Search This Blog

Loading...

Thursday, October 25, 2012

Pengubahsuaian Yamaha 135LC - Bab 6 part 2 - Big Bore




61mm, 62mm - KE ARAS BARU
61mm - 172cc / 62mm - 178cc... 

cc semakin meningkat lagi!! maka torque makin tinggi.. blok2 ini adalah siri lanjutan kepada saiz 60mm yang sekian lama mendominasi pasaran.. kalau x silap saya kehadiaran blok saiz2 ini hadir selepas hampir 1 tahun blok 60mm berada di pasaran.. tiada apa yang nak diperkatakan mengenai blok saiz ini kerana ianya adalah lanjutan dari saiz 60mm... pickup pada block ini adalah lebih kuat dr 60 maka disini maka permainan spoket belakang menjadi agak kritikal pada para pencari mainan pickup dan top speed.. mereka yg menggunakkan blok2 ini kebiasaannya bermain spoket depan samada 15 dan majoritinya 16...  


60mm credit : Nadzri Syadzrie

kebanyakkannya pakai blok ini hanya bertujuan utk lanyak hiway atau utk kekuatan main korner pada kaki bukit dan track day riders.. pickup yg kuat dari blok ini kalau nak main hiway terpaksa diterjemahkan kapada spoket belakang yg secara biasanya di pakai dari 34 ke 32 utk 15 depan dan 39 37 utk spoket 16 depan.. mmg best apabila pickup yang kuat tu dialihkan kepada top speed... kelajuan 180kmh tu secara amnya mudahlah utk dapat dan ianya amat singkat sekali.. kebanyakkan owner2 yg kurang tahu atau tak biasa dengan keadaan enjin blok besar yg sgt jauh berbeza di bore asal menrungut bahawa rpm tinggi mengerang adalah sgt tinggi.. mengerang pada rpm tinggi adalah satu fenomena yang mana apabila anda sudah sampai pada kelajuan 180kmh or 170kmh tetapi enjin seakan akan meminta anda masuk gear lagi!!.. padahal dah habis gear.. keadaan ini disebabkan bore dan stroke yang terlalu jauh dr kiraan asal adalah penyebab terjadinya keadaan sebegini.. blok2 melebihi saiz 60mm ini juga popular dengan terma minyak itam ghaib.. lenyap..  kebiasaannya mmg leh ghaib disebabkan haba yg terhasil dr blok ini sudah melibihi tahap optimum dan haba yg tinggi ini meresapkan minyak enjin tersebut, samada hangit ke meresap ke ape ke tak tau la nak cakap ape.. dalam kes2 yg lebih giler.. dalam masa 3 hari je minyak enjin da hilang tinggal suku je.. so penjagaan blok ini adalah amat perlu dititik beratkan kepada mereka yang mahu menggunakannya.. secara am.. blok saiz selepas 60mm meletakkan kos penyelenggaraan dan penjagaan ditahap lebih tinggi... penjagaan minyak enjin memerlukan perhatian lebih.. kalau tak nnt tengah layan speed tiba2 enjin dah mula bertukang... bertukang xpe lagi.. kalau terus senyap... haru 

carb yang disarankan adalah dari carb std hinggalah ke MIKUNI TM28, KEIHIN PE 28, PWK 28, UMA RACING 28, 32



63mm, 65mm - TERLAMPAU?
63mm - 183cc / 65mm - 195cc


65mm bersama setup bypass coolant

up lagi... up dan up.. makin tinggi bore maka mkin tinggi la pelarasan yang perlu diseiringkan kehendak bore tu.. selamat datang ke pintu masuk modifikasi extreme.. ini adalah pembuka jalan2 modifikasi extreme kalau anda da mula nak main dengan saiz sebegini.. berbaloikah? berbaloi pada mereka yang tahu apa kehendak yang mereka mahu dan tahu apa yang perlu dibuat.. mereka yang memilih saiz2 ini kebanyakkannya adalah dengan satu tujuan.. champion.. hahahahahahahaha!!! gurau je tp mmg pun.. ini adalah pilihan saiz2 paling besar lah kiranya dalam keluarga big bore 'legal' di pasaran hari ini.. ada lagi besar weii tp yang tu citer lain kali je lah.. so apakah bestnya pakai saiz sebagak mcm ni pada enjin lc.. jawapannya kuasa... saiz yg besau gilau babau mcm ni jangan tanyalah mcm mana dia punye power.. torque mmg tinggi, kena ngan setting spoket ngam.. mmg meleleh la air mata melayan top speed... penahkan layan speeding sampai meleleh air mata kena pukulan angin tu.. haaa yang mmg tahap lelehan maut punyer.. secara kasar nya dengan cc dah menghampiri 200cc dgn berat motor saiz kapchai.. daya pecutan tu mmg sgt2 mendebarkan.. kalau silap pulas trotel motor akan mendongak ke langit mencari bintang2 atau langit biru...  


custom inlet outlet coolant bypass.. perhatikan longkang atas ditutup sepenuhnya
credit : motomalaya
sebenarnya dalam keluarga 61mm 62mm 63mm dan 65mm.. semua nya adalah berkaitan dengan daya kilas yg tinggi aka torque.. senang kata pickup.. kalau kita cakap 61mm pickup power.. maka 65mm? lagi lah power kan? so ianya mingikut turutanlah.. 61mm sampai 65mm.. jadi 65mm pickup power tak hengat.. mcm mana lak 63mm? 63mm bila dikirakan balik.. ia berada di tengah2.. kalau 65mm dah jd pickup kuat maka 63mm jd topspeed balance utk 65mm.. 65mm tu kalau anda nak pakai.. bg aku.. motor tu dah kena masuk dalam bab extreme.. banyak penyediaan nak kena buat.. takleh la nak main masuk macam mana korang main sarung kat blok 60mm.. apa nak kena buat.. refer balik bab1 bahagian extreme.. berjela2 kan kena buat? sebab apa kena buat mcm tu sebab nak imbangi kuasa yang terhasil dari saiz tu.. DAN bila penyediaan 65mm mcm tu dipraktikkan pula pada 63mm maka ia mengimbangi kadar pickup melampau dan top speed giler tu.. so 65mm pickup 63mm pula top speed.. pening nak pilih tu.. (dalam kategori extreme) kat sini kebanyakkan part2 enjin dan skill dah jd lain sket.. port n polish head kena ada kiraan velocity vaccum.. big valve.. custom hi cam.. thermostat remover.. coolant bypass.. carb besar2.. cdi tuneable.. clutch mod.. jack pin.. heavy duty rod.. dan pergh mmg banyak lah nak list.. ada juga yang guna blok2 ini tp cara modi mcm kategori std modi.. boleh je.. tp sedikit leceh la sebab ia tak harmoni atau seimbang.. MMG KENA SEIMBANGKAN.. kalau x mcm2 benda jd x cukup utk menampung kuasa dan kehendak saiz blok ini.. 

ade ke orang buat.. yes mmg ade.. tapi nak menjaga... kadang2 kalau silap percaturan.. jawabnya makan nasi dengan lauk ikan bilis goreng je.. bukan semudah tu je leh buat utk blok sebesar mcm ni.. belanja banyak.. kalau tgk saiznya.. kebanyakkanya buat utk pertandingan sprint test... sebab mmg itu lah yang diperlukan.. pickup dan daya pecutan yang pantas.. kalau ada kawan2 anda yang pakai saiz ni utk daily.. cuba tanya diorang mcm mana nak jaga.. hehehehe.. sayu je muka nak cakap.. duit banyak xde hal.. duit ngam2 mampus.. lain la kalau utk sprint test.. ade sponsor.. ada kemasukkan dana2 rakan yg support korang.. tu lain citer.. service kena kerap.. minyak enjin lagi jgn tanya la nak kena topup.. belum lagi masuk petrol.. secara kasar saiz ni mmg memberikan kuasa muktamat apabila setup dan setting perfect.. pickup dan top speed takyah nak citer banyaklah.. champaiyooon... outmeter badan tegak je mcm bawak 100kmh... amacam.. best tak menganjing mcm tu...? hahahahaha.. dan lauk2 di jalan raya bukan lc lagi dah... pegi cari saingan setara lah.. kalau lc pun sama spec mcm dia je lah leh lawan2... takleh nak cakap main ngan sapa.. kang ade yg sentap pulak.. tp paham2 je lah dgn cc mcm tu sapa mainan diorang yg pakai spec mcm ni atas jalan raya.. setting blok ini disebabkan torque dah jd melampau.. maka korang leh tgk spoket belakang diorang kebanyakkannya mmg comel2 je saiz.. sebab nak topspeed kena balas balik ngan pengorbanan pickup.. dalam comel2 mcm tu pun pickup gila vavi jugak.. kestabilan? gegornye lain mcm weiii.. mmg gegar la.. handling kena improve kaw2 kat sini.. kalau tak jalan lurus takde ape pun leh tergolek... hahahahahahahahahaha ini bukan benda lawak.. dah jd dah pun kat kawan aku hahahahahahahaha!!! so.. nak pakai 63 atau 65.. silakan.. jikalau wang dan masa bukan masalah besar dalam hidup anda.. 

carb yang disarankan adalah errrr atas 32.. carb yoshimura tmjn tu ke.. carb superbike pun ade org pakai.. 




Kesimpulan
so kat sini apa yang aku tau je lah aku leh citerkan.. hanya sekadar pemerhatian aku dengan bergelumang dengan golongan2 yg bermain big bore ni.. maka korang boleh la buat pilihan.. yang macam mana kuasa yang anda nak.. ada yang sedap layan.. ada yang kaw2 punye layan.. pastikan anda ambik tahu apa keperluan yg perlu utk menyediakan modifikasi yang anda mahu.. wang.. masa.. penjagaan.. semua kena seiring.. wang adalah perkara no1 dalam pemilihan big bore.. sebab dia mempengaruhi perkara yang perlu disediakan pulak utk bore yg anda pilih.. masa pula adalah perkara penting sebab nak buat bukan sekadar mainan suka2.. nak siap cepat nnt jd hampeh sebab setting ntah ape2.. penjagaan pula adalah tunjang bagaimana anda nak pastikan dikemudian hari tak banyak kerosakkan akan berlaku bila ianya nak rosak.. jgn cakap jaga kaw2 x rosak.. sebab ianya TETAP akan rosak bila tiba waktu yg benda ni akan rosak.. cara bawak cara melayan di mana nak layan keadaaan nak melayan pun kena ambik kira.. cara pembawakkan motor modi x sama macam korang bawak motor kilang.. totally different..

maka pilih betul2 yang mana sesuai dengan matlamat dan minat.. jgn ikut kawan pakai korang pun nak pakai mcm mana dia pakai.. ambil masa utk godek pendapat dan cari ilmu2 yang perlu supaya sedikit tak banyak.. anda tahu apa yang perlu dibuat dan apa yang tak perlu.. takde le wang tu membazir.. keseronokkan melayan big bore mmg diakui ianya marvelous.. tak nafi.. tanyalah sesiapa pun yg pakai.. mmg senyum.. tp rosak kesabaran tu sama penting mcm mana seronoknya.. hahahaha.. kalau anda jenis susah hati kalau rosak mcm mana maka nasihat aku jgn buat.. sebab benda ni DIJAMIN ianya tidak akan kekal ok sampai bila2 lepas pasang.. akan ada masalah sket.. baik layan std dan pakai peralatan bolt-on je mcm biasa.. pun ok.. tak hilang kawan pun ye tak.. lebih memudahkan.. maka sampai kat sini je dulu pasal big bore.. akan datang akan diceritakan mcm mana nak seimbangkan atau selarikan modifikasi selepas masuk blok besor.. panjang lagi perjalanannya.. minta maaf banyak2 kalau ada yang terasa.. saya hanya berkongsi utk kemudahan dan iktibar semua.. especially... newbies2.. tq sebab baca... see u next chapter... 

106 comments:

  1. blok std masuk cam racing apa efek??
    boleh huraikan tak??
    thumbs up bro bnyak info yg aku dpt..

    ReplyDelete
  2. nak pakai cam racing pada blok std boleh.. kebanyakkan yg mengambil jalan mcm ni sebab nak rasa peningkatan part2 performance tu satu persatu.. tp ada byk jalan bila pilih keadaan mcm ni..

    1. kalau nak kurang kos pemasangan.. cuba cari low cam.. sebab low cam kalau pasang x perlu nak bukak head blok.. just bukak cam tu dan adjust balik tepet.. pastikan cari pomen lah.. ini jalan yg less cost..

    2. kalau nak pakai hi cam pun boleh juga.. tp head block kena bukak.. sebab nak kira balik tebal gasket yg perlu dan piston kena buat kawah 4 bahagian pada permukaan utk mengelakkan piston berlaga valve.. kawah tu dipanggil valve seat... yang ni kos tinggi sket.. tp boleh nak dibuat.. selalunya kalau dah bukak head block sarung je block big bore baru.. tp ok je nak try laluan mcm ni.. cuma upah la sama mcm pasang big bore tu.

    :D

    ReplyDelete
  3. ohh tq2...n lagi satu nak tanya bila nak buat entry pasal manifold pada paip std...

    ReplyDelete
  4. Tq bro atas info...semua info sgt beguna..sy br sarung bigbore myk itam kena check slalu

    ReplyDelete
  5. Bro blaze. Sy menggunakan blok saiz 62mm pd lc v1&yg lain semuanya std kecuali sport rim&tyr. Sport rim sy guna jns lapan btg racing boy saiz front 1.85 & saiz rear 2.50. Tayar depan saiz 90/80 & tayar blkg saiz 110/70. Mslh skrg,pickup mmg kuat seolah2 ringan ja moto tu, tp top speed susah plak nk dpt mcm pkai blok std yg lama tu. Bila full throttle,enjin mntk gear lg. Tp gear dh sold out. Haha. Mcm bro ckp td,main sproketkan? Jd saiz sproket apa yg leh balancekan pickup yg berlebihan tu dgn top speed pd setting moto sy ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha... gear dah habis.. tp tak blah2.. yup main spoket lah.. kalau dah kata pikap malampun top speed xde... kalau bro da pakai 15-37.. kasi turun lagi.. sampai 33 pun xpe.. sebab kena uji mcm je pun.. dah takde jalan lain dah..

      Delete
  6. Skrg ni sy msh pkai sproket saiz std 15/39. Jd klu trun ke 15/33, highway msti sedap. Tp utk jalan2 short distance mcm nk p ke warung pak jabit kat seberang jalan xjd disadvantage blk ka? Just curious. Hehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyallah takde ape.. 62 tuuu.. torque kuat..

      Delete
  7. Erm. Okay bro blaze. Sy cuba setting tu. Thank you...

    ReplyDelete
  8. Salambro...ak na tnye.ak da pkai cdi racing, blok62 hi cam ekzos angin lpas spoket 15 36 428 knp top 160je?bg nasihat supaya leh outmeter dgn spec yg ak da buat leh?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lc v1 model 2nd.. ak xnk upgrade dh.. salu spec mcm ni da outmeter

      Delete
    2. tu la pasal.. dah tu yg 160 tu amende pulak

      Delete
  9. Replies
    1. carb bro pakai ape? kalau dah blok 62 tu car paling kurang nak kena 28mm tu

      Delete
  10. Knp mmber laen outmeter?klaw carb standed wat mjpj bleh? Or tka plug ke coil ke... plug pkai ap syok? Coil plug?

    ReplyDelete
    Replies
    1. carb std boleh je tuning pjmj.. blok 62 tu mmg kena setup balik la mjpj utk support minyak.. coil plug leh je nak pakai aftermarket.. uma ke faito ke.. plug std pun ok gak pe..

      Delete
  11. So set mjpj jelah skang? Cnena wat? Ble jarumbrape?

    ReplyDelete
  12. Bro tlg jwp bro.. pjmj sy ni na wt brape

    ReplyDelete
    Replies
    1. bro,aku cuba tlg ko..

      1.try gn mj 110@115 pj 22.5
      2.klu nak senang kira,naik semata-semata..
      3.gn rantai 420@415..

      Delete
  13. BRO NAK TANYA SIKIT KALAU PAKAI BLOK 63 TPI EKZOS STANDART TAKPA KEW?KEW ADA APA-APA EFFECT?

    ReplyDelete
    Replies
    1. okay sajaa cuma tk dpt rse sgt la power block tu

      Delete
  14. salam bro, nk tanya, sy teringin nk masuk big bore ni, tp bila baca balik rasa ragu2 plak. btul ke cukup satu tahun akan rosak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. lg satu, ekzos aftermarket ap yg murah dan cukup utk melawaskn angin bila da pasang big bore?

      Delete
    2. ishh,pndai jg myk hitam xde la blok jem..bro cuba search nob1 silent sports MB,ekzos ni cutting standard..aku tgh pki skrg ni(br 3mgu)..angin mmg lepas pnye..cdg nak tolak murah2 je ekzos ni(stopper dh buang,siap balut fiber APIDO dua keping bg bunyi padat)..aku nk tolak ekzos ni psl nk bli leo vince,moto dh fully modi..sistem ekzos dh xle nak support dh..klu nk,roger2 la..hehehe..
      *lokasi padang jawa,shah alam

      Delete
    3. harge bape ekzos nob1 tu?contact no bro

      Delete
    4. Salam..otai2 sekalian..sy nk tnya nie kalau pakai block 62 cam hispeed..kaburator sntd mj pj ape yg sesuai..

      Delete
    5. Salam..otai2 sekalian..sy nk tnya nie kalau pakai block 62 cam hispeed..kaburator sntd mj pj ape yg sesuai..

      Delete
  15. bro sy pkai bloc 60mm,cam uma,cbertor tzm,cdi brt ajustable,npe motor sy speed 150km/j

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
    2. 4speed @ 5speed?klu 5speed tu ikut meter 4speed dh 180km/j..klu 160km/j(lc 5speed) = 190km/j(honda nsr)..laju la 2..carb tzm tu bape saiz mj&pj?

      Delete
  16. bro blaze..saya pkai 135lc bru 4speed..motor saya boleh pegi 140kmh..sumer std kedai..klu saya tkar sproket 37 n tkar cdi BRT..agak boleh pegi 180kmh tak?/

    ReplyDelete
  17. bro blaze..sy pki lc v1 2nd modal...sy pki blok 62..cdi brt..spoket 15/36...minifold da tukar...tp meter bleh pg 160kmh jer..klu mcm tu nak wt mcm mne?? tolong bro??

    ReplyDelete
  18. Salam bro,aku baru tukar blok 62mm gan cdi performer,ekzos yoshimura tp head,cam standard..cam nk kene tukar jgk ke?kalo tukar spring valve racing je blh x?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aku blok 62mm cdi sv cam cabr sp blh la

      Delete
  19. Bro nk tanya la lau beli blok racing nk kena antar skim ke blok nye dgn head aku dah 2x tkr blok ni.....air keluar skit2 dekat hose water pump atau pump aku bocor.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Settel camna..tukar waterpum baru ke,,aku pun sama gak air coolant masuk enjin tgk2 kat bearing waterpum tu ade crak sikit..kene nk kene tukar housing waterpum tu..minta pencerahn,,

      Delete
  20. Salam bro, sy baru pkai blok 62 uma, high cam n spring valve racing..wktu skg ni mmg xbleh nk laju tp mmg rase dh pukulan big bore tu..maslhnya, bunyi agak bising di bah enjin even blom test power kaw2 lg..bleh bg pndpt mengenai bunyi trsebut n cara nk atasinya??..bantuan bro amat diprlukan..tq,,

    ReplyDelete
  21. blok racing ceramic 60mm kedai boleh korek x bro, nk buat 62mm ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ceramic tu coating.. makna nya sadur ke permukaan blok bahagian dalam... kalau awak rebore maka ceramick coat tu terbuang skali

      Delete
  22. salam nak tanya . setting carb tzm (shengwey) untuk blok 63 cdi racing highcam . nak tahu mj/pj dia berapa ya?

    ReplyDelete
  23. Saya pakai block saiz 62mm menang best tapi masalah selalu leaking air dari raditor gaskert hangus lah apa masalah sebenar dan macam mana nak atasi masalah ni

    ReplyDelete
  24. Salam... bro... mcm ner nk join hos block x1r 65mm.. dr bawah block nk ke timing chain..??

    ReplyDelete
    Replies
    1. maybe boleh beli hos radiator kereta punya la kot... spare part keta ada jual ikut custom awak nak... kena bgtau la saiz diameter hos berapa dan panjangnya... atau custom dr motor lain yg ada sistem coolant

      Delete
  25. Salam broo.. Nak tnya.. Spec moto sy lc v1 first model.. Block 62 highcam.. Meter out pergi 200km.. Spoket 36 15.. Act spec 62 ni berapa boleh pergi paling kaaw kaww..

    ReplyDelete
    Replies
    1. berapa leh pegi kaw kaw? hahahaha tak tau nak cakap.. maybe kena test ngan keta member awak speed sampai habis suruh member tgk meter keta dia blia cucuk awak berapa kmh dapat...

      Delete
    2. Wow, laju tu, bro pakai carb ap? Ekzos pulak?

      Delete
  26. Salam, nk tny skit psl lc135 lme v1, i dh tkr hgh cm uma,head 19 21, blck63 cermik,cdi brt smartclick adjstble, ekzos stnd modi tkr mnifld dpn32, sprkt 15-34 428,carb tzm30,plug coil uma,...xpi mter 180 up dh semput2, hrap blh dpt bntuan drpd bro...

    ReplyDelete
    Replies
    1. semput semput tu susah nak cakap... ada kaintan dengan carb tu... tapi kalau dah dapat 180 tu kira dah ok... cuma awak kata semput2.. maybe carb tu kena tuning lagi bagi minyak support

      Delete
  27. Salam bro saye pkai block 65 knape air coolant masok kt minyak itam ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. gasket kat waterpump tu bocor... bila bocor coolant keluar kat area water pump terus becampur ngan minyak itam.. area luar bahagian roller kipas tu adalah tempat timing chain cam berputar.. kawasan tu bersambung dari head ke block dan ke enjin bawah... bila bocor coolant terus akan turun sampai ke enjin bawah

      Delete
    2. Blaze..sy pon kne mcm tu.sy pkai uma racing62.cam uma.cdi BRT.tpi air coilant trun kt enjin.bila bkak water pump tu.tgok bearing kt kipas tu dah pecah..itu ke mslah nya.

      Delete
    3. Ap yg ptoy sy tukar.laju air coolant trun kt enjin

      Delete
  28. as salam bro. tumpang tnya. moto saye fully standard. just bukk angin. spoket 14/36. rase rase ade yg tj kena tk?

    ReplyDelete
  29. Assalamualaikum..bos..sy nk tanya,sy pkai lc 5speed..spoket 15-38,cdi brt,block fz ori size 58,cam uma,spring clucth racing,carb std n exzos std..top speed bleh pergi 140kmj..sy ad test dgn 125 std,mter sy 140kmj n 125 uh 170kmj..rasa2 bos ok xsetting mto sy uh atau pn ad ap2 lg setting yg perlu dibuat ? sb sy klu boleh nk dptkn setting hihghway..

    ReplyDelete
  30. bro blok ape yg bole jalan jauh + thn lama

    ReplyDelete
  31. bro ape pasal mtor gua air keluar kt hose water pump mcm lu? tolog bgtau bro ....

    ReplyDelete
    Replies
    1. air tu keluar sebab gasket blok head tu bocor....

      Delete
  32. bro kat selangor bengkel mne yg boleh pasang block dgn elok?

    ReplyDelete
  33. Salam bro...nk tanya...sy pkai lc v2 5speed spec sy carb tzm head 19-22 block 63 exzos pipe bape setting sprocket yg bro prefer....skg 14-36

    ReplyDelete
  34. Salam..saya bercadang nk angkat lc v2 4speed...Klau saya cume modi carb 28mm,cdi adjustable,camshaft,spring valve dan sprocket tapi nk kekalkan block ngan piston standard ngan x nak kacau clutch system,ade tak kesan sampingan buruk pda motor...ekzos type ape patot diguna...leh recommend tak..agak2 leh pegi x motor...hehe...sory bnyak tanya...newbie here

    ReplyDelete
  35. Salam bro, nk tny skit, sy ad lc v1 first model, kalau nk pakai blok ceramik 62mm, high cam. pakai ekzos n carb stndart boleh go x?

    ReplyDelete
  36. sy pakai lc v1 klac tangan....ubah suai moto block 62mm,carb uma 32mm, cam uma head korek siket lubang ekzos spocket 35-15,ekzos gv cdi BRT ...pickup sebelah jackrod meter boleh dapat 190km/h tapi bile masuk gear 4 je die slow(mati).....boleh terangkan x kenape gear 4 sy drop

    ReplyDelete
  37. Salam bro..kalau pakai low cam , kne pakai spring valve racing x ?

    ReplyDelete
  38. salam pecinta kelajuan...kepada sesiapa yg berminat dan banyak duit untuk mengubahsuai yamaha lc 135 boleh la dtg ke workshop kami under 7 sec motosport di kota kemuning shah alam...sesiapa yg berminat untuk upgreed extrim kami juga menyediakan slip block saiz 83 piston saiz 80(Tapi poket koyak la..hehe)..baru TAHU APA ERTI KELAJUAN..sorry admin saya promot workshop..akhir kata"APA ADA PADA WANG DEMI KELAJUAN"...heheh

    ReplyDelete
  39. Assalammualaikum... Sye Nk mody moto Sye lc v1....Tpi x Tau Nk antr Kt pomen mane...., bajet Sye Nk mody 1k....mody bgi sdap jlan jaoh... top Ade.. pickup pon Ade....boleyh sape2 bgi cdangn x Nk antr bngkel mane...Sye dok n9....Klau Ade sape2 Yg sudi bntu sila Wassup Sye....0177368090

    ReplyDelete
  40. Assalammualaikum... Sye Nk mody moto Sye lc v1....Tpi x Tau Nk antr Kt pomen mane...., bajet Sye Nk mody 1k....mody bgi sdap jlan jaoh... top Ade.. pickup pon Ade....boleyh sape2 bgi cdangn x Nk antr bngkel mane...Sye dok n9....Klau Ade sape2 Yg sudi bntu sila Wassup Sye....0177368090

    ReplyDelete
  41. Hi.sy pakai lcv2 nak tukar blok 63mm .ejos stended.spoket 15/35..ok ke

    ReplyDelete
  42. saya pakai lc v2 5speed,pakai blok size 65,cam s6,cdi BRT,carb size 30,
    aagak agak spoket ape yg ngam?

    ReplyDelete
  43. salam bro.. nak tanya..kenapa saya dapat 140km/j. saya pengguna 5speed v1... carb uma saiz 28,hi cam racing,blok 57,spoket standard...

    ReplyDelete
  44. Boss, nak tanya sikit.. saya pakai LC 135 5s
    1. Kenapa pagi2 susah nak start moto saya.. pastu ada bunyi miss fire bkali2 then baru hidup.
    2. paip overflow coolant tank kat bawah keluar air bagai nak rak.. pastu radiator kosong.. sampai dah isi skali lagi pun sama.. takut coolant masuk enjin..
    mohon pencerahan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. minta pencerahan.. saya mengalami masalah yang sama.. bro2 otai semua....

      Delete
    2. Cek blik gasket block slalunya bocor/pecah air colan msuk enjin kna cluth plate sbb tu susah nk start
      Sorry klaw slh,sbb saya pernah alami msalah ni n yg jdi prob gasket block pecah

      Delete
    3. Cek blik gasket block slalunya bocor/pecah air colan msuk enjin kna cluth plate sbb tu susah nk start
      Sorry klaw slh,sbb saya pernah alami msalah ni n yg jdi prob gasket block pecah

      Delete
  45. Salam bro nak tanye..baru2 nie sy tukar blok 62 ..top speed 150km/h je..spoket 32 15..ape cara lg nk buat bg brtambah cun..mohon berikan tnjuk ajar bro

    ReplyDelete
  46. bro jika guna block 62 or 63 selain carb n spring valve???apa lagi yg kena tukar?????

    ReplyDelete
  47. Kesan sampingan bila pakai blok besar?
    Minyak cepat turun ker ?

    ReplyDelete
  48. Assalam Bro Blaze.. Sy guna Lc135 5s v2, Carb TZM, Block size 63.5mm, Hi Cam CMS, Ekzos Open 28mm, Plug Coil Uma, CDI BRT, SV CMS, Head Standart takde skim or porting dan Spocket 33/14.. Motor xbrape nak blah dan minyak mcm air je.. Nape ye??? Boleh bantu sya..

    ReplyDelete
  49. Assalamualaikum bro nak tanya kalau lc v1 block 60mm ,pakai hicam ,carburetor standard exzos kozi standard open,brapa ratio sporket sesuai..lanyak highway..dpt x outmeter

    ReplyDelete
  50. Maaf tanya soalan xbrp pandai.. block ceramic..kalo dh rasa compression kurang..just tukar piston n ring? Nk rebore..ilangla part ceramic tu..

    ReplyDelete
  51. Salam. Nk tnye. Skrg ni sye pkai cjipoh botol/peluru. Xsure mne satu betul. Sbb mmber sorg ckp len sorg ckp len. Sye nk msok blok x1r 62 ceramic. Agk2 ok x? Newbie

    ReplyDelete
  52. Nak tanya,boleh tak kalau lc 135 xguna air coller,,apa jadi ye?..

    ReplyDelete
  53. salam bro blaze, nk tnye, sye dh sarung blok 62, head porting 19/22, cam uma, cdi brt adjustable, carb sp, persoalan mse sye hbis rem, moto still nk jalan jee. bug bugbug,bila dh berenti bru normal.. klu mslah carb, nk kne pkai mj brpe n angin tu brpe?? tlong mslah kawan ni

    ReplyDelete
  54. Salam bro . Sy nk mnx penjelasan . Sy pki lc v2 5s . Blok 65mm rod ikk . Head 22 24 . Cdi brt . Gearbox racing 1.2.5 carb tzm cam cms . Moto sy xleh nk capai tahap maximum . Klu spoket 15 33 mati kt 160 menjerit . Klu 15 30 pun mati 160 tp top lemau . Apakah masalah nya bro ? Adakah cam ? Atau punca mangkuk clutch fz yg sy sarung ? Dan moto sy ada masalah marking . Tak boleh buat marking standart agak nya psl mata crankshaft . Sy letak marking dpn 1 mata sbb org ckp pickup n top power . Btl ke bro ? Minta penjelasan . Thx

    ReplyDelete
  55. Bro blaze saya ada msalah skit ni,klaw bleh nk tanya pendapat bro blaze la,saya trus trang la spec saya ni sbb saya nk kan penjelasan msalah saya,mtor saya lc v3 spec open,grandshaft jet 9mm block 70mm super head 22/24 uma cam X4 thailand pam silinder oil uma cluth set jupiter original set,carb power jet 38mm,pakai water pam,mtor saya mtor set kilo(pickup) slalunya lpas game pinston mesti akan bunyi dan effect block,xkan saya nk kna tukar block tiap2 lpas game? Nk kata minyak hitam lambat sampai x logik sbb pam oil silinder dh upgrade,lagi satu prob spocket,buat masa skrang saya pkai 15-28 rantai 420,mtor 4s,nk pkai spocket 16 depan x lepas sbb rantai 420 sangkut kulit enjin,nk pkai 415 ptus sbb pickup xyah ckap la kan,bley abg blaze bgi pndapat ataw penyelesaian x? Saya dh pening kepala ni ��

    ReplyDelete
  56. Bro blaze saya ada msalah skit ni,klaw bleh nk tanya pendapat bro blaze la,saya trus trang la spec saya ni sbb saya nk kan penjelasan msalah saya,mtor saya lc v3 spec open,grandshaft jet 9mm block 70mm super head 22/24 uma cam X4 thailand pam silinder oil uma cluth set jupiter original set,carb power jet 38mm,pakai water pam,mtor saya mtor set kilo(pickup) slalunya lpas game pinston mesti akan bunyi dan effect block,xkan saya nk kna tukar block tiap2 lpas game? Nk kata minyak hitam lambat sampai x logik sbb pam oil silinder dh upgrade,lagi satu prob spocket,buat masa skrang saya pkai 15-28 rantai 420,mtor 4s,nk pkai spocket 16 depan x lepas sbb rantai 420 sangkut kulit enjin,nk pkai 415 ptus sbb pickup xyah ckap la kan,bley abg blaze bgi pndapat ataw penyelesaian x? Saya dh pening kepala ni ��

    ReplyDelete
  57. salam..bro blaze...saye dh lame dh follow blog bro..banyak info2 yg berguna...saye ade satu soalan...bleh tak klau block fz nk sarung head big valve yg 19/22 yg jenama cms tu???

    ReplyDelete
  58. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  59. Brader blaze, gua nak tanya ni. Kalau gua masuk carb dan blok uma racing dkt tenggiling gua, size apa yg sesuai? Motor gua lc v2 4s. Gua motor tak usik apa lagi. Standard badak je lagi. Atau lagi elok gua masuk cam hi cam dulu?

    ReplyDelete
  60. Brader Blaze.... Aku guna block 63 ekzos open..cdi brt carb nsr tpi awat susah nk dpt topspeed 160...? Pelik giler xthu nk setting apa lgi...tolong bantu bro

    ReplyDelete
  61. assalamualaikum..bro nak tanya sikit kenapa erk coolat boleh masuk dalam enjin..mohon pencerahan...

    ReplyDelete
  62. Apa kesan kalau pakai carb size lebih kecik dari standard utk blok standard?

    ReplyDelete
  63. Oil seal water pump kau bocor atau gasket block bocor atau tak kunci ketat,aku pernah ada masalah camni kt lcv1 pakai block ceramic 65mm

    ReplyDelete
  64. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete