Search This Blog

Loading...

Tuesday, October 30, 2012

Pengubahsuaian Yamaha 135LC - Bab 6 part 3 - Big Bore Material


Cerita Tambahan Pasal Big Bore 

MATERIAL
Setiap block2 big bore yang dijual dipasaran mempunyai material yang berbeza.. ini sedikit info utk anda ketahui..







Block Logam Biasa Selinder Aluminum
material ni banyak terdapat dipasaran hari ini.. sebagaimana yang korang tahu lambakkan blok2 besar hari ini terdiri dari logam ini.. logam ini tidak bersifat seperti blok diasil std lc yang mana mempunyai teknologi yang lebih maju.. logam biasa dihasilkan dengan mencairkan besi lalu dituang ke acuan dan disejukkan.. dan aluminium selinder blok dimasukkan selepas itu dan polish sehingga berkilat aka licin.. sifat besi block ini juga tidak maju kerana cara ia membebaskan haba agak lambat.. manakala selinder block pula menggunakan selinder tanpa bahan salutan istimewa menjadikan ia tidak lasak dan tidak tahan lama.. cara pembuatan ini dipilih kerana ianya murah dan dapat dihasilkan dengan mudah utk pasaran besar.. tidak memerlukan teknologi maju utk pembuatan block jenis ini. Banyak perngeluar motosikal menggunakan block jenis ini utk enjin motosikal2 biasa. Dan disebabkan itu kebanyakkan orang yang pakai blok besor jangka hayat block tak lama.. tambah2 jenis melenjan hari.. biasanya kalau betul2 jaga pun paling lama boleh tahan adalah setahun je.. pastu bertukang la nnt..


Kelebihan-

  • Kos penghasilan yang murah dan boleh dibuat secara besar besaran
  • Selinder block boleh diganti / dikeluarkan untuk saiz lebih besar 
  • Boleh direbore semula apabila rosak 
  • Boleh buat banyak2 (jd murah) dan jual pada harga mahal (betul2 buat duit cara nih)


Kekurangan-

  • Kawalan lepasan haba tidak cemerlang menyebabkan enjin lebih panas dari biasa
  • Haba yang panas dari block ini menyebabkan minyak enjin meresap aka ghaib ntah ke mana
  • Tidak tahan lama terutamanya digunakan untuk aplikasi performance
  • Mereka yang memilih jalan performance melalui block jenis ini perlu lebih penjagaan minyak enjin




contoh dipasaran credit : uma racing



Block Logam Biasa Selinder Aluminium Ceramic 
Akhir2 ini banyak kedengaran mengenai block ini.. block ini adalah lanjutan siri dari block logam biasa selinder aluminum.. apa yang membezakan block ini adalah ia disalut dengan salutan ceramik.. meterial ceramic telah lama digunakan kepada part2 enjin untuk tujuan perlumbaan terutamanya pada bahagian kebuk pembakaran head, intake outake head, piston, piston skirt dan intake manifolds. Teknologi ceramic sangat popular kerana ia boleh disalut dibahagian yang disenaraikan diatas dengan membuat kerja2 custom kepada tangan yang pakar pada mana2 bahagian yang anda mahu.. bermakna kalau korang ade duit nak buat so boleh buat! tp mahal lah.. sebab ianya kerja2 pakar. Kelebihan ceramic adalah tahan lasak pada suhu sangat tinggi. pelinciran kritikal yang sangat tahan lasak, dan kurang terhakis. Bahan ini mmg diakui sangat bagus sehinggakan NASA menggunakkan bahan ini pada kapal angkasa mereka utk menahan haba tinggi dibahagian bawah badan dan sayap kapal angkasa ketika memasukki semula ke bumi. Part2 performance yang dijual dikedai2 motor juga diakui bahawa benda ni tak murah dan mmg mahal.. disebabkan ia adalah kerja2 special.. bukan dibuat secara besar besaran kepada public.. sapa yg tahu utk apa di aplikasikan maka dia mmg akan laburkan wang ke arah block nin (saya x campur sgt pasal block ceramic ni.. kalau ade info nnt saya update kemudian)

Kelebihan

  • Tahan lasak pada haba tinggi
  • Memastikan pelicir bertindak cemerlang pada suhu tinggi - tidak meresap aka ghaib
  • Kurang terhakis aka tahan lasak
  • Boleh dibuat pada bahagian2 seperti kebuk pembakaran head, intake outake head, piston, piston skirt dan intake manifolds - kerja2 custom


Kekurangan

  • kos yang sangat tinggi utk diaplikasi
  • kekurangan tenaga mahir untuk kerja pembuatan 





credit : Luke Racing Engine
Block Aluminium Metal Plating
Block ini lebih kurang sama seperti Block std lc cuma yang membezakan ia adalah bahagian selinder diasah aka polish sehingga berkilat dan disalut dengan metarial Nickle-Silicon-Carbide (Nikasil) generasi pertama.. (Diasil generasi kedua - dimajukan oleh Yamaha) block ini digunakan pada Fzi generasi pertama aka vixion. (Fzi terbaru sudah menggunakan Diasil)

Kelebihan-

  • Lebih ringan berbanding block besi tuang biasa
  • Lebih cepat membebaskan haba
  • Minyak enjin lebih tahan
  • Lebih tahan lasak


Kekurangan 

  • Kos penghasilan tinggi
  • Susah utk direbore





credit : Yamaha



Block Selinder Aluminium Tempa Diasil
Diasil yang digunakan pada block std lc adalah sejenis material yg disalutkan pada selinder block. Pada asasnya block std lc menggunakan teknologi aluminium die casting yang mana cara pembuatan block ini berbeza sedikit dari cara biasa.. material aluminium dipilih atas sebab ciri2 ia membebaskan haba dengan lebih cepat dari logam biasa.. piston juga menggunakan material serupa utk pilihan yang lebih tahan lasak.. piston aluminium tempa ini dihasilkan dengan membakar seketul besi alumnium dan dielatakkan didalam acuan lalu ditekankan kebentuk piston ketika ia terbakar merah utk menjadi bentuk piston.. teknologi pembuatan ini dipilih kerana ia dijamin kepadatan bahan meterial itu seragam ketika dibentuk menjadikan ia tahan lasak.. sama juga pada block.. selinder block pula disalut dengan material electrodeposited lipophilic nickel matrix silicon carbide dengan tambahan 20% bahan aloy berbanding nikasil untuk menjadikan ia lebih keras ketika menerima tekanan tinggi enjin berkerja.. sebab itu enjin lc std kalau lenjan giler2 atas hiway susah nak jem sebab pilihan meterial terbaik utk menjadikan ia tahan lasak

Kelebihan - 

  • 60% lebih baik utk kawalan suhu bagi mengekalkan prestasi dari material biasa
  • 30% kos pembuatan lebih murah dengan teknologi yang telah dimajukan oleh YAMAHA
  • 30% lebih ringan dari block menggunakan meterial logam biasa
  • lebih mesra alam (block tahan lasak maka kurang buangan block2 yang rosak)
  • minyak enjin lebih tahan lama dan tidak 'ghaib' atau bahasa pasar 'dimakan' oleh block (hahahaha!)


Kekurangan-

  • Susah untuk dikorek semula utk dimasukkan piston lain kalau rosak.. mmg ada foundary yg boleh rebore tp charge agak mahal dan salutan 
  • Salutan Diasil akan terhakis apabila direbore menyebabkan yang tidak lagi tahan lasak.

jikalau anda mempunyai komen tentang pencanggahan info disini..saya sangat2 hargai pandangan anda semua.. info bernas anda akan dimasukkan ke dalam blog saya dan diberi kredit kepada anda

sila beri pandangan anda di laicioutmeter@yahoo.com 




42 comments:

  1. maaf, of topik jap, tau tak kt mana bole buat hazard light utk LC 5speed nim.

    ReplyDelete
    Replies
    1. bro kalu block saiz 62 nak main long distance boley ka? kalu pakai block 62 ceramic utk lenjan dalam 160 lelame kt highway tahan ke??tq bro.

      Delete
  2. jadi kesimpulannya, big bore yg paling baik adalah bore yg boleh membebaskan haba dengan sangat baik betul? apakah brand terbaik bagi big bore 60 62 63 dari segi pembebasan haba? mintak pencerahan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Uma racing,1jari je blh angkat..ringan tp thn lasak..shark,x1r..antara brand yg dh diiktiraf..

      Delete
    2. Salam bro..nk tanya, klu block std korek smpai 60mm tahan x klu pkai?? Atau ad side efek?

      Delete
  3. blok diasil nak korek kos besar bro..xpenh dgr org korek blok lc lg..bli blok lin je bro,x1r 60mm rm110 je..

    ReplyDelete
  4. bro...nak tanye...klu aku nak tukar blok sahaja pastu pakai blok uma racing...ade tak yg aku kene tukar lagi???nak buat standart tp nak pki uma racing..ape pandangan bro??

    ReplyDelete
    Replies
    1. blok 58mm uma racing,camshaft uma racing,spring valve uma racing,clutch plate & spring uma racing..klu boleh tukar cdi & manifold ekzos bg besar skit..

      Delete
    2. klu aku nak pki blok 60mm ape pandangan bro???klu hanya tukar blok sahaja mmg xjadi ke???ke akan ade masalah berantai plak???

      Delete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  6. Cara pasang head blok tak ada kes bos..ikat head nk pakai top reange ke..gamhead atau copper spray....water pump boleh repair tak...ada oil seal ke kalau bocor mcm mn setting adjustable cam pully. Tq bos

    ReplyDelete
    Replies
    1. alamak tak sampai ke situ lagi.. tapi akan diusahakan.. topik tu.. hal ini akan saya rujuk ngan pomen saya mcm mana nak pasang head blok dengan cara paling bagus.. tq atas pertanyaan

      Delete
    2. Pakai spring valve racing tepet nk loanggar ke sampai bunyi skit... Tq bos

      Delete
  7. Bro blaza, bleh tlg bg satu senarai setup yg sy prlu sdiakan untuk bg lc sy bleh pegi 180?

    ReplyDelete
  8. Bro Blaze..btol ke klu guna Bigbore, bunyi enjin xkan sama dgn std?..mksdnya mmg ada bunyi2 sikit..tp xsure bunyi ape..

    ReplyDelete
  9. block lc boleh korek, kos dalam RM90. block korek ney tahan tp minyak enjin kne jaga sbb kuat makan mnyk enjin.

    ReplyDelete
  10. Aq bru tukar ekzos cj ipoh gan cdi uma racing kt moto aq. ..pastu apa benda nk tukar ek..nk beli 1 per 1..buget kureng..x bole wt smua skali...lc 5 speed

    ReplyDelete
  11. bro camna nak tau bahan ni diperbuat dari apa ? saya pakai moto kriss, tapi pasal block ni boleh kot post sini? block kriss MHR tu diperbuat daripada apa? camna nak tahu ea ?

    ReplyDelete
  12. Block shark taiwan tahan lasak ker.saye budk bru lgi.

    ReplyDelete
  13. klau blok dari moto laen bleh x masuk kt motor yg laen..??
    ssape tlong jwab ye...
    tq...

    ReplyDelete
  14. Minyak engine selalu hilang nak turun engine duit pulak kurang. Bro saya nak tanya bore Jerung (Shark ke apa namanya) saiz 60mm made in jepon ke? Made tu tak kiralah sangat tapi nak pastikan ia tulis tu mcm-mana ye? Udah tua ni nak datang pulak minat nak bawa motor laju sikit dari orang muda :-) boleh kot..

    ReplyDelete
  15. Kalau xnak tolong org jgn buat blog ni..jenuh org tnya xde jwpn..buat x apeek jer..org bergantung pd yg ada pengalaman..dunia prmotoran kt luar ni byk dugaan..yg kaki tipu semata-mata nk untung byk..jd kalau ada blog mcm ni bole share sikit2 sbg panduan..ilmu yg ada perlu di kongsi pd yg perlu..xdela terperap jd basi..lain kali xdela org buang masa bukak blog nih..

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam.. rilek bro.. abang blaze kite ni bz skit.. kalo nk tnya elok kat forum lowyat atau fesbuk.. kat yamahaT135.com pon boleh.. kominiti lc skang dh besar.. sekadar berkongsi..

      Delete
    2. senak ape. bersyukurla ada brader ni letak blog ade byk je ilmu di atas. bukan gaji bayar bulan2 pon dia nak jawab soalan ko kat sini. jangan malas boh. ilmu ada di merata rata. bumi tuhan luas. selidik. jangan terus percaya. buat comparison. ingat senang ke orang nak kutip ilmu?? orang lain jatuh sakit dulu untuk kau dapat ilmu2 di atas.. hai panas plak aku hahaha

      Delete
  16. kalau tukar block racing,, crankshaft pun harus ditukar ke? boleh emailkan jawapan ke mohdmuzakkir80@yahoo.com

    ReplyDelete
  17. Bro. Lc 5 speed sya dh msok block racing art 62, low cam, cdi alibaba, ejos cj ipoh mb. Tpi xleh lbh 140 la. Ape patot buat lgi ye nk ccah 160. Sye pkai Spocket 15-36. Dn btul ke nk kne tkar gearbox msok 6 speed bru best ride?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu mungkin moto kamu tak buang kat lagi, sbb moto LC V2 ada kat. Pakai brg racing pon memang tak da guna juga.

      Delete
    2. cuba tuka cdi dlu bro... buang cut off

      Delete
  18. Nak tanya apa kat yng awak maksudkan

    ReplyDelete
  19. Moto saya selalu saja rosak head gaskert air collent masuk dalam. Engin macam maca penyeselaian nyak

    ReplyDelete
  20. bro mcm mana kalo tukar block CMS Racing saiz 62mm + High Cam uma racing + IMC Digital CDI ( Uma Racing )..... boleh tahan ka bro...pomen kata leh lari 170kmj....

    ReplyDelete
  21. bro... slm... nk tanye bro.... pasal highcam ni.... sy pkai highcam uma,kene x piston kalo pakai? kalo kene,brpe tnggi valve yg sesuai?

    ReplyDelete
  22. bro bleh x klau nk content bro pkai whatsapp

    ReplyDelete
  23. mintak tolong sapa penah kena atau tahu .. lc v2 5s asap putih keluar dari hos waterpump .. direct .. exzos tak kluar bnyk tapi ada asap nak kate hitam tak nak kata putih pon tak .. bukak enjin nak cek minyak hitam pon asap putih keluar .. spec standard modi .. uma 62 .. adakah piston ring haus crack atau ada mslh lain ?

    ReplyDelete
  24. Bro ,nk tnye ni ..lc super sport 4speed boleh tmbah clutch tngan ker ? Sharing is caring :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semua moto xde clucth bole bgy ade clutch x kesah la moto apepon . ;)

      Delete
  25. I heard that people use http://suprcl.com/coc-freegems and its great! You receive your Clash of Clans gems instantly!!! BETTER GAME GUARANTEED! (haHgAA96pP)

    ReplyDelete
  26. Assalam bro blaze. Saya pakai block 62 ,paip modi, bole pkai carb v1 x

    ReplyDelete