka maaf baru nak up
ReplyDeleteNak tnya bos, skru yang dkat 6 spring clucth tu perlu dikunci rapat.sya punya moto hand clutch 115z.klau kunci rapat keras sngat dtarik.
ReplyDeletenk ty lc 135 v4 tukar hand clutch perlu pki stoper n hypercluth uma
ReplyDeletenak tnya laa kann... kenapa pedal gear jd lembut sgt... tekan pakai tgn pown dh masok gear.. satu lg... nk rem moto x boleh.,tekan pedal jer gear masok, tekan je masok.. x leh ade free ntok rem (pulas throttle)
ReplyDeleteAdjust balik clucth
Deletesalam bro..kalau saya pakai hyperclutch brand uma then clutch disc API ngam ke? ke kena cari yang sama brand jgk? #y15
ReplyDeleteAssalamualaikum bro,,kalau clucth panjang nih boleh jadi slip tak??
ReplyDeletexde pengisian baru k??
ReplyDeleteKalau masok 6spring ,tapi tersangkot tak boleh masok habis dekat lock yang ada kat hyper clutch tu,macam mana nak buat tu?
ReplyDeleteDah tukar clutch plate. Tp sme jugak mengerang. Klau tuh mcm mne ye? Motor standard kilang
ReplyDeleteBos yamaha 125 boleh auto clutch jugak ke?
ReplyDeleteSalam...saya baru pakai lc135 4s v5 dlm 5 bulan...saya baru convet clucth tangan...masalah sekarang bila buat clucth tangan bunyi enjin terlalu kuat dari yg sebelumnya....adakah pekara ni biasa bagi enjin yang dah diubah ...sekarang ni saya guna semua auto clucth enjin jadi senyap...
ReplyDeleteBang kalau ubah gigi blakang ku ape function ekkk
ReplyDeleteAssalammualaikum sy nk tnye.. Sy pakai lc135 v1 clutch tangan.. Tak sampai sebulan tukar clutch plate tpi bila tarik tu dia meraung.. Ape mslh ye?
ReplyDeleteJIKA MASUK MANGKUK CLUTCH WAVE125 KE LC BOLEH KA??APE PERBEZAAN
ReplyDeleteKt nak beli mangkuk clutch es
ReplyDeleteBoss minta pendapat sy punya lc v4 gear 4..modi ke 5 speed..agak2 berapa boss kos..sy nk tukar clutch
ReplyDeleteperlu ke tukar minyak hitam bila tukat hyper clutch ??
ReplyDeleteSalam boss,Boleh tak pasang hyper clutch tuk lc v1 standard.?
ReplyDeleteSalam bro blaze.boleb ke nak tambah satu keping lg clutch plate dan iron clutch plate
ReplyDeleteSalam bro nk tnye.kalau dah tukar hyper clutch ni kene tukar auto clutch sekli ke mcm mana ? Sebab bila saya tukar hyper clutch ni dia macam takdak free gear .mcm gear free lah di maksudkan
ReplyDeleteAssalamualaikum nak tnya size standard primary gear berapa? 23t atau 24t...
ReplyDeletebro nak tnye...apa punca moto saya lc v1 ss...convert es...mangkuk clucth guna ss punye x masuk myk itam dlm mangkuk ....kenpe erk...adakh perlu saya pakai mangkuk es?
ReplyDeletesalam boss..kawan punya lc 135 v1 standard..lepas tukar clutch plate racing..iron plate..masuk gear n tekan clucth motor bergerak..knp yer?
ReplyDeleteBoleh ka lc v2 pakai enjin bawah dan atas y16
ReplyDelete